Pages

Wednesday, November 25, 2009

Jemputan ke kenduri kahwin mantan Exco Ekonomi 08/09

Salam dijemput kepada semua adik beradik PERMADAH kesemuanya menghadiri majlis kenduri perkahwinan mantan Exco Ekonomi Permadah 08/09. Ummi Aziyah Bt Khozali & pasangan pada 12.12.2009, di alamat Kg Singkir Darat, 08110, Bedong, Kedah. Kehadiran anda & keluarga amat dialu-alukan....diminta untuk menyebarkan jemputan kepada semua kawan-kawan moga majlis yang dijalankan menjadi lebih sempurna dengan kedatangan semua.


Monday, November 16, 2009

Jemputan ke kenduri perkahwinan mantan presiden PERMADAH 05/06

Semua adik beradik PERMADAH dijemput hadir ke majlis perkahwinan saudara Mohamad Noor (mantan presiden PERMADAH 05/06) dengan saudari Munirah Che Omar (mantan ex-oficio PERMADAH 08/09) bertarikh 19 disember 2009 di Kg Pengkalan Langgar,Bedong & 27 disember 2009 di Kg Bonggok Besi, Pendang. jom kita pakat pi ghamai2...





Sunday, November 15, 2009

Banjir di Kedah Semakin Buruk

ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah semakin buruk hari ini dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,062 orang membabitkan 255 keluarga berbanding 679 orang malam tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata sebanyak 13 pusat pemindahan telah dibuka di tiga daerah iaitu masing-masing enam di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu manakala satu di Padang Terap.

"Daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi apabila seramai 711 orang membabitkan 158 keluarga diarahkan berpindah selepas rumah mereka dinaiki air," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bilangan mangsa banjir di daerah Kota Setar adalah sebanyak 314 orang daripada 89 buah keluarga manakala di Padang Terap jumlah mangsa berkurangan kepada 37 mangsa daripada lapan keluarga."Setakat jam 11 pagi tadi, hanya Sungai Pantai Johor sahaja yang mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 2.30 meter (paras bahaya 2 meter)," katanya. - sumber dari Bernama

p/s: admin : hubungi mak ayah n saudara mara kat kampung..amik tau perkembangan semasa,,mana la tau kot qumah kita nek ayeq jugak..harapnya tidak la...Amen

Saturday, November 14, 2009

KERANA SATU KLIK BERTAMBAH SAHAM KITA



Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.



Apa yang saya akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadith Sahih berikut. :

Mahfumnya:: Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. :

“Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.


Mahfumnya: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) 2 pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun."

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)


Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.


Fuad dan Yahoogroup


Fuad baru tamat belajar di sebuah Universiti. Kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.


Fuad mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Fuad diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.


Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.


Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.


Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Fuad terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.


Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.


Berganda-ganda

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Fuad telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Fuad maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Fuad jadilah sekarang dosa Fuad 1+50 = 51.


Setiap kawan-kawan Fuad itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Fuad akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Fuad menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.


Fuad telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga ke hari kiamat.


Katakan sebelum meninggal dunia, Fuad telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan. Tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Fuad telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Fuad maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.


MOHD NOOR FAZRIN MUSTAFFA

EXCO KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

PERMADAH

Friday, November 06, 2009

KONSERT VS DANA MAAHAD TAHFIZ


Mengulas kenyataan akhbar arus perdana bertarikh 6 November 2009, secara peribadi saya terkejut dengan berita yang mengatakan bahawa beberapa artis negara kita akan mengadakan konsert di ibu kota dengan tujuan membantu sebuah maahad tahfiz mengutip dana bagi kegunaan maahad tersebut. Klik di sini. Ya,memang sebelum ini pernah timbul isu sebegini. Menganjurkan konsert sambil mengumpul dana kebajikan. Kononnnya ingin beramal. Alhamdulillah ada niat baik yang terbit dari hati nurani para artis negara kita ini untuk membantu golongan yang memerlukan. Namun persoalan yang timbul adalah, adakah Islam menghalalkan cara ini? atau dalam erti kata lain adakah matlamat menghalalkan cara?

“Dan sebab lain saya terima tawaran ini adalah kerana ia berbentuk kebajikan dan niat untuk membantu sekolah tahfiz mendapatkan dana membuatkan saya rela hati untuk terbabit dalam projek ini,”kata seorang artis terkenal tanah air dengan nada teruja.

