Pages

Friday, September 11, 2009

Najib nasihat pelajar universiti berhati-hati di jalan raya

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan golongan muda dan pelajar universiti supaya mengutamakan keselamatan semasa berada di jalan raya terutama ketika menuju ke destinasi masing-masing menjelang Aidilfitri ini. Perdana Menteri berkata, kumpulan tersebut yang merupakan aset penting masa depan negara, perlu memastikan tahap keselamatan mereka sentiasa diberikan keutamaan.


"Menjelang Hari Raya tidak lama lagi, adalah menjadi harapan saya agar semua pemandu terutamanya pemandu kenderaan awam dan penunggang motosikal memberikan keutamaan terhadap keselamatan sewaktu di jalan raya ketika menuju ke destinasi masing-masing. "Kepada generasi muda dan para pelajar di institusi pengajian tinggi, ingatlah anda adalah aset penting masa hadapan negara," katanya.


Najib berkata demikian dalam rakaman video pesanan ringkas beliau sempena program khas 'Mesej Daripada Perdana Menteri' sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sebelum mengakhiri pesanan itu, Najib juga menyampaikan pantun empat kerat yang berbunyi:


Satu Malaysia Bersatu Padu,

Bersatu Padu Penuh Semangat,

Pesanan Saya Buat Pemandu,

Pandu Cermat Jiwa Selamat.


Sumber : Utusan Malaysia 11 September 2009 / 21 Ramadan 1430


INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG..

0 KOMEN: