Pages

Tuesday, March 29, 2011

Realiti Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH)

AHAD, 27 Mac 2011 – Sempena kejohanan Futsal Integrasi PEMBINA 2011 yang dijalankan di Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya semalam, Kelab Penyokong Hijau Kuning PERMADAH telah menghantar satu pasukan futsal dalam perlawanan tersebut. Barisan pasukan ini telah diketuai sendiri oleh saudara Mohd Noor Fazrin bin Mustaffa Presiden PERMADAH bagi sesi 2010/2011 serta pimpinan PERMADAH yang lain.


Pada kejohanan futsal kali ini, pasukan PERMADAH B telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir kumpulan B namun tewas kepada pasukan ASIS yang dilihat lebih berpengalaman mengawal permainan. Barisan pemain PERMADAH B juga turut disertai oleh mahasiswa dari Kelantan iaitu saudara

Ahmad Fa’iz bin Shukeri dan saudara Mohd Kassim dari Sabah.


Realitinya, program-program yang telah dianjurkan oleh PERMADAH sebelum ini mendapat sambutan yang baik lagi menggalakkan daripada mahasiswa dan mahasiswi khususnya mahasiswa luar daripada Kedah. Menurut presidennya saudara Fazrin, aktiviti yang dijalankan oleh PERMADAH di negeri Kedah telah mendapat penyertaan yang memberansangkan seperti OPKIM’11 yang diadakan pada bulan Januari yang lepas.


Mengulas berkenaan isu ini beliau berkata “saya berasa teruja dengan sambutan dan sokongan yang ditunjukkan oleh mahasiwa luar Kedah dalam program-program PERMADAH sebelum ini. Saya selaku pimpinan tertinggi dalam PERMADAH mengalu-alukan mana-mana individu baik dari Kedah ataupun bukan yang ingin menimba pengalaman melalui aktiviti yang dianjurkan oleh PERMADAH, kita tiada masalah dalam perkara ini kerana kita meraikan semua golongan. Bagi saya juga, PERMADAH bukan sahaja untuk mahasiswa Kedah bahkan untuk semua orang sepertimana slogan yang selalu kita laungkan iaitu PERMADAH 1 Keluarga, inilah yang kita cuba terapkan”. Beliau juga, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pemain pasukan PERMADAH B kerana layak ke peringkat suku akhir khusunya kepada saudara Fa’iz dan Kassim yang telah bekerja keras bagi memastikan kemenangan untuk pasukan PERMADAH.

Beliau serta pimpinan yang lain berharap pada masa yang akan datang, PERMADAH akan lebih mendapat tempat di hati-hati mahasiwa Universiti Malaya khususnya melalui aktiviti yang dianjurkan.



MOHD NOOR FAZRIN BIN MUSTAFFA


Yang Dipertua


Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH)


Universiti Malaya


Sesi 2010/2010


Wednesday, March 16, 2011

JeMpUtAn WaLiMaH~

Assalaamu'alaikum dan Selamat Sejahtera..

Semua adik-beradik keluarga besar PERMADAH, ahli-ahli PERMADAH, dan mantan-mantan pimpinan PERMADAH dijemput ke walimah

Muhamad Faris (mantan Bendahari PERMADAH 2009/2010)
&
Nurul Sakinah (mantan Timb. Bendahari PERMADAH 2009/2010)

~utk sbrg pertanyaan, bleh hubungi faris - 013-2965207





Monday, March 07, 2011

PROGRAM-PROGRAM SEMESTER INI


OPKIM PERMADAH 2011 (2.2.2011-6.2.2011)

PERMADAH untuk mahasiswa dan masyarakat. OPKIM PERMADAH 2011 sebagai wadah untuk melaksanakan perkara ini. Berlangsung selama 6 hari (2-6 Februari 2011), melihat kepada reaksi dan penerimaan penduduk di Homestay Kg Jeruju, Jerlun, serta komitmen seluruh ad-hoc dan peserta, kita merasakan kita berjaya merealisasikan objektif program ini sendiri.

Pelbagai aktiviti telah kita jalankan dan uruskan di sepanjang OPKIM 2011 ini. Antaranya forum perdana, sukananeka, sukan rakyat, ziarah dan memberi sumbangan kepada masyarakat. juga tidak terkecuali turut membantu penduduk melakukan 'rewang' di rumah kenduri yang berkebetulan jatuh pada hari terakhir kita di sana.

Homestay Kg Jeruju, tempat berkampungnya peserta-peserta OPKIM ..

Sukan Rakyat~~ bersedia untuk tarik tali..

Di rumah kenduri...

Majlis Perasmian Penutup OPKIM PERMADAH 2011


Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepadaNya atas segala kurnia kerana memberi kepada kita melaksanakan program ini. Kepada seluruh penduduk Kg Jeruju, ad-hoc dan peserta program, terima kasih diucapkan.. PERMADAH untuk mahasiswa dan masyarakat..


~~ PERMADAH 1 Keluarga


Yang Patah Tumbuh, Yang hilang Berganti

~Majlis Perpisahan dengan Prof Padzim






Di sebalik kesibukan beliau sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi, beliau masih sanggup bersama membantu kita, memberi dorongan dan semangat untuk kita terus menggerakkan PERMADAH.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau atas segalanya.




~ Majlis suaikenal penasihat baru PERMADAH ~ Dr. Siti Nor binti Awang
Tempat: Fakulti Sastera dan Sains Sosial




Penasihat PERMADAH yang baru ialah Dr siti Nor binti Awang, Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Semoga bersamanya kita ada semangat dan azam yang juga baru, dalam usaha kita untuk menggerakkan lagi PERMADAH untuk lebih ke hadapan.

Kini, penasihat PERMADAH ialah Prof. Madya Dr. Ruzman bin Md Noor dan Dr. Siti Nor binti Awang. Sungguh, lumrah kehidupan,yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Hilang tidak semestinya pergi bersamanya semngat kita, namun jadikan ini sebagai penyuntik semangat untuk lebih kuat. Yang hilang tak akan dilupakan. Bersama membawa PERMADAH dengan dorongan serta sokongan penasihat yang baru pula.

~ PERMADAH 1 Keluarga