Pages

Monday, September 28, 2009

MAJLIS HIMPUNAN AIDILFITRI MAHASISWA KEDAH BERLANSUNG MERIAH

Sri Mentaloon,Alor Star,22 Sept – Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA KEDAH) telah menganjurkan Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Kedah pada hari raya ketiga yang lalu bertempat di Dewan Sri Mentaloon,Kediaman Rasmi Menteri Besar,Alor Setar.Program ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak,Menteri Besar Kedah.



Ucapan YAB Ustaz Azizan Abdul Razak


Menurut Presiden Persada,Saudara Syazwan Bin Ahmad majlis ini merupakan susulan kepada Ijtima’ Aidiladha yang lepas cuma istimewanya kali ini diadakan pada hari raya Aidilfitri yang ianya lebih meriah dan anak-anak Kedah di perantauan terutama yang berada di luar negara turut balik bercuti .Terdapat juga mahasiswa luar negara yang terlibat sebagai ajk pelaksana program.Majlis ini juga sebagai satu simbolik kepada kepimpinan baru Persada kerana sebelum ini Persada masih lagi di peringkat penajaan dan belum mempunyai organisasi yang lengkap.

Ucapan Presiden Persada,Syazwan Ahmad



Program yang bertujuan untuk menghimpunkan mahasiswa Kedah daripada seluruh IPT di dalam dan luar Negara ini mendapatkan sambutan menggalakkan daripada mahasiswa walaupun kemeriahan aidilfitri bersama keluarga masih lagi terasa.Hal ini dapat dilihat ada yang telah bertolak seawal jam 7 pagi lagi terutama yang berada di kawasan kulim,Bandar Baharu,Sik dan Baling untuk memastikan mereka sampai tepat pada masanya.Ada juga yang terpaksa bermalam di rumah kawan dan sanak-saudara di Alor Setar malam sebelum program terutama yang berada di Langkawi semata-mata untuk tidak ketinggalan untuk menyertai program dan berjumpa dengan sahabat handai

Para Mahasiswa yang hadir



Majlis bermula seawal jam 10 pagi dengan ketibaan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak,Menteri Besar Kedah diiringi Exco Sukan,Kebudayaan,Kesenian dan Penerangan Negeri Kedah,YB Dr. Hamdan Bin Hj Khalib dan Presiden Persada,saudara Syazwan Bin Ahmad.Selepas melaungkan nasyid asmaul husna para diserikan dengan ucapan saudara Syazwan,YB Dr Hamdan dan seterusnya YAB Ustaz Azizan.



Ucapan YAB Menteri Besar di hadapan hampir 1,000 mahasiswa itu jelas tidak menghampakan apabila beliau memberikan ucapan yang sarat dengan nasihat,pengisian di samping celoteh dan lawak bersahaja yang sentiasa menggamat sidang hadirin yang hadir.Beliau juga sentiasa mengambil terhadap pen

didikan masyarakat di Kedah dan berharap anak-anak Kedah dapat belajar bersungguh-sungguh seterusnya dapat berbakti kepada masyarakat negeri Kedah.Beliau yang ternyata gembira dengan kehadiran mahasiswa sempat beramah-mesra dengan para mahasiswa sebelum meninggalkan dewan.

Sesi dialog Bersama s/u politik MB dan Exco Kerajaan Negeri


Majlis yang gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh exco kerajaan negeri Kedah iaitu YB Taulan Bin Mat Rasul,Setiausaha Politik Menteri besar,saudara Sanusi Bin Mohd Nor,Ahli Parlimen Padang Terap,YB Mohd Nasir Bin Zakaria,wakil NGO seperti GAMIS,PKPIM,JIM,persatuan anak negeri Kedah dari pelbagai IPT,wakil cina dan India.Majlis ini kemudian diteruskan dengan sesi dialog bersama wakil urusetia belia Kerajaan Negeri iaitu YB Dr Hamdan,Saudara Sanusi Mohd Nor dan Ustaz Ahmad Yahaya dengan dipengerusikan oleh saudara Syazwan Ahmad.Pada sesi dialog ini para mahasiswa diberi peluang untuk bertanya atau memberi pandangan berkaitan kerajaan negeri Kedah.

Pengarah Program Mohd Zulhamdi berkata “Alhamdulillah,majlis ini (himpunan aidilfitri)berjalan lancer dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari mahasiswa dihadiri oleh pelbagai lapisan kaum, mahasiswa bukan islam dari kaum cina dan india juga datang bagi memeriahkan majlis”. “kita ambill peluang cuti hari raya untuk himpunkan seluruh mahasiswa kedah,sahabat-sahabat kita dari mesir,ireland,Australia,united kingdom dan lain-lain yang balik berhari raya di kampung juga turut hadir.’’- ujar beliau yang juga merupakan ahli Permadah


Setiausaha Agong Persada Kedah saudara Mohd Al-hafiz b Adnan ketika di hubungi berkata jumlah ahli Persada akan di pertingkatkan dengan membuka keahlian kepada golongan pasca siswazah (postgraduate) bagi memantapkan lagi NGO tersebut.Persada yang baru di tubuhkan tahun lepas itu mempunyai keahlian hampir 2 ribu mahasiswa di dalam dan luar negara.Majlis berakhir pada jam 2.30 petang selepas persembahan nasyid dan jamuan makan

Wednesday, September 16, 2009


Tuesday, September 15, 2009

LELONG TIKET

Sesiapa yang berminat untuk membeli tiket Bas Mara Liner pergi dan balik @ salah satu dari KL-Alor Setar(16hb september malam) dan Alor Setar-KL (26hb September tengahari) boleh hubungi zulkarnain-mc Warak di talian 0134025102 secepat mungkin

Sunday, September 13, 2009

Balik Kampung 17 sept 09 (Khamis)


Assalamualiakum dan salam sejahtera buat adik beradik Pemadah semua. nie ada sedikit pemgumumam penting nie..

Kepada ahli Permadah yang memegang tiket bas Permadah untuk balik kampung nanti,terdapat perubahan pada tarikh bertolak,tarikh asal 18 Sept 09 hari jumaat berubah kepada tarikh yang baru 17 Sept 09 hari khamis

Jadual Perjalanan balik raya terkini :

Tarikh : 17 Sept 09 ( Khamis)
Masa bertolak : 10.00 malam (sila datang awal setengah jam)
Tempat naik : Stesyen Bas Pasum (hadapan DTC)

Perubahan jadual tersebut telah di pinda oleh pihak HEP kerana mengambil kira beberapa faktor dan untuk keselarasan perjalanan semua bas UM.

"Kita terpaksa awalkan tarikh untuk balik kampung bagi semua negeri di sebabkan jangkaan raya jatuh pada hari ahad,jika kita balik hari jumaat takut nanti tak sempat pemandu bas kita balik balik KL semula,diorang nak balik kampung nanti tak sempat pula" -Pewagai HEP

Di jangkaan 18 buah bas akan di gunakan untuk kemudahan pelajar UM pulang berhari raya untuk 4 negeri Kedah,Perlis,Kelantan dan Terangganu

p/s : di minta kepada semua adik beradik Permadah mai awai sebelum pukui 10 malam,bas akan bertolak tepat pukui 10.00.lambat bertolak,lambat sampai,,jalan di jangka Jem huhu

Friday, September 11, 2009

Najib nasihat pelajar universiti berhati-hati di jalan raya

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan golongan muda dan pelajar universiti supaya mengutamakan keselamatan semasa berada di jalan raya terutama ketika menuju ke destinasi masing-masing menjelang Aidilfitri ini. Perdana Menteri berkata, kumpulan tersebut yang merupakan aset penting masa depan negara, perlu memastikan tahap keselamatan mereka sentiasa diberikan keutamaan.


"Menjelang Hari Raya tidak lama lagi, adalah menjadi harapan saya agar semua pemandu terutamanya pemandu kenderaan awam dan penunggang motosikal memberikan keutamaan terhadap keselamatan sewaktu di jalan raya ketika menuju ke destinasi masing-masing. "Kepada generasi muda dan para pelajar di institusi pengajian tinggi, ingatlah anda adalah aset penting masa hadapan negara," katanya.


Najib berkata demikian dalam rakaman video pesanan ringkas beliau sempena program khas 'Mesej Daripada Perdana Menteri' sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sebelum mengakhiri pesanan itu, Najib juga menyampaikan pantun empat kerat yang berbunyi:


Satu Malaysia Bersatu Padu,

Bersatu Padu Penuh Semangat,

Pesanan Saya Buat Pemandu,

Pandu Cermat Jiwa Selamat.


Sumber : Utusan Malaysia 11 September 2009 / 21 Ramadan 1430


INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG..

Thursday, September 10, 2009



TERBUKA UNTUK SEMUA PELAJAR DAN MAHASISWA DARI PELBAGAI KAUM DI IPT DALAM & LUAR NEGARA
JEMPUT MAI RAMAI2 AJAK KAWAN.SAMA-SAMA KITA MERIAHKAN HARI YANG MULIA INI

Majlis Penutupan Ikram 09

Majlis Penutupan Ihya Ramadan ( IKRAM 09) dan Majlis Khatam Al-Quran

Tempat : Auditorium Komplek Perdanasiswa
Tarikh : 10 Sept 2009
Masa : 9.30-11.30

Menarik : Persembahan Nasyid Kumpulan Far East

Iftar dan solat tarawikh di dataran Gazebo..makanan berbuka di sediakan

Semua adik beradik Permadah di jemput hadir hadir beramai-ramai.

Anjuran Persatuan mahasiswa kedah (Permadah) dengan kerjasama MPMUM

Tuesday, September 08, 2009

Portal Rasmi Kerjaan Negeri Kedah

Salam Ramadhan, Salam Al-Mubarak.
Buat pengunjung-pengunjung blog PERMADAH yang setia,
link rasmi kerjaan Negeri Kedah dah ada kat pautan.
Untuk mengetahui perkembangan atau berita tentang Kedah,
klik saja kat situ.......

CERAMAH KHAS!!


::IKRAM '09::

CERAMAH KHAS:
Sheikh Mahmoud As-Siyyam
(Mantan Imam Masjid Al-Aqsa)

Tarikh: 8 Sept '09
Hari: Selasa
Masa: 9.30malam
Tempat: Dewan Kuliah Utama (DKU), APIUM

Tajuk:
PALESTINE
OUR SOULS ARE YOURS

::Penterjemah disediakan::

SEMUA DIJEMPUT HADIR

"KE ARAH PEMBENTUKAN MAHASISWA MUTTAQIN"

Sunday, September 06, 2009

Wacana Ramadhan Al-Mubarak (WARAK ’09)

Pada 5 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan, Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) telah menganjurkan Wacana Ramadhan Al-Mubarak (WARAK ’09) yang bertempat di Dewan Perdana1, Kompleks Perdana Siswa (KPS) UM. Program ini merupakan program tahunan PERMADAH yang diadakan bersempena bulan Ramadhan karim yang menghimpunkan seluruh adik beradik PERMADAH di Universiti Malaya. Program ini dianjurkan adalah untuk meraikan bulan ramadhan serta meningkatkan lagi ukhuwah antara adik-beradik PERMADAH dan ia merupakan program yang ketiga yang dianjurkan selepas Hari Interaksi dan Gerai Jelapang Padi.

ucapan Pengarah WARAK, Saudara Naufal


Program ini bermula lebih kurang jam 6.15 petang dirasmikan oleh mantan Presiden PERMADAH sesi 08/09, saudara Amin Che Amat. Dalam ucapan tersebut, beliau memberi penekanan terhadap dakwah dan menceritakan serba sedikit pengalaman beliau turun berdakwah di perkampungan orang asli. Beliau turut menyentuh mengenai malam lailatul qadar yang mana malam tersebut merupakan malam yang terbaik daripada 1000 bulan seperti yang terdapat dalam firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: (Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!) . Beliau menyeru kepada semua adik-beradik PERMADAH untuk menghayati dan mencari malam tersebut kerana kelebihannya sangat besar di sisi Allah S.W.T.

Ucapan YDP PERMADAH, Saudara Alhafiz

Antara adik-beradik PERMADAH yang hadir, khusyuk mendengar ucapan.

Mantan PRESIDEN PERMADAH sesi 08/09, saudara Amin


Majlis ini diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa secara berjemaah oleh semua hadirin yang hadir dan solat maghrib berjemaah di surau KPS.

menikmati juadah berbuka puasa


Setelah menunaikan solat terawikh, program WARAK kali ini diserikan lagi dengan kedatangan seorang penceramah dari Jabatan Al-Quran Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, ustaz Khairul Nizam bin Zainan Nazri. Beliau menyampaikan perkongsian ilmu mengenai Peranan Ramadhan Dalam Mendidik Manusia’.

penceramah begitu bersemangat menyampaikan kuliah beliau


Beliau memulakan kuliah ilmu ini dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W mengenai fadhilat beramal di bulan Ramdhan:

"من قام رمضان إيمانًا واحتسابًا غُفِر له ما تقدَّم من ذنبه"

Maksudnya: Rasulullah bersabda; sesiapa yang mendirikan/menghidupkan/berqiyam Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab (muhasabah), diampunkan keatasnya dosa-dosanya yang telah lepas.


Beliau seterusnya menjelaskan beberapa amalan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W dalam bulan Ramdhan, iaitu:

1. Iktikaf.

Aisyah r.a. berkata:

أن النبي صلى الله عليه و سلم كان يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله ثم اعتكف أزواجه من بعده

Maksudnya: Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh terakhir daripada Ramadhan, sehingga baginda diwafatkan oleh Allah. Kemudian para isteri baginda beriktikaf selepasnya.

2. Membaca Al-Quran.

3. Bersedekah
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Maksudnya: Sesiapa menjamu seseorang berbuka puasa, maka dia mendapat seperti pahalanya, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang berpuasa itu.

4.Mengerjakan Umrah.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

فإن عمرة في رمضان تقضي حجة معي

Maksudnya: Maka sesungguhnya umrah pada Ramadhan bersamaan pahalanya dengan haji bersamaku.


Penceramah juga menjelaskan beberapa kelebihan bulan Ramadhan iaitu doanya dimakbulkan serta dijanjikan ganjaran untuk memasuki pintu syurga ar-Rayyan seperti yang disabdakan oleh Nabi S.A.W yang bermaksud: Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari qiyamat kelak. Tidak masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Diumumkan: “Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk melaluinya (pintu Ar-Rayyan). Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, ditutup (pintu itu) maka tiada lagi orang lain yang akan memasukinya”


Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH), saudara Al-Hafiz Adnan ketika dihubungi, mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pelaksana WARAK 09 Jutaan terima kasih saya tujukan kepada Adik Naufal dan Ruqayyah selaku pengarah dan timb pengarah serta seluruh ajk pelaksana program yang telah bertungkus lumus melakukan gerak kerja bagi menjayakan majlis tersebut. Projek Warak 09 bermula daripada pengarah projek sehinggalah ajk-ajk pelaksana semuanya terdiri daripada adik-adik tahun satu (first year) Permadah UM, tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada adik-adik tahun satu untuk belajar dan mengutip pengalaman mengendalikan sesuatu program.Sedia maklum bahawa sistem HEP UM terlalu banyak birokrasi dan karenah untuk membenarkan Mahasiswa menjalankan aktiviti!!”


Syabas kepada adik-adik ahli jawatankuasa pelaksana atas kejayaan anda melaksanakannya. Semoga program Wacana Ramadhan Al-Mubarak yang dianjurkan ini memberi manfaat kepada semua yang hadir, insyaAllah.