Pages

Saturday, November 03, 2012

PERJUMPAAN BERSAMA PENASIHAT PERMADAH



Assalammualaikum dan salam sejahtera. Diharapkan anda semua sihat belaka hendakNya. Terima kasih bagi yang sudi meluangkan masa membaca setiap "update" dari Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya. Alhamdulillah pada hari Jumaat lalu, bertarikh 2/11/2012 bertempat di BS4, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya kami dari kalangan pimpinan telah mengadakan perjumpaan bersama penasihat PERMADAH iaitu Dr. Siti Nor bt Awang.


- Kenangan bersama tidak akan dilupakan -

* Sebelum Dr. Siti Nor memberi nasihat dan motivasi, beliau meminta kami dari kalangan pimpinan PERMADAH untuk membentangkan draf program yang akan dijalankan sepanjang semester ini dan juga semester hadapan mengikut exco masing-masing.





* Seterusnya nasihat dan motivasi yang berguna dari Dr. Siti Nor:




*Pelbagai nasihat dan motivasi diberikan oleh beliau , di antaranya ialah:

# Kata-kata Dr Siti Nor bt Awang:

- " Fokus dalam akademik memang penting tetapi dah belungguk ( ramai sangat ) orang yang dapat pointer 3.0 ke atas, jadi selain dapat pointer yang elok, kena ada juga softskill seperti aktif dalam berpersatuan. Bila nak cakap kena ada adab, jangan main terjah ja, tambah lagi bila nak telefon orang-orang yang berjawatan atau untuk mintak kerja"..

- " Penguasaan bahasa inggeris jugak amat penting dan jaga ketrampilan, dan yang penting jadikan hari ini lebih baik dari semalan dan esok lebih baik dari hari ini"...

- " Dalam hidup ini untuk mencapai kejayaan harus melalui pelbagai liku-liku atau ujian, pengalaman itu yang akhirnya mematangkan kita dan menghargai erti sebuah kehidupan hasil dari usaha gigih kita sendiri. Harapannya, melalui persatuan ini akan digunakan sebagai "advantage" di alam pekerjaan kelak dan target dalam 2-3 bulan selepas grad dah dapat kerja, boleh balas jasa ibu ayah"..

* Dan banyak lagi nasihat berguna daripada beliau. InsyaAllah setiap nasihat daripada beliau akan kami cuba untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan juga pada masa akan datang. (n_n)

# Jom view, jamuan ringkas bersama Dr. Siti Nor bt Awang ----->




- Moga kita bertemu lagi, insyaAllah -