Mengulas kenyataan akhbar arus perdana bertarikh 6 November 2009, secara peribadi saya terkejut dengan berita yang mengatakan bahawa beberapa artis negara kita akan mengadakan konsert di ibu kota dengan tujuan membantu sebuah maahad tahfiz mengutip dana bagi kegunaan maahad tersebut. Klik di sini. Ya,memang sebelum ini pernah timbul isu sebegini. Menganjurkan konsert sambil mengumpul dana kebajikan. Kononnnya ingin beramal. Alhamdulillah ada niat baik yang terbit dari hati nurani para artis negara kita ini untuk membantu golongan yang memerlukan. Namun persoalan yang timbul adalah, adakah Islam menghalalkan cara ini? atau dalam erti kata lain adakah matlamat menghalalkan cara?
“Dan sebab lain saya terima tawaran ini adalah kerana ia berbentuk kebajikan dan niat untuk membantu sekolah tahfiz mendapatkan dana membuatkan saya rela hati untuk terbabit dalam projek ini,”kata seorang artis terkenal tanah air dengan nada teruja.
Kita menyanjung tinggi niat murni mereka untuk beramal. Ingin menambah saham peribadi sebelum menuju destinasi akhirat. Perkara ini sangat baik dan Islam amat mengalu-alukan.Namun timbul dalam benak hati dan pemikiran saya tentang soal keberkatan. Adakah berkat dana yang diperoleh daripada konsert untuk disalurkan kepada maahad tahfiz berkenaan?
Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berhibur. Apatah lagi hendak beramal. Namun Islam punya nilai adab dan peraturannya yang tersendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Supaya kerja buat kita diredhai dan yang paling penting diberkati. Saya bukan mahu menyalahkan para artis kita. Juga bukan sengaja mempertikai kerja buat mereka. Cuma ragu-ragu tentang cara kita pada hari ini. Adakah ianya diterima sebagai amal ibadah atau hanya sekadar menambah dosa dan maksiat kepada sang pencipta yang maha agung. Lantas kesudahnnya kita dicampakan ke dalam neraka. Nauzubillah..
Sekadar renungan kita bersama dalam meniti perjalanan dunia yang sementara. Mudah-mudah kita semua diberkatiNya..Nabi Muhammad S.A.W bersabda “ harta yang ada di tangan manusia ibarat sebuah peti besi. Dan setiap peti besi itu ada kuncinya. Nyata bahagia bagi setiap manusia yang diberikan kunci untuk melakukan kebajikan dan ditutupi pintu kejahatan. Nyata celaka bagi manusia yang diberikan kunci untuk melakukan kejahatan dan ditutupi pintu kebajikan.”
Bersempena Peperiksaan Akhir Semester yang bakal menjelang tidak lama lagi, pimpinan Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan buat semua ahli PERMADAH yang disayangi serta para pengunjung blog ini yang bakal menduduki peperiksaan.
Sering kali tazkirah didendangkan di telinga kita,namun kita sering kali juga lupa.
Sering kali majlis ilmu kita kunjungi namun kita masih tidak berubah berbanding semalam.
Sering kali kita membaca buku agama, namun sejauh mana kita berjaya menyelami isi kandungan buku tersebut dalam kehidupan kita.
Sering kali kita mendengar nasyid dan menonton vcd berunsur agama, namun tiada mutiara berharga yang berjaya kita kutip melainkan keseronokan halwa mata dan telinga.
Ingin saya bawakan kepada sahabat sekalian suatu kata-kata daripada Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai panduan.
Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani :
“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.
“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.
“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang alim, pasti ia lebih mulia berbanding aku.
“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.
“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”
Pandanglah orang disekeliling kita dengan pandangan positif. Nescaya kita akan merasakan diri kita sentiasa hina dan terlalu banyak kekurangan. Jangan sesekali perasaan sombong menguasai diri kelak kita tewas apabila diuji.
Kuala Lumpur ; Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya bersama dengan Persatuan Mahasiswa Darul Aman(Persada Kedah),telah mengadakan kunjungan hormat ke Persatuan Cina Muslim Malaysia atau dalam bahasa English Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).pertemuan tersebut diadakan pada petang Rabu 28 Oktober yang lalu di pejabat urusan MACMA jalan Ipoh,Kuala Lumpur.
Tujuan pertemuan tersebut diadakan ialah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara Persatuan mahasiswa Kedah sekitar lembah Klang dan MACMA itu sendiri disamping berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai budaya dan dan cara hidup masyarakat Cina khususnya kaum Cina yang tinggal di Malaysia
Pertemuan selama 2 jam bersama Setiausaha Agong MACMA saudara Ann Wan Seng dapat memberikan maklumat dan perkongsian berharga mengenai maklumat dan cara untuk mendekati masyarakat cina terutamanya golongan mahasiswa Cina untuk disamping memupuk semangat perpaduan antara kaum.
Syazwan sedang bertanyakan sesuatu
Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Presiden Persada saudara Syazwan Ahmad dan Presiden Permadah,Saudara Al-Hafiz Bin Adnan bersama beberapa orang pimpinan Persada Kedah dan Permadah.
Pada 15 Oktober yang lalu, telah berlangsung sidang media berhubung isu sebatan Kartika & penubuhan Kelab Sahabat Kartika bertempat di Gazebo, Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya. Mahasiswi yang terlibat adalah wakil-wakil mahasiswi di peringkat MPMUM, PMIUM, PMAPIUM dan persatuan-persatuan anak negeri seperti PERMADAH, PERMANIS, PMKUM, dan PEMARAK.
Pendahuluan Kartika Sari Dewi Sukarno menjadi wanita pertama dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Syariah di Malaysia. Beliau yang disabitkan hukuman 6 kali sebatan atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai mendapat perhatian seluruh masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, pihak Kerajaan, badan-badan NGO dan masyarakat awam juga tidah ketinggalan dalam memberi persepsi dan pandangan, sama ada berbentuk kritikan atau sokongan.
Mahasiswa Ziarah Kartika Selaras dengan matlamat mahasiswi untuk mendepani isu-isu yang berkaitan dengan wanita, maka suatu pertemuan bersama beliau dirancang. Maka pada awal bulan Oktober yang lalu, beberapa pimpinan mahasiswi Universiti Malaya mengunjungi rumah Kartika di Sungai Siput, Perak.
Penubuhan Kelab Sahabat Kartika Ekoran daripada kunjungan tersebut, mahasiswi menggagaskan idea untuk menubuhkan Kelab Sahabat Kartika Universiti Malaya. Kelab Sahabat Kartika ditubuhkan atas kesedaran untuk menyatakan sokongan kepada Kartika Dewi Sukarno atas pendirian beliau menerima bahkan meminta untuk diteruskan hukuman sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Apa yang paling utama, pendirian beliau ini telah menjadi pencetus kepada kesedaran masyarakat untuk mengetahui hukuman undang-undang syariah dan perbezaannya dengan undang-undang sivil denan lebih lanjut dan lebih teliti.
Kini, pemimpin masyarakat mula bersuara, badan kehakiman mula mengkaji semula, masyarakat mula menilai dan mempelajari bahkan mahasiswa mula celik kepada isu agama dan kemasyarakatan. Seluruh pimpinan mahasiswi begitu optimis, jika usaha memperbaik pelaksanaan undang-undang syariah di negara kita terus dilakukan secara konsisten dan menyeluruh, pasti persepsi Islam agam terrorist dan fahaman islamphobia akan terhapus. Ahli Kelab Sahabat Kartika juga akan turun padang untuk memberi sokongan kepada Kartika atas dasar keyakinan bahawa pilihan beliau untuk memperbaik diri dan memberi pengajaran kepada orang lain adalah satu tindakan yang tepat dan bijak.
Harapan Mahasiswa Mahasiswa cukup optimis bahawa penubuhan kelab ini dapat menjadikan masyarakat, kaum wanita terutamanya untuk berfikiran lebih terbuka untuk menerima individu-individu seperti Kartika. Realitinya, masyarakat hari ini masih lagi mendiskriminasi mereka yang melakukan kesalahan atau jenayah walaupun mereka sudah insaf dan bertaubat. Mahasiswa juga mengharapkan agar penubuhan kelab ini mendapat sokongan dan dokongan ramai.
Pendirian Mahasiswa Di atas penubuhan kelab ini, mahasiswa berpendirian bahawa:
Mahasiswa memuji dan menyokong tindakan Kartika yang berani tampil mengaku kesalahan dan mahu menerima hukuman dengan rela hati. Mahasiswa juga mencabar sesiapa yang pernah membuat kesalahan jenayah untuk tampil seperti Kartika.
Mahasiswa mendesak hukuman ke atas Kartika disegerakan untuk mengurangkan serangan psikologi yang dihadapi oleh beliau.
Mahasiswa memandang isu ini sebagai suatu titik permulaan kepada Kartika dan mereka yang sepertinya untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Mahasiswa mencadangkan supaya pendidikan terhadap hukum dan undang-undang syariah lebih diperluas agar masyarakat memahami hikmah hukuman sebagai didikan, bukan untuk menzalimi.
Mahasiswa mendesak supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lebih serius dalam membaik-pulih nilai-nilai moral kaum wanita yang semakin hilang dalam arus modenisasi.
Penutup Sebagai konklusi, mahasiswa menyeru kepada semua pihak agar memberi sokongan terhadap penubuhan kelab ini. Di samping itu, mahasiswa mengharapkan agar penubuhan kelab ini menjadi pencetus kepada usaha dan inisatif untuk membangunkan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi ke arah membina bangsa Malaysia yang bertamadun.
SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA KHAMIS 22.10.2009 7.00 MALAM ( MAGHRIB ) KOLEJ KEDIAMAN KELIMA SEMUA JEMPUT HADIR..
Salam sayang kepada semua family PERMADAH.. Sempena musim peperiksaan yang bakal menjelang, exco akademik dan barisan pimpinan PERMADAH mendoakan kejayaan adik beradik Permadah.. Kami menjemput kepada semua, untuk hadir program solat hajat serta ceramah perdana sempena musim peperiksaan ini. Mudah-mudahan dengan munajat ini dapat memudahkan serta memberkati ilmu kita. Ameen.. Usaha + Doa + Tawakal !!!
Setiap yang hidup pasti akan mati. Inilah realiti yang tidak dapat disangkal oleh sesiapapun hatta firaun yang zalim. Begitu juga kita sebagai umat Islam, telah dirakamkan oleh Allah S.W.T kepada kita di dalam Al-quran peristiwa yang bakal kita hadapi selepas kehidupan sementara di dunia ini. Kita akan melalui alam barzakh dan kehidupan kekal di hari akhirat. Cuma ada di kalangan manusia yang mengambil perhatian yang serius akan hal ini dan ada juga yang memandang sambil lewa. Tidakkah kita merasa bimbang akan azab Allah S.W.T di sana nanti?
Justeru, suka untuk saya berkongsi kepada sahabat sekalian akan sebuah hadith panjang yang menceritakan bagaimana Rasulullah S.A.W melihat malapetaka yang menimpa umatnya di akhirat tetapi telah diselamatkan oleh berbagai-bagai amalan ikhlas yang dilakukan mereka semasa di dunia.
Sebuah hadith yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafi’e, daripada Ibnu Abi Hudaie’, daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sai’d bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
“ Semalam aku melihat perkara yang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan itu datang dan berjumpa dengan malaikat Maut lalu menghalang malaikat Maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. ( dengan amalan itu maka bertambah panjang umur lelaki itu dengan izin Allah ).
Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wuduk orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu sehingga lelaki itu terlepas daripada azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.
Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dikelilingi syaitan yang akan menyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu. Maka orang itu terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan menyesatkannya.
Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat Azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat ( fardhu dan sunat ) orang itu lalu melepaskannya dari azab itu.
Selain itu aku juga melihat umatku sedang dalam keadaan terlalu dahaga, setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya. Maka minumlah dia sehingga hilang dahaganya.
Aku juga melihat kumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul-kumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan-kumpulan itu dia akan dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa mandi janabah lalu amalan itu menangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan manusia dan para nabi.
Begitu juga aku melihat umatku sedang dikelilingi oleh gelap gelita menyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelita dan menghantarnya ke tempat terang benderang.
Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia, “ wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah ( berbual-buallah ) terhadap orang ini.” setelah itu berkata-katalah orang-orang mukmin itu kepada orang berkenaan.
Aku juga melihat seorang daripada umatku sedang ditimpa percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.
Selain itu aku juga melihat seorang daripada umatku yang sedang diheret ke dalam api neraka. Pada ketika itu datanglah amalan amar makruf nahi mungkar bersama dengan malaikat rahmat, lalu menyelamatkan orang berkenaan dari kawah api neraka.
Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah S.W.T malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan tuhannya. Ketika itu datang amalan mereka berupa akhlak yang mulia lantas memimpin tangan orang itu menuju kehadrat Allah S.W.T.
Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang dihulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri, ketika itu datanglah kepadanya amalan ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan gerun kepada Allah itu menjadi penangkis kepada suratan yang bakal diterima melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kanan.
Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikannya terlalu ringan sebaliknya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu datanglah anak-anak orang itu yang matin ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.
Aku juga melihat antara umatku yang sedang berdiri di tepi neraka jahannam dan hampir-hampir terjerumus ke dalamnya, maka ketika itu datanglah amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya sehingga terselamatlah dia daripada api neraka dan memasukkannya ke dalan syurga.
Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke kawah neraka menyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.
Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri di atas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh ke dalam neraka sebagaimana ketarnya orang yang sakit tenat. Tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu perasaan ‘Husnu Dzan’ ( sangka baik )terhadap Allah, maka Husnu Dzan nya itu menyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam neraka serta dapat meneruskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.
Aku juga melihat di kalangan umatku yang sedang mengengsot dan merangkak di atas titian sirat. Ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku ( rasulullah S.A.W ) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatnya berdiri tegak. Maka selawat itu memimpinnya terus merentasi titian sirat itu dan selamat sampai ke syurga.
Akhirnya aku melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman.”
MOHD NOOR FAZRIN MUSTAFFA EXCO KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN INSAN PERSATUAN MAHASISIWA KEDAH UNIVERSITI MALAYA SESI 2009/2010
Makluman penting buat siswi PERMADAH sekalian.. aktiviti kayak pada esok (sabtu-17 oktober 2009) terpaksa DIBATALKAN atas sebab berlaku pencemaran di tasik varsiti. segala kesulitan amatlah dikesali. sekian terima kasih...
Kuala Lumpur,14 Okt :- Kejayaan pasukan Kedah membelasah Pulau Pinang 4-0 belum cukup untuk mengangkat Juara treble 2 kali itu untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.Kebangkitan hanya pada sangat akhir itu menyebabkan pasukan Kedah terlepas peluang untuk mempertahankan Piala Malaysia setelah hanya mengisi tempat ke-3 Liga Super dan terkandas di peringkat awal Piala FA.
Penyerang Import Terbaik Liga Super musim lalu
Kehebatan Kedah dalam 2 tahun kebelakangan ini hanya tinggal kenangan.Siapa tidak tahu Kedah adalah pasukan pertama menjuarai tiga piala berturut-turut.Mana-mana pasukan pasti tidak tidur lena apabila dijadual bertemu dengan Kedah.Siapa tidak kenal Marlon Alex James,penjaring terbanyak liga super dan penyerang import yang amat digeruni oleh pertahanan serta penjaga gol lawan.Namanya sentiasa menjadi sebutan peminat-peminat sang kenari.Siapa tidak kenal Nelson Sam Martin,arkitek tengah yang sentiasa menjana gerakan dan hantaran yang menarik sehingga ada yang membandingkannya setaraf dengan pemain di liga Eropah.Mungkin peminat juga tidak lupa kehebatan Bernard Hugging yang kental mengawal benteng pertahanan sehingga ketiadaannya amat dirasai.Paling penting siapa tidak kenal Jurulatih yang penuh dengan teknik dan taktikal,Azraii Khor Abdullah.Kejayaannya membawa Kedah menjadi juara treble disamping kehebatannya mengcunkil bakat-bakat muda menyebabkannya dia dicalonkan sebagai Jurulatih Kebangsaan.Semua orang mengehtahui sebelum perlaksanaan peraturan larangan pemain import,Kedah bukan sahaja mempunyai trio import yang hebat malah mempunyai ramai pemain tempatan dan bakat muda yang menyerlah.Ketika penjaga gol Helmi Heliza terpilih menjadi penjaga gol kebangsaan,Kedah mempunyai rangkaian pemain seperti ketua pasukan,Victor Andrag,Shafizan Hashim dan V.Thirumurugan di barisan pertahanan.Rakan gandingan Nelson iaitu Fauzi Shaari atau Pak Long.Begitu juga Khyril Muhymen,Badrol Baktiar dan bakat baru Fadly Baharom.Semua mereka telah membentuk satu pasukan yang hebat dan memberi mimpi buruk kepada pasukan lain.
Azrai Khor bersama trio impori\t menjulang piala Malaysia 08/09
Namun,sejak larangan penggunaan pemain import oleh FAM dan rombakan pasukan,pasukan Kedah mula menunjuk kemerosotan.Bermula dengan kegagalan mendapatkan pemain bintang tempatan dan pelepasan beberapa pemain berpotensi,pasukan ini dilihat masih mencari rentak.Walaupun Kedah telah membawa masuk Farizal dan Azrul penyerang daripada Pulau Pinang dan Shahrulnizam Mustapha daripada Perak,namun mereka masih tidak mampu membawa Kedah bersaing dengan pasukan hebat seperti Perlis dan selangor.Sebelum ini wujud rungutan daripada Azrai Khor sendiri tentang kelemahan dan sikap pengurusan bola sepak Kedah(KFA).Semenjak Othman Aziz memegang jawatan pengurus lagi,peminat mempersoalkan perpindahan Bunyamin Omar dan Shakir Ali ke UPB My-Team dan Harimau Muda.Begitu juga penjualan Zairul Fitri semula ke Kelantan setelah hanya bermain hanya beberapa perlawanan.Ini yang menghairan dan merunsingkan Azraai,serta Penolong Jurulatih,Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri.Apabila berlaku perubahan kepimpinan negeri Kedah pada pilihanraya umum yang lalu,Othman Aziz telah meletak jawatan dan ada di kalangan pegawai KFA yang masih setia dengan pengurus lama didakwa tidak memberi kerjasama yang baik dan bersikap tidak profesional sehinggalah kegagalan Kedah meminjam pemain untuk Piala malaysia adalah salah satu puncanya.Hal ini menjadi bualan ahli kelab penyokong hijau kuning dalam ruangan sembang laman web mereka.Namun begitu itu kelemahan daripada pihak pemain juga tidak boleh dinafikan.Jika Kedah berhasrat untuk bergelar juara ia perlu membangunkan bakat-bakat baru.
penyerang utama pasukan Kedah musim ini
Bagi pihak Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya(PERMADAH),sebelum ini telah ditubuhkan kelab penyokong hijau kuning sebagai tanda sokongan mahasiswa Kedah kepada pasukan Kedah.Setiap perlawanan melibatkan Kedah di Lembah Klang pasti tidak ketinggalan.Namun kelab ini boleh memberi sokongan kepada Kuala Muda Naza atau menunggu musim akan datang.Selamat tinggal Sang Kenari!! Syabas Kuala Muda.
”Kegagalan pasukan Kedah layak keperingkat suku akhir Piala Malaysia sepertisudah dapat dijangka.Kegagalan pihak pengurusan KFA meminjam pemain untuk digunakan dalam pasukan mengakibatkan barisan serangan Kedah tumpul terutamanya apabila penyerang utama Kedah,Khyrill Muhymin mengalami kecederaan yang serius..tindakan lambat KFA ini mengakibatkan jurulatih Kedah,Azrai khor terpaksa menurunkan pemain-pemain yang sedia adauntuk mengharungi Piala malaysia ini.Pihak pengurusan KFA perlu dirombak secara menyeluruhbagi menghadapi kancah liga super musim akan datang.”
Abdul Rahim bin Ishak,Exco Sukan & Rekreasi Permadah merangkap pengerusi kelab Penyokong Hijau Kuning Permadah
Sukacita, pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya julung-julung kalinya akan mengadakan projek Festival Mahasiswi Universiti Malaya (FEMINA) 2009 bermula dengan kempen pada 12 Oktober hingga 17 Oktober 2009 dan forum dan diskusi bermula 16 Oktober hingga 18 Oktober 2009 bertempat di Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya.
Dengan membawa fokus 'life planning' dan bertemakan 'shaping a meaningful life', FEMINA membariskan ahli panel yang hebat dan berpengalaman di dalam bidang masing-masing dalam mengupas isu-isu yang bersesuaian dengan tema. Antara tajuk yang akan dibincangkan ialah :
“Meaning of successful life for woman"
“What women needs in life”
“Women and Reality of Malaysia”
“Women Producing Great Generation”
“What Men Should Know, What Women don’ t Know”
Objektif penganjuran FEMINA ’09 merangkumi dari sudut intelektual, kemahiran, perpaduan dan nilai moral. FEMINA ’09 mendukung tanggungjawab dalam melahirkan individu yang terdiri daripada mahasiswa/i seluruh negara yang memiliki rasa sedar dan cakna kepada realiti semasa, juga menekankan kepentingan merancang kehidupan pada masa hadapan untuk membantu negara terus mencapai kemajuan sejajar dengan seruan kerajaan bersesuaian dengan tema FEMINA `09.
Antara lain, target yang ingin dicapai bagi FEMINA `09 ialah :
Resolusi Pertama Majlis Mahasiswi Nasional (MASISNA)
Pelancaran MASISNA oleh Y.B Senator Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil
Sumbangan dana kepada yayasan kebajikan FEMINA 09
Sehubungan itu, pihak FEMINA 09 telah mensasarkan penglibatan minimum 500 peserta daripada pemuda/i negara yang terdiri daripada mahasiswa/i Institusi Pengajian Tinggi Awam/ swasta, pelajar Matrikulasi, dan pelajar STPM.
Pihak FEMINA'09 juga menawarkan RM50 untuk 50 orang yang pertama sekali mendaftar. Sebarang pendaftaran bolehlah hubungi :