Pages

Saturday, October 30, 2010

Family Day PERMADAH yang telah berlalu~


Pada 23 Oktober 2010,Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) telah
mengadakan ‘family day’ bersama-sama dengan ahli Permadah yang lain bertempat di Pantai Teluk Kemang,Port Dickson.Yuran yang dikenakan untuk setiap ahli yang menyertai program ini adalah sebanyak RM15.Kami berkumpul di depan perhentian bas utama pada jam 8 pagi.

Setelah sedikit taklimat program disampaikan oleh pengarah,semua diminta untuk bersedia menaiki bas sementara menunggu barang-barang siap dimasukkan ke dalam bas.Tepat jam 9 pagi kami mula bertolak ke Pantai Teluk Kemang.Sarapan pagi disediakan oleh kd makanan.




Kami tiba di destinasi tepat jam 11 pagi.Sampai sahaja di sana,kd pengisian telah membahagikan setiap peserta yang datang kepada 5 kumpulan.Setelah itu,aktiviti pertama dimulakan.Setiap kumpulan diminta untuk berkenalan di dalam kumpulan.Setelah habis sesi perkenalan,mereka diminta untuk mencari 1 trademark yang melambangkan kumpulan itu dan dikehendaki menggabungkan nama-nama setiap ahli di dalam kumpulan sehingga membentuk satu perkataan yang cantik.


Apabila tamatnya aktiviti pertama,setiap kumpulan diadili oleh hakim yang bertugas.Mereka dikehendaki membentangkan trademark kumpulan dan juga menerangkan nama-nama yang telah digabungkan sebentar tadi.Di antara nama-nama yang telah dipilih oleh mereka ialah semanisz,oshinima hafinim dan lain-lain.

Permainan kedua diteruskan lagi.Permainan ini menguji kekuatan dan kebijaksanaan setiap kumpulan.Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil lelaki untuk masuk ke dalam gelanggang yang telah disediakan oleh kd pengisian.Di dalam gelanggang itu terdapat banyak huruf-huruf yang telah ditimbus ke dalam pasir.Mereka diberikan simpulan bahasa dan dikehendaki mencari simpulan bahasa itu mengikut huruf sambil mata ditutup.Suasana sangat meriah kerana masing-masing berebut untuk mencari huruf yang tersembunyi.Setiap kumpulan memberi kata-kata semangat kepada ahli kumpulan mereka.

Selesai sahaja permainan kedua,peserta diberi rehat selama 10 minit sebelum permainan ketiga pula diteruskan.Untuk permainan yang ketiga,setiap kumpulan dikehendaki membina istana pasir yang paling kreatif dan lain daripada yang lain.Permainan ini adalah untuk menguji sejauh mana pemikiran kreatif setiap ahli Permadah untuk berfikir di luar kotak.Setiap kumpulan diberi masa 30 minit untuk membina istana pasir.Pelbagai bentuk dapat dilihat hasil binaan mereka.Setelah semua siap,hakim mengumumkan kumpulan Amirul telah memenangi tempat yang pertama kerana telah membentuk istana pasir yang paling unik berbanding kumpulan yang lain.


Tamat sahaja permainan ketiga,para peserta mula makan tengahari dan solat zohor.Tepat Jam 2 petang,permainan keempat iaitu explorace bermula.Kd pengisian telah menetapkan sebanyak 5 checkpoint yang perlu para peserta tempuhi.Antara checkpoint yang diberi ialah,minum kopi 4 rasa berbeza,spider web,asing beras dalam tepung,Sudoku dan juga bola sepak pantai.Setiap checkpoint mengandungi resolusi yang bermanfaat untuk para peserta.

Tamat sahaja explorace,peserta diberi kelonggaran untuk melakukan aktiviti bebas.Ada yang mandi pantai,naik banana boat,bermain bola sepak dan lain-lain lagi.Mereka diberi masa sehingga waktu asar untuk melakukan aktiviti bebas.




Setelah selesai aktiviti bebas dan solat asar,para peserta dihidangkan dengan minum petang.Selesai sahaja minum petang,program diteruskan lagi dengan majlis penutup serta penyampaian hadiah.Presiden Permadah, saudara Fazrin serta pengarah program, saudara Amirul dijemput untuk menyampaikan ucapan.Setelah itu,penyampaian hadiah kepada setiap kumpuan disampaikan oleh presiden Permadah sendiri.


Tepat jam 7.15 petang,kami bertolak pulang ke Universiti Malaya.Kami singgah di kawasan rehat untuk solat maghrib dan meneruskan perjalanan pulang pada pukul 7.45 malam.Pengalaman ke Pantai Teluk Kemang tidak dapat kami lupakan kerana ianya sangat menggembirakan dan dapat berkenalan sesama ahli Permadah dengan lebih dekat.

gambar kenangan


Thursday, October 14, 2010

Family Day PERMADAH


Letih dengan asgment??? Gementar nak final ni...?? Perlukan sesuatu untuk menghilangkn rasa2 seperti ini??? JOM!!! (^_^) PERMADAH mengajak anda bersama kami ke "Family Day Permadah" di Teluk Kemang, Port Dickson, 23.10.2010 ( Sabtu)..Program sehari yang penuh ceria.. InsyaAllah.. (Explorace, bina istana pasir dll)
Yuran ...hanya RM15.. QnA saudari fairuz 0134483246 dan Ahmadi 0195406289.. (^_^)