Pages

Sunday, October 28, 2007

JAMUAN HARI RAYA PERMADAH

SALAM AIDILFITRI..
TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG HADIR...

Saturday, October 27, 2007

Tips peperiksaan

Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan MENJELANG PEPERIKSAAN:

YANG BOLEH:

*Rancang ulang Kaji


Masih belum terlambat untuk membuat ulang kaji. Rancang jadual ulang kaji anda secara tersusun.Mintak nasihat guru kelas atau guru kaunseling untuk membantu anda menyusun jadual ulang kaji anda jika tidak mampu atau tidak tahu bagaimana mahu melakukannya.Anda juga boleh meminta pandangan daripada rakan-rakan anda yang berjaya. Lihat bagaimana mereka yang cemerlang ini menyusun jadual ulang kaji. Mungkin boleh dijadikan contoh.


*Susun bahan ulang kaji.

Pastikan buku, nota dan apa sahaja bahan rujukan dan ulang kaji anda berada dalam bentuk yang mesra pengguna. Maksudnya, susun ikut kepentingan sesuatu topik.
Cuba guna teknik penggunaan katakata kunci, peta minda ataupun carta-carta untuk memudahkan anda mengingat.
Anda juga boleh meminta petua dan pandangan daripada guru atau pelajarpelajar cemerlang, bagaimana untuk
belajar secara berkesan di saat-saat peperiksaan.
Mungkin ada yang boleh anda cuba jika sesuai.

*Cari kaedah terbaik

Sehingga kini, pastinya anda telah mengenali dengan sebaik-baiknya bagaimana kaedah yang sesuai untuk anda mengulangkaji. Sama ada secara sendirian, berkumpulan, waktu pagi, lewat malam atau sebagainya.
Buatkan ketetapan dan ikut kesesuaian anda. Elakkan daripada mengubah kesesesuaian anda mengulangkaji di saatsaat akhir. Ia mungkin sedikit sebanyak akan menganggu tumpuan anda.
Ketika membuat ulang kaji, jangan panik jika anda tiba-tiba tidak memahami sesuatu perkara. Cepat-cepat rujuk guru atau rakan-rakan yang lebih mengetahui. Jika anda tidak menyelesaikannya, ia mungkin boleh menganggu kosentrasi anda untuk meneruskan dengan perkara-perkara yang lain.

YANG TIDAK BOLEH:

*Ulang kaji saat akhir

Jangan buat ulang kaji di saat-saat akhir seperti sehari sebelum peperiksaan. Ia akan meletakkan anda dalam keadaan yang sangat tertekan terutamanya apabila anda mengetahui masih banyak yang belum ada fahami mengenai sesuatu perkara.Mengelak subjek yang anda tidak suka. Ini bukan satu langkah yang bijak kerana ia sebenarnya akan lebih menganggu anda sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Ingat anda perlu menyelesaikan masalah, bukannya jangan lari daripada masalah. Berasa tertekan. Jangan berasa terlalu tertekan untuk menghadapi peperiksaan. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu ditempuhi oleh semua orang. Tidak cemerlang dalam peperiksaan bukanlah penamat dalam hidup anda. Yang penting anda berusaha dan mencuba sedaya upaya. Selalu bayangkan diri berjaya dan bukannya membayangkan apa akan jadi jika anda gagal.

*Pesanan SEMASA PEPERIKSAAN


Baca arahan dengan betul dan tenang.

Jangan panik jika ada yang anda tidak faham atau di luar jangkaan anda. Tanya dengan guru pengawas yang bertugas mengenai apa sahaja arahan yang anda rasa ragu. Jangan sesekali fikir akan ditertawakan dengan soalan-soalan anda itu. Lebih baik bertanya daripada melakukan kesalahan. Jika anda mahu lebih berhati-hati, baca
soalan dua kali terutamanya soalan-soalan yang beraras sukar. Rancang masa yang anda perlukan untuk menjawab soalan-soalan. