Pages

Sunday, September 30, 2012

| Promo PERMADAH 2012 kembali ! |

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA...

Diharapkan semua pembaca blog Permadah sihat-sihat belaka. Alhamdulillah minggu promo anak-anak negeri kembali lagi bagi tahun 2012. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendaftar mengikut negeri masing-masing. Tetapi tidak menjadi masalah jika anda dari negeri lain mahu mendaftar di booth PERMADAH ( Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Kedah ) . Kedatangan anda semua di booth Permadah amat-amat dialukan. Moga dengan kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi booth kami nanti. (n_n)




| Pakat mai jumpa kami di Booth No.38. Jangan risau, kami semua mesra alam. :) . Jumpa anda di sana, sana, sana ... |




| Jom rehatkan mata anda dengan melihat video promo Permadah 2012 ini . Santai-santai saja. :) |



| Sepanjang minggu promo juga akan diadakan gerai yang menjual pelbagai jenis aneka makanan yang bakal memenuhi semua citarasa anda sempena FESKUM'12 ( Festival Konvokesyen Universiti Malaya). Pakat mai "Selera Darul Aman" yang bakal menyajikan makanan dan minuman yang sedap-sedap belaka. Tak percaya? Pakat mai rasa dulu . Import khas dari utagha. :) |




| SEHATI SEJIWA BERSAMA PERMADAH |









Thursday, September 13, 2012

| Selamat Kembali ke Kampus |


Assalammualaikum w.b.t. Diharapkan anda semua sihat-sihat belaka hendak-Nya. Memandangkan kebanyakan IPTA seluruh Malaysia di peringkat ijazah baru sahaja memulakan semester baru jadi kami dari barisan pimpinan Persatuan Anak Negeri Kedah ingin mengucapkan "Selamat Kembali ke Kampus". (n_n)



Daripada Abu Darda' r.a., katanya: 

"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."
"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."
(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)


| Kami di sini mendoakan agar anda semua terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. |


| Mari kita raih kejayaan bersama. Grab it ! |


Saturday, September 01, 2012

| Salam Aildilfitri 2012 |

Assalammualaikum w.b.t. Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan " Salam Aildilfitri ", Maaf Zahir & Batin buat korang semua. :)



| Di sini kami titipkan sebuah video nasihat raya buat tatapan korang semua. Moga bermanfaat (n_n) |



- Moga di bulan syawal yang mulia ini ikatan silaturrahim sesama kita bertambah erat hendakNya. Marilah kita saling bermaafan, lupakan sengketa lama, moga hidup lebih bahagia. -