Pages

Thursday, February 28, 2008

Kayak HELWA Permadah

HELWA Permadah akan mengadakan KAYAK HELWA PERMADAH pada:

Tarikh: 2 MAC 2008
Masa: 5pm-6.30pm
Tempat: Tasik Varsiti

Makanan, minuman dan cenderahati kepada pemenang akan disediakan.

Untuk penyertaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
mashitoh yaakob- 0125843463

Wednesday, February 20, 2008

The abc of happiness…..

Aspire to reach your potential
Believe in yourself
Create a good life
Dream about what you might become
Exercise frequently
Forgive honest mistakes
Glorify the creative spirit
Humar yourself and others
Imagine great things
Joyfully live each day
Kindly help others
Love one another
Meditate daily
Nurture the environment
Organize for harmony
Prise performance
Question most things
Regulate your own behavior
Smile often and sing if you can
Think rationally
Understand yourself
Value life
Work for the common good
X-ray and carefully examine problems
Yearn to improve
Zestfully pursue happiness

By;Abdullah shafafie abd malik

Friday, February 15, 2008

pilihanraya

8 MAC HARI MENGUNDI
SPR TETAPKAN PENAMAAN CALON 24 FEBRUARI
TEMPOH KEMPEN 13 HARI


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih hari Sabtu 8 Mac sebagai tarikh rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada Ahad 24 Februari ini.
Ini bermakna tempoh berkempen dalam pilihan raya 2008 ialah selama 13 hari iaitu jangka masa yang agak panjang berbanding cuma lapan hari pada pilihan raya umum 2004.
Keseluruhannya, mulai hari pembubaran Parlimen semalam, parti-parti politik mempunyai tempoh selama 24 hari bagi merancang strategi terakhir untuk memenangi hati para pengundi Malaysia.

Pengundian akan diadakan ketika sekolah-sekolah ditutup sempena cuti penggal pertama persekolahan.
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri kecuali Sarawak yang telah pun mengadakan pilihan raya negerinya pada 2006.

SPR menetapkan tarikh writ pilihan raya dikeluarkan kepada kesemua pegawai pengurus pilihan raya di 222 kawasan Parlimen esok manakala notis pilihan raya dikeluarkan pada Sabtu ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sehari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membubarkan Parlimen semalam, anggota-anggota SPR bermesyuarat selama sejam pagi ini membincangkan tarikh penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menurut Ab. Rashid, sebanyak 10,922,139 pengundi layak mengundi pada pilihan raya itu berdasarkan kepada daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari lalu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 10,701,054 merupakan pemilih biasa manakala baki 221,085 pengundi pos.
‘‘SPR berharap rakyat Malaysia akan menggunakan sebaik-baiknya hak untuk memilih kerajaan bagi memerintah negara ini.

‘‘Pada hari mengundi jangan tidur, keluar mengundi. Tak usah pergi ke mana-mana. Hanya ini masanya untuk anda melaksanakan hak anda. Hak ini tidak datang selalu,” ujarnya.

Wednesday, February 13, 2008

Program-program PERMADAH 2007/08-2

Program-program yang dirancang dan akan dijalankan sepanjang semester 2 sesi 2007/08

1) Diskusi Wanita(DIWANI)
16 Februari 2008*

2) Program Mahabbah Bersama Anak Yatim(MAHABBATIM)
23-24 Februari 2008 *

3) Sukan Permadah (SUPER'08)
23-24 Februari 2008 *

4) Latihan Fasilitator (LAFAS)
1 Mac 2008*

5) Adobe & SwishMax Answork'08
2 Mac 2008 *

6) Dinner
15 @ 16 Mac 2008 *

7) Annual Grand Meeting (AGM)
22 @ 23 Mac 2008*
*Sebarang pindaan tarikh akan dimaklumkan kemudian..
terima kasih..

..::TEGUH BERSATU MEMIMPIN PERJUANGAN::..