Kita menyanjung tinggi niat murni mereka untuk beramal. Ingin menambah saham peribadi sebelum menuju destinasi akhirat. Perkara ini sangat baik dan Islam amat mengalu-alukan.Namun timbul dalam benak hati dan pemikiran saya tentang soal keberkatan. Adakah berkat dana yang diperoleh daripada konsert untuk disalurkan kepada maahad tahfiz berkenaan?

Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berhibur. Apatah lagi hendak beramal. Namun Islam punya nilai adab dan peraturannya yang tersendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Supaya kerja buat kita diredhai dan yang paling penting diberkati. Saya bukan mahu menyalahkan para artis kita. Juga bukan sengaja mempertikai kerja buat mereka. Cuma ragu-ragu tentang cara kita pada hari ini. Adakah ianya diterima sebagai amal ibadah atau hanya sekadar menambah dosa dan maksiat kepada sang pencipta yang maha agung. Lantas kesudahnnya kita dicampakan ke dalam neraka. Nauzubillah..

Sekadar renungan kita bersama dalam meniti perjalanan dunia yang sementara. Mudah-mudah kita semua diberkatiNya..Nabi Muhammad S.A.W bersabda “ harta yang ada di tangan manusia ibarat sebuah peti besi. Dan setiap peti besi itu ada kuncinya. Nyata bahagia bagi setiap manusia yang diberikan kunci untuk melakukan kebajikan dan ditutupi pintu kejahatan. Nyata celaka bagi manusia yang diberikan kunci untuk melakukan kejahatan dan ditutupi pintu kebajikan.


MOHD NOOR FAZRIN MUSTAFFA

EXCO KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

PERMADAH

Monday, November 02, 2009

SeLaMaT MeNgHaDaPi FiNaL ExAm~

Bersempena Peperiksaan Akhir Semester yang bakal menjelang tidak lama lagi, pimpinan Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan buat semua ahli PERMADAH yang disayangi serta para pengunjung blog ini yang bakal menduduki peperiksaan.




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, November 01, 2009

MOTIVASIKAN DIRI DENGAN MEMANDANG SEKELILING

Sahabat-sahabat sekalian,

Sering kali tazkirah didendangkan di telinga kita,namun kita sering kali juga lupa.

Sering kali majlis ilmu kita kunjungi namun kita masih tidak berubah berbanding semalam.

Sering kali kita membaca buku agama, namun sejauh mana kita berjaya menyelami isi kandungan buku tersebut dalam kehidupan kita.

Sering kali kita mendengar nasyid dan menonton vcd berunsur agama, namun tiada mutiara berharga yang berjaya kita kutip melainkan keseronokan halwa mata dan telinga.

Ingin saya bawakan kepada sahabat sekalian suatu kata-kata daripada Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai panduan.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani :

“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.

“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang alim, pasti ia lebih mulia berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.

“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”

Pandanglah orang disekeliling kita dengan pandangan positif. Nescaya kita akan merasakan diri kita sentiasa hina dan terlalu banyak kekurangan. Jangan sesekali perasaan sombong menguasai diri kelak kita tewas apabila diuji.

MOHD NOOR FAZRIN MUSTAFFA

EXCO KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

PERMADAH

Jaringan hubungan Bersama MACMA


Kuala Lumpur ; Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya bersama dengan Persatuan Mahasiswa Darul Aman(Persada Kedah),telah mengadakan kunjungan hormat ke Persatuan Cina Muslim Malaysia atau dalam bahasa English Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).pertemuan tersebut diadakan pada petang Rabu 28 Oktober yang lalu di pejabat urusan MACMA jalan Ipoh,Kuala Lumpur.

Tujuan pertemuan tersebut diadakan ialah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara Persatuan mahasiswa Kedah sekitar lembah Klang dan MACMA itu sendiri disamping berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai budaya dan dan cara hidup masyarakat Cina khususnya kaum Cina yang tinggal di Malaysia

Pertemuan selama 2 jam bersama Setiausaha Agong MACMA saudara Ann Wan Seng dapat memberikan maklumat dan perkongsian berharga mengenai maklumat dan cara untuk mendekati masyarakat cina terutamanya golongan mahasiswa Cina untuk disamping memupuk semangat perpaduan antara kaum.


Syazwan sedang bertanyakan sesuatu


Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Presiden Persada saudara Syazwan Ahmad dan Presiden Permadah,Saudara Al-Hafiz Bin Adnan bersama beberapa orang pimpinan Persada Kedah dan Permadah.