Pages
" Semaikan Islam di hati, Tanamkan iman nan suci, Bajai takwa setiap hari, Berbuahlah bahagia hakiki "
Tuesday, July 21, 2009
Sehari Bersama Kampung Angkat
Program sehari bersama kampung angkat merupakan satu program reunion Ahli Permadah bersama keluarga angkat di Keda Tok Teri,Naka,Kedah.
TARIKH : 25 jULAI 2009 ( Sabtu)
TEMPAT : Keda Bendang Tok Teri,Naka, Padang Terap, Kedah.
MASA : 8.00 PAGI hingga 12 Malam
AKTIVITI MENARIK :
:1,, Gotong royong dan sukaneka
Masa :( 8.00 pagi -7.00 ptg )
Temapt : Kawasan sekitar Perumahan Keda
:2,, Ceramah Motivasi Oleh Ustaz Hj Ramli bin Shafie (Bekas Pengetua SMKA Yan.)
Masa :( 9.00 - 11.30 malam)
Tempat : Perumahan Keda Bendang Tok Teri
Jom ramai-ramai kita balik Kedah..Jumpa Keluarga angkat!!
Pengangkutan : Hubungi Presiden saudara Mohd Al-hafiz adnan (0132579465) atau Timb Presiden Syazwan (0195638104)
Saturday, July 18, 2009
Sek integrasi Faizin terbakar : Permadah Gesa Mahasiswa Hulurkan Bantuan
Kuala Lumpur 18 julai 2009 / Persatuan mahasiswa Kedah Universiti Malaya merakamkan takziah dan simpati kepada guru-guru,PIBG serta pelajar Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Cempedak,Kedah yang terbakar jam 10.00 pagi semalam.Kebakaran melibatkan bangunan yang menempatkan Pejabat Pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir, bilik guru, perpustakaan, dan dua buah bilik darjah.Keseluruhan bangunan musnah. Turut musnah ialah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit dan mesin potostate yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dan kaunter serta beberapa buah almari dan 65 unit meja dan kerusi murid.
bangunan pejabat yang terbakar
Api yang marak dengan cepat di katakan berpunca daripada litar pintas telah memusnahkan kompleks pentadbiran sekolah tersebut dan kerugian di anggarkan hampir RM500,000.00.Walaubagaimanapun.tiada kecederaan dan nyawa menjadi korban di laporkan.Sekolah Integrasi Faizin(SAIF) merupakan salah sebuah sekolah di Negeri Kedah yang berteraskan Pendidikan Islam mula beroperasi pada tahun 2006.Sekolah ini ditubuhkan hasil pengembelengan tenaga muda,masyarakat setempat,para intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama,sains,tahfiz ,teknik pembelajaran dan pengajaran yang terarah.Ia terletak di Pekan Guar Cempedak berhampiran dengan balai polis.
Api yang marak dengan cepat di katakan berpunca daripada litar pintas telah memusnahkan kompleks pentadbiran sekolah tersebut dan kerugian di anggarkan hampir RM500,000.00.Walaubagaimanapun.tiada kecederaan dan nyawa menjadi korban di laporkan.Sekolah Integrasi Faizin(SAIF) merupakan salah sebuah sekolah di Negeri Kedah yang berteraskan Pendidikan Islam mula beroperasi pada tahun 2006.Sekolah ini ditubuhkan hasil pengembelengan tenaga muda,masyarakat setempat,para intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama,sains,tahfiz ,teknik pembelajaran dan pengajaran yang terarah.Ia terletak di Pekan Guar Cempedak berhampiran dengan balai polis.
Presiden Permadah Saudara Mohd Al-hafiz b. Adnan ketika di hubungi mengesa mahasiswa menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk bagi meringankan beban yang di tanggung oleh SAIF.
" SAIF merupakan Sekolah Rendah Agama Rakyat,kita (mahasiswa) dan rakyat perlu berikan bantuan kewangan ataupun apa jua bantuan yang diperlukan untuk bangunkan balik sekolah tersebut". Ujar beliau yang juga merupakan Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada)
Bendahari Permadah,Saudara Muhamad Faris b. Mohd Zaini ketika di minta mengulas mengenai kejadian tersebut berkata:
''Kita di peringkat Permadah dengan kerjasama NGO Persada telah melancarkan tabung derma bagi membantu mangsa kebakaran( pelajar-pelajar) dan sekolah (SAIF) meringankan beban yang di hadapi.". ujar beliau.
bantuan boleh dihulurkan melalui
Sumbangan boleh dihulurkan terus kepada Tabung Pembangunan SAIF melalui akaun Bank Islam : 02084010028830 atau kepada Tabung Kasih Ummah PERSADA melalui akaun bank Islam ; 12-047-01-004609-2
Monday, July 13, 2009
Timb Bendahari:Salam Perkenalan Dan Perpaduan
Salam perkenalan buat semua dan selamat melayarkan bahtera dalam langkah perjalanan mencari dan menuntut ilmu di Universiti Malaya, Universiti Perdana yang kita cintai ini. Diharapkan kepada semua mahasiswa Universiti Malaya terutamanya mahasiswa-mahasiswa dan mahasiswi-mahasiswi anak Kedah, membuka lembaran pengajian kali ini dengan azam yang baru, dengan semangat yang lebih jitu.
Belum terlambat kiranya (sebab masih di awal semester dan sebahagian dari kita mungkin belum pun lagi memulakan kuliah mahupun toturial pada minggu lepas), diucapkan selamat datang kepada mahasiswa-mahasiswa tahun pertama, yang baru mendaftarkan diri baru-baru ini. Semoga kehadiran anda di bumi Universiti Malaya ini, menghadirkan sinar yang lebih gemilang buat universiti ini. Pesanan buat mahasiswa-mahasiswa yang lebih senior, berilah tunjuk ajar dan panduan buat adik-adik kita ini, kerana kita juga ibarat satu keluarga besar Universiti Malaya, tanpa mengira bangsa, agama, budaya, fakulti, kolej dan sebagainya.
Saya mewakili seluruh barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) Universiti Malaya sesi 2009/2010, terutama mewakili suara mahasiswi PERMADAH UM, mengalu-alukan kedatangan semua dan menghulurkan salam perkenalan dari barisan kepimpinan sesi ini, tidak kira kepada mahasiswa tahun satu, ataupun mahasiswa tahun kedua, ketiga, keempat, mahasiswa tahun akhir dan sebagainya, malah kita perlu membina satu ikatan kekeluargaan dalam mengharungi kehidupan di bumi Universiti Malaya ini.
Baru-baru ini pun, di permulaan semester baru ini, PERMADAH UM telah mengorak langkah, turun bersama dengan masyarakat, dengan menganjurkan majlis Musabaqah Al-Quran peringkat kanak-kanak dan remaja, dengan kerjasama penduduk pangsapuri Damansara Bestari. Jadi, penglibatan dan komitmen yang ditunjukkan inilah, membuktikan PERMADAH UM sememangnya sebuah gerakan perjuangan yang menerajui mahasiswa dan masyarakat, berteraskan kebersamaan, keintelektualan dan profesional, seperti mana visi yang menjadi agenda kepimpinan PERMADAH UM pada kali ini.
Ayuh semua!! Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) Universiti Malaya, mengajak kepada semua terutamanya mahasiswa-mahasiswa Kedah di Universiti Malaya ini, dapat berganding bahu, memberikan kerjasama dan bersama-sama mendokong segala apa yang diusahakan oleh PERMADAH UM kepimpinan sesi kali ini.
p/s : Saya akan ’kembali’ lagi dalam ruangan blog ni, untuk merespon isu-isu, memberi komen, pendapat dan sebagainya. Ucapan ni, mungkin permulaan langkah pertama, sebagai alu-aluan dari saya.
Oleh : Nurul Sakinah Binti Ahmad
Timb. Bendahari PERMADAH UM sesi 2009/2010
Sunday, July 12, 2009
Majlis Musabaqah Al-Quran Meriah
Pertandingan Musabaqah Al-Quran kanak-kanak anjuran Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya (Permadah UM) dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan Surau al-Ikhlas Pangsapuri Damansara Bestari,Seksyen 19,Petaling Jaya, Selangor berjalan lancar semalam.Pertandingan tersebut di sertai seramai 32 orang peserta dalam 3 kategori. Kategori pertama peringkat umur 6-9 tahun,kategori kedua peringkat umur 10-12 tahun dan kategori kedua umur 13 hingga 17 tahun.
Bendahari Permadah menjadi Qari jemputan
YB Senator Dato' Ikhwan Salim ketika ucapannya berkata,
"Saya mengalu-alukan usaha dan kerjasama yang telah diberikan dari PERMADAH UM untuk membantu dan seterusnya memberi sepenuh komitmen bersama-sama penduduk setempat, dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan majlis seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang..."
Presiden Permadah ketika di minta mengulas berkata
"ini (majlis) merupakam salah satu cara untuk kita berbakti pada masyarakat,terima kasih kepada persatuan penduduk di sini (pangsapuri Damansara Bestari) kerana berikan kerjasama yang baik.Harap hubungan baik ini dapat diteruskan lagi."
Salah Seorang Peserta pertandingan tersebut
Pertandingan tersebut bermula jam 9 malam hingga 12 malam telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Senator Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Wan Sujari. Majlis tersebut yang julung kalinya dianjurkan itu, dihadiri seramai 300 penduduk Pangsapuri Damansara Bestari termasuk ibu bapa para peserta untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka yang bertanding.
Presiden Permadah saudara Mohd Al-Hafiz b.Adnan bersama Naib Presiden 3 Saudara Zahiruddin zainon dan saudara Amar b. Osman telah diberi kepercayaan untuk menjadi hakim pertandingan tersebut.Manakala Bendahari Permadah pula, saudara Muhamad Faris b. Mohd Zaini telah dijemput menjadi Qari jemputan dalam majlis tersebut. Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang pimpinan dan ahli Permadah.
Pertandingan tersebut bermula jam 9 malam hingga 12 malam telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Senator Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Wan Sujari. Majlis tersebut yang julung kalinya dianjurkan itu, dihadiri seramai 300 penduduk Pangsapuri Damansara Bestari termasuk ibu bapa para peserta untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka yang bertanding.
Presiden Permadah saudara Mohd Al-Hafiz b.Adnan bersama Naib Presiden 3 Saudara Zahiruddin zainon dan saudara Amar b. Osman telah diberi kepercayaan untuk menjadi hakim pertandingan tersebut.Manakala Bendahari Permadah pula, saudara Muhamad Faris b. Mohd Zaini telah dijemput menjadi Qari jemputan dalam majlis tersebut. Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang pimpinan dan ahli Permadah.
Bendahari Permadah menjadi Qari jemputan
YB Senator Dato' Ikhwan Salim ketika ucapannya berkata,
"Saya mengalu-alukan usaha dan kerjasama yang telah diberikan dari PERMADAH UM untuk membantu dan seterusnya memberi sepenuh komitmen bersama-sama penduduk setempat, dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan majlis seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang..."
Presiden Permadah ketika di minta mengulas berkata
"ini (majlis) merupakam salah satu cara untuk kita berbakti pada masyarakat,terima kasih kepada persatuan penduduk di sini (pangsapuri Damansara Bestari) kerana berikan kerjasama yang baik.Harap hubungan baik ini dapat diteruskan lagi."
Saturday, July 11, 2009
Permadah Bersama Masyarakat
Persatuan mahasiswa Kedah Universiti Malaya ( Permadah UM ) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Flat Damansara Bestari,Seksyen 19, Petaling Jaya,Selangor akan mengadakan:
Program: Pertandingan Taranum Al-Quran kanak-kanak
Tempat : Surau Flat Damansara Bestari
Tarikh : 11 Julai 2009 (sabtu)
Masa : 9.00 -11.30 malam
Semua adik beradik dan ahli permadah di jemput hadir.
Thursday, July 09, 2009
PERMADAH : HARAP KEPUTUSAN KABINET TEPAT
Bantahan mahasiswa terhadap PPSMI 7 Mac 2009 lalu
Khamis,9 Julai:Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya(PERMADAH) berharap keputusan kabinet yang telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyidin Yaasin yang juga Menteri Pelajaran adalah tepat.Menurut Exco Akademik & Intelektual PERMADAH,Mohd Khairul Nizam Bin Md Isa jika keputusan ini berdasarkan kajian yang menyeluruh dan mengambil pandangan pelbagai pihak.
“Kita telah mendengar bantahan banyak pihak terutama daripada golongan ahli akademik dan tokoh sasterawan tapi kali ini kita telah diberi bukti dan fakta hasil kajian yang membuktikan kelemahan dasar ini.”. ujarnya lagi yang juga merupakan Mahasiswa tahun dua di Fakulti bahasa & Linguistik.
Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebutMansuhkan PPSMI
Menurut Tan sri Muhyidin Yaasin bagi mata pelajaran Matematik , kedudukan murid telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.Jurang pencapaian antara murid antara sekolah Bandar dan luar Bandar dalam mata pelajaran sains dan matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris sejak 2003.Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar Bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Manakala Timbalan Exco Akademik & Intekektual PERMADAH,Nurul Husna Mustaffa pula berpandangan dasar PPSMI mungkin mendapat sokongan daripada golongan bandar tetapi ia telah memberi kesan kepada pelajar luar Bandar.
“Ramai pelajar luar bandar tak mampu kuasai matematik dan sains.Nak faham istilah sains pun susah dalam bahasa Malaysia apatahlagi dalam bahasa Inggeris.Sebenarnya bahasa Inggeris yang perlu dibaiki sistemnya supaya boleh dikuasai bukan subjek lain jadi mangsa.Perancangan teliti perlu dibuat supaya pelajar tidak dijadikan ujikaji.Sekarang pelajar yang tak faham sains dan matematik siapa nak bertanggungjawab!?”,ujarnya lagi.
Para Sasterawan Dan Ahli Akademik Negara turut membantah
Bagi Timbalan Pengerusi Kelab Fasilitator PERMADAH,saudari Faridah Bt. Isa menyatakan pendirian berikut.
"Saya menyokong sepenuhnya keputusan yang dibuat.Memang ini yang sepatutnya berlaku.Jika melihat dari aspek pendidikan,apa yang saya pelajari dalam menilai dan mengukur penguasaan ilmu,kita tidak boleh mengukur dua aspek dalam satu masa,bukan bahasa yang kita ukur tapi penguasan pelajar terhadap ilmu itu sendiri.Kita tidak seharusnya mengabaikan bahasa ibunda.Sesungguhnya perlaksanaan PPSMI perlu diteliti sedalam-dalamnya sebelum dilaksanakan.",katanya.Beliau yang mengambil jurusan Pendidikan amat memahami keadan pelajar terutama di luar bandar.
Bagi Timbalan Setiausaha PERMADAH pula,Siti Salwa ketika dihubungi menyokong pemansuhan ini kerana pada pandangan beliau ia akan memudahkan pelajar luar bandar mengambil aliran sains manakala bahasa Inggeris pula boleh ditingkatkan lagi dengan mengadakan kelas tambahan.Beliau juga merupakan mahasiswa di Akademi Pengajian Melayu berharap bahasa melayu dapat menjadi bahasa ilmu memandangkan selama ini kita hanya bergantung kepada bahasa penjajah.Bila lagi kita akan berdiri di atas kaki sendiri.
Wednesday, July 08, 2009
PERMADAH Ambil Berat Kebajikan Ahli
Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya (PERMADAH) sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan ahlinya.Bagi pembukaan semester baru ini,pihak PERMADAH cuba membantu ahli -ahlinya yang tidak dapat menginap di kolej kediaman atau yang ingin mencari rumah sewa di luar.
Menurut Timbalan Presiden Permadah, saudara Syazwan bin Ahmad, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Biro Penginapan Dan Luar Kampus,Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM), saudara Mohd Fadzil Bin Jamal baru-baru ini bagi membincangkan masalah ini dan bersetuju untuk bersama-sama membantu membela kebajikan mahasiswa di Universiti Malaya ini.
“Saya telah dimaklumkan oleh setiausaha Permadah bahawa ada ahli Permadah yang tidak dapat menginap di kolej walaupun aktif dengan aktiviti kolej ditambah lagi dengan masalah pengangkutan.Jadi saya telah pergi berjumpa dengan exco MPMUM” Katanya lagi.
Beliau juga dimaklumkam bahawa jumlah pengambilan pelajar untuk sesi ini agak kurang berbanding sesi lepas dan mempersoalkan bagaimana perkara ini boleh terjadi.Beliau berharap agar pihak pengurusan kolej dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini.Sesiapa yang mempunyai masalah penginapan bolah menghubungi beliau di talian 0195638104.Beliau tidak menafikan sekiranya masalah ini sangat kronik beliau akan bawa perkara ini kepada TNC HEP.
Sunday, July 05, 2009
Kembali dengan Azam Baru
Persatuan mahasiswa kedah Universiti Malaya mengalu-alukan dan mengucapkan selamat kembali ke Uni perdana kepada semua mahasiswa-mahasiswa senior.Setelah hampir 3 bulan Uni Malaya sunyi sepi apabila kebanyakkan penghuni kampusnya pulang ke kampung untuk bercuti kini kembali ceria dan sibuk.Sesi pembelajaran telah bermula.Ayuh mulakan dengan semangat dan azam yang baru.
Kepada Adik beradik Permadah,Sesi kuliah dan tutorial serta makmal telah bermula,bagi 2 minggu pertama ini merupakan minggu “Add n Drop” subjek.Bagi yang belum pasti untuk memilih subjek apa yang hendak di pelajari untuk semester ini masih boleh melakukannya.
Minggu “add N drop” : 6-19 julai 2009
PENGESAHAN SUBJEK :22-26 JULAI 2009
“Harap kepada semua adik beradik permadah alert pada sebarang perubahan jadual yang berlaku agar tak berlaku kesulitan nanti( pendaftaran subjek)"
Kepada Adik beradik Permadah,Sesi kuliah dan tutorial serta makmal telah bermula,bagi 2 minggu pertama ini merupakan minggu “Add n Drop” subjek.Bagi yang belum pasti untuk memilih subjek apa yang hendak di pelajari untuk semester ini masih boleh melakukannya.
Minggu “add N drop” : 6-19 julai 2009
PENGESAHAN SUBJEK :22-26 JULAI 2009
Suadara Solahuddin yang merupakan Setiausaha Agong Permadah ketika di hubungi menasihati Ahli Permadah supaya menyelesaikan segera perkara yang berkaitan dengan pendaftaran subjek.Biasanya pelajar tidak dapat mendaftar subjek yang menjadi pilihan disebabkan sudah penuh dan masalah permohonan lebih jam kredit.
“Harap kepada semua adik beradik permadah alert pada sebarang perubahan jadual yang berlaku agar tak berlaku kesulitan nanti( pendaftaran subjek)"
Timbalan Presiden Permadah saudara Syazwan bin Ahmad berkata ramai dikalangan adik beraddik permadah tidak dapat tempat untuk menginap di kolej kediaman.Beliau dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Maklumat yang diperolehi mengatakan bahawa bilik penginapan di kolej-kolej kediaman Universiti Malaya mempunyai banyak kekosongan kerana bilangan pelajar yang baru(junior) mendaftar masuk kurang.Kepada Adik Beradik Permadah yang masih belum ada tempat penginapan boleh mencuba minta di mana-mana kolej kediamana yang berdekatan,Insyallah ada rezeki.
LIKE PERMADAH
FOLLOWERS
PENCAPAIAN LEPAS
- April (2)
- May (1)
- June (2)
- July (3)
- August (5)
- September (6)
- October (7)
- November (5)
- December (1)
- January (6)
- February (4)
- March (4)
- April (6)
- June (2)
- September (9)
- October (2)
- November (1)
- December (5)
- January (2)
- February (4)
- April (5)
- May (3)
- June (3)
- July (8)
- August (14)
- September (14)
- October (7)
- November (8)
- December (2)
- January (12)
- February (11)
- March (10)
- April (5)
- May (1)
- June (1)
- July (6)
- August (6)
- September (1)
- October (2)
- November (3)
- December (1)
- January (1)
- February (1)
- March (4)
- April (2)
- May (1)
- June (1)
- July (2)
- August (3)
- September (4)
- October (2)
- November (1)
- December (2)
- July (2)
- September (3)
- October (1)
- November (1)
- December (2)
- March (1)
LABELS
- Chikungunya (3)
- gmbar program (2)
- iklan program (8)
- info (3)
- Kelab Penyokong Hijau Kuning (1)
- rehat minda (1)
- SCIENCE FOR ALL 3 (1)
- Sirah Nabawiyyah (1)