Pages

Tuesday, March 29, 2011

Realiti Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH)

AHAD, 27 Mac 2011 – Sempena kejohanan Futsal Integrasi PEMBINA 2011 yang dijalankan di Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya semalam, Kelab Penyokong Hijau Kuning PERMADAH telah menghantar satu pasukan futsal dalam perlawanan tersebut. Barisan pasukan ini telah diketuai sendiri oleh saudara Mohd Noor Fazrin bin Mustaffa Presiden PERMADAH bagi sesi 2010/2011 serta pimpinan PERMADAH yang lain.


Pada kejohanan futsal kali ini, pasukan PERMADAH B telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir kumpulan B namun tewas kepada pasukan ASIS yang dilihat lebih berpengalaman mengawal permainan. Barisan pemain PERMADAH B juga turut disertai oleh mahasiswa dari Kelantan iaitu saudara

Ahmad Fa’iz bin Shukeri dan saudara Mohd Kassim dari Sabah.


Realitinya, program-program yang telah dianjurkan oleh PERMADAH sebelum ini mendapat sambutan yang baik lagi menggalakkan daripada mahasiswa dan mahasiswi khususnya mahasiswa luar daripada Kedah. Menurut presidennya saudara Fazrin, aktiviti yang dijalankan oleh PERMADAH di negeri Kedah telah mendapat penyertaan yang memberansangkan seperti OPKIM’11 yang diadakan pada bulan Januari yang lepas.


Mengulas berkenaan isu ini beliau berkata “saya berasa teruja dengan sambutan dan sokongan yang ditunjukkan oleh mahasiwa luar Kedah dalam program-program PERMADAH sebelum ini. Saya selaku pimpinan tertinggi dalam PERMADAH mengalu-alukan mana-mana individu baik dari Kedah ataupun bukan yang ingin menimba pengalaman melalui aktiviti yang dianjurkan oleh PERMADAH, kita tiada masalah dalam perkara ini kerana kita meraikan semua golongan. Bagi saya juga, PERMADAH bukan sahaja untuk mahasiswa Kedah bahkan untuk semua orang sepertimana slogan yang selalu kita laungkan iaitu PERMADAH 1 Keluarga, inilah yang kita cuba terapkan”. Beliau juga, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pemain pasukan PERMADAH B kerana layak ke peringkat suku akhir khusunya kepada saudara Fa’iz dan Kassim yang telah bekerja keras bagi memastikan kemenangan untuk pasukan PERMADAH.

Beliau serta pimpinan yang lain berharap pada masa yang akan datang, PERMADAH akan lebih mendapat tempat di hati-hati mahasiwa Universiti Malaya khususnya melalui aktiviti yang dianjurkan.



MOHD NOOR FAZRIN BIN MUSTAFFA


Yang Dipertua


Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH)


Universiti Malaya


Sesi 2010/2010


0 KOMEN: