Pages

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Friday, August 26, 2011

Kemuncak Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam al-Qadr [1] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [2] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan [3] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah) [4] Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing [5] < Surah al-Qadr (97) >


Malam al-Qadr merupakan satu malam yang sangat didambakan oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Hal ini kerana Malam al-Qadr atau Lailatulqadr ini dijanjikan oleh Allah s.w.t sebagai satu malam yang paling mulia bersandarkan ayat ketiga dalam surah al-Qadr. Namun, adakah kita tahu apakah hikmah di sebalik Malam Kemuliaan ini? Adakah kita tahu apa itu Kemuncak Ramadhan?


Secara umumnya, ramai yang tahu bahawa Lailatulqadr adalah kemuncak segala amalan yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan. Disebalik kenyataan ini, kita harus memahami bahawa  amalan yang menjadi keutamaan dalam bulan Ramadhan mestilah berkait rapat dengan amalan yang disarankan pada Malam al-Qadr ini.

Saidatina Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah s.a.w., katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:

    Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai ampunan,                       maka ampunilah daku

Saranan Rasullullah s.a.w. kepada Saidatina Aisyah ini menandakan bahawa kita digalakkan untuk memohon kemaafan kepada Allah s.w.t. apabila diberi peluang bertemu dengan Lailatulqadr. Hal ini dapat dirumuskan bahawa kemuncak amalan dalam bulan Ramadhan ialah apabila setiap amalan kita diterima dan mendapat keampunan daripada Allah s.w.t. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk kita mendapat keampunan Allah s.w.t?


Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."


Sekian saja perkongsian untuk kali ini, semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lalu dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang hanya mendapat lapar dan dahaga sepanjang kita berpuasa. Amiin..Wallahu'alam...


Nukilan Mohammad Khairul Aliff Bin Abdullah
Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Kedah
(PERMADAH) Universiti Malaya

Sumber : Blog YDP PERMADAH 2011/2012

Monday, August 22, 2011

Salam Ramadhan Kareem