Pages

Sunday, January 31, 2010

Jadual Perlawanan Liga Super 2010 Bagi Pasukan Negeri Kedah Darul Aman





9/1/10 Sabtu

Johor vs Kedah, Stadium Larkin(A)

12/1/10 Selasa
Kedah vs Perlis, Stadium Darul Aman(H)

16/1/10 Sabtu
Kedah vs Johor FC, Stadium Darul Aman(H)

19/1/10 Selasa
Kelantan vs Kedah, Stadium Kota Bharu(A)

23/1/10 Sabtu
Kedah vs Perak, Stadium Darul Aman(H)

26/1/10 Selasa
Pulau Pinang vs Kedah, Stadium Bandaraya(A)

30/1/10 Sabtu
Kedah vs T-Team, Stadium Darul Aman(H)

6/3/10 Sabtu
Selangor vs Kedah, Stadium Shah Alam(A)

13/3/10 Sabtu
Kedah vs N9, Stadium Darul Aman(H)

17/4/10 Sabtu
KL vs Kedah, Stadium KLFA Cheras(A)

20/4/10 Selasa
Kedah vs Plus FC, Stadium Darul Aman(H)

24/4/10 Sabtu
Pahang vs Kedah, Stadium Darul Makmur(A)

4/5/10 Selasa
Kedah vs Terengganu, Stadium Darul Aman(H)

P/s : *Jadual untuk pusingan pertama Liga Super
*Tertakluk kepada perubahan

Sumber : Hijaukuning.com

Thursday, January 28, 2010

BOLA SEPAK LIGA SUPER



Kerancakan perlawanan Bola Sepak Liga Super telah kembali. Ketika ini pasukan Kedah Darul Aman telah pun mengharungi 6 perlawanan. Pasukan yang mendapat jolokan Sang Kenari itu kini berada pada kedudukan ketiga di belakang pasukan Selangor dan Terengganu. Berbekalkan kepada keputusan 3 kali kemenangan, 1 kali seri dan 2 kali kekalahan, pasukan ini dilihat masih berada dalam keadaan terumbang- ambing terutamanya di bahagian serangan dan tengah. Kecederaan beberapa tonggak utama seperti Khairil Muhaymeen dan Victor Andrac dilihat sebagai punca kepada keadaan ini.

Berdasarkan kepada statistik perlawanan yang telah diharungi, terdapat beberapa fakta menarik untuk dikongsi. Antaranya, selepas mengharungi 3 perlawanan di Stadium Darul Aman, pasukan Kenari ini masih belum memenangi sebarang perlawanan di stadium yang dianggap keramat itu. Adakah Stadium Darul Aman yang dahulunya digeruni oleh pihak lawan telah hilang keramatnya?.. Dimanakah penyokong-penyokong Hijau Kuning yang dahulunya penuh di setiap penjuru stadium ketika pasukan ini memerlukan pemain ke 12 untuk menaikan semangat para pemain?

Sokongan yang padu perlu diberikan kepada pasukan bagi meniupkan semangat mereka ketika bermain. Ibarat kata azimat Hijau Kuning “ Sokongan Kami Bukan Sekadar Ketika Menang, Sokongan Kami Sepanjang Zaman”.. Semoga pasukan Kenari ini akan menjulang trofi Liga Super pada tahun ini..

Buat kepada penyokong- penyokong Kedah terutamanya kepada adik-beradik PERMADAH, jangan lupa saksikan siaran langsung perlawanan Liga Super antara KEDAH VS T-Team pada hari Sabtu ini (30 Januari 2010) pada pukul 8.45 malam di TV1. Ramai-ramai kita bersorak untuk pasukan kesayangan ini..

PULUN KEDAH PULUN, T-TEAM KITA BALUN..

Wednesday, January 27, 2010

Info terkini [[ SyuRga MahAsiswA]]

Forum SyuRga MahAsiswA akan ditunda dari 29 Januari kpd 25 Februari 2010 (Khamis) disebabkan beberapa masalah yg tidak dpt dielakkan.

Masa : 8.15 pm - 11.30 pm
Bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan

Barisan ahli panel
1)Prof Madya Hj Izudin Hj Ali ( Prof Izi Hot.fm)
2)Amin Idris ( Penulis buku & pakar motivasi)

Sebarang masalah, sila hubungi AFIQ (013-3112135)

Harap maaf.


Friday, January 22, 2010

Operasi Khidmat Masyarakat ( OPKIM "10)



Assalamualaikum.

" FamiLy AngkAt?? TsunAmi ReviEw?? SepEtanG di LauT?? "

Temui semua ini hanya dalam OPKIM PERMADAH.. Tiada yg lain.

Pada 13 Februari - 17 Februari 2010
Tempat : Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman
Yuran : RM55

Utk sebarang pertanyaan, hubungi Ezry 012- 5957875

Jom p OPKIM... macam macam ada.....

Monday, January 18, 2010

Ekspedisi Mendaki Gunung (XPDG)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua adik-beradik PERMADAH..alhamdulillah pada 15-17 Januari yang lalu, PERMADAH buat julung-julung kalinya telah menganjurkan satu program iaitu Ekspedisi Mendaki Gunung (XPDG) bertempat di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. program yang bertemakan "Ketahanan Fizikal dan Mental Memperkasa Jati Diri Mahasiswa" ini disertai oleh 64 peserta dan semua peserta berjaya menawan gunung yang ketingiaannya hampir mencecah 900 meter. semoga program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dalam memperkasakan jati diri seorang mahasiswa.

Berikut adalah gambar-gambar XPDG:


Sedikit ucapan oleh YDP


semua peserta bertungkus-lumus memasang khemah

acara BBQ..


senaman


peserta bersemangat meneruskan pendakian


berehat untuk menghilangkan kepenatan mendaki..


Di puncak kedua


pemandangan dari puncak

Bersemangat!!

Mujahid yang berjaya meneruskan pendakian ke atas batu yang paling tinggi..


Mujahidah juga tidak kurang hebatnya..

Wajah-wajah ceria peserta XPDG
Semoga segala kenangan manis kita bersama terpahat dalam ingatan adik- beradik semua insyaAllah..

SyuRgA MaHaSiswA

Nantikan kedatangan forum
"SyuRgA MaHaSiswA"

pada 29 Januari 2010 ( Jumaat)
masa : 8.15 pm - 11.30 pm
Bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan

.: Kami tampilkan barisan ahli panel terkenal :.
1)Prof Madya Hj Izudin Hj Ali ( Prof Izi Hot.fm)
2)Amin Idris ( Penulis buku & pakar motivasi)

Sebarang masalah, sila hubungi AFIQ (013-3112135)

Jom p jgn xp.....

Friday, January 08, 2010

Ekspedisi Mendaki Gunung (XPDG)


Anda bosAn?? InginkAn aktiviti mencAbar?
Jom sertai kami menawan Gunung Datuk

:: Tarikh: 15 - 17 Januari 2010 ( Jumaat- Ahad) ::

Tempat : Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan

Yuran: RM38


Untuk penyertaan, sila nyatakan nama & no matrik anda

melalui SMS

AFIQ (013-3112135)


ATAU


emelkan ke

zero90_090@yahoo.com


sebelum

13 Januari 2010 (Rabu)


Penyertaan terhad kepada 60 orang shj

Cepat sebelum terlambat....


"KETAHANAN FIZIKAL & MENTAL MEMPERKASA JATI DIRI MAHASISWA"

Aktiviti Kelab Fasilitator



Salam ceria dari Kelab Fasilitator buat semua adik-beradik PERMADAH.. Pada cuti semester yang lalu, Kelab Fasilitator telah dijemput untuk menjadi fasilitator bagi beberapa program dan kem di sekolah-sekolah dan tempat-tempat rekreasi di sekitar negeri Kedah, Perak dan Pulau Pinang.
Di sini pihak kelab fasilitator menampilkan beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab fasilitator:

Kursus Bimbingan Solat & Celik Al-Quran, Madrasah Ad-Diniah AL-Islamiah Sg.Bakap.



Kem Anak Soleh Darul At-Taqwa, Kampung Melayu Acheh, Titi Hayun, Yan.




Rumah Anak-anak Yatim, Taman Medan KL.





Kem Kecemerlangan Akademik, SRA Islah, Pendang




Kem Sekolah Menengah Agama Gurun




Kem Kecemerlangan MADIS 09 SM Agama Islah, Pendang


Kem Qiamullail SK Seberang Perak Dua



Kem Kepimpinan (Maktab Mahmud) di Pendang Lake Resort.




Kem Bina Insan Muslim, Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Pengkalan Hulu



Kem Pemantapan Sahsiah & Qiamullai, Madrasah Ittifiqiyyah, Kubang Pasu




Kem Solat SK Bukit Tangga







Kem Kecemerlangan Sahsiah & Akademik SK Kota Rentang

Tuesday, January 05, 2010

Buletin Permadah




Nantikan kemunculan Buletin Permadah.......
Exco Informasi & Penerbitan

OPKIM 10'

Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) sesi 09/10 :

Tarikh : 13 Februari - 17 Februari 2010

Tempat : Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman

Yuran : RM55

p/s : sebarang pertanyaan ttg OPKIM '10 dan utk pendaftaran sila hubungi Pen. Pengarah Teknikal ( Ezry - 0125957875)

Pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang!!


**sila serahkan bayaran pendahuluan semasa pendaftaran**

Program-program PERMADAH sepanjang Semester 2 Sesi 09/10

JANUARI
i. 15/01/2009-17/01/2010
XPDG (MENDAKI GUNUNG DATO’, NEGERI SEMBILAN)
-EXCO SUKAN DAN REKREASI

ii. 30/01/2010
SYURGA MAHASISWA (FORUM MAHASISWA)
-HELWA DAN EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL

FEBRUARI
i. 05/02/2010- 07/02/2010
KEM ANDIGMA ( KEM ANJAKAN PARADIGMA MAHASISWA )
-EXCO KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

ii. 13/02/2010-17/02/2010
OPKIM (OPERASI KHIDMAT MASYRAKAT, KUALA MUDA)
-EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

MAC
i. 13/03/2010
DINNER PERMADAH (MAKAN MALAM)
-MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN MAHASISWA KEDAH

Sunday, January 03, 2010

Jom Sertai Bengkel Keusahawanan

Assalamualaikum dan salam 1 Permadah..

Jemputan kepada semua ahli dan adik beradik Permadah ke program Bengkel keusahawanan bertempat di Dewan Perdana 1,Kompleks Perdana siswa,UM.Kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri menjadi seorang usahawan..jangan lepaskan peluang keemasan ini

Maklumat Program

Nama : Bengkel Keusahawanan
Tempat : Dewan Perdana 1,Kompleks Perdana Siswa(KPS),Universiti Malaya
Tarikh : 4 Januari 2010 (ISnin)
Masa : 10 pg Hingga 5 Ptg


jom sertai ramai-ramai..rebutlah ilmu keusahawanan untuk masa hadapan

"Permadah Milik Bersama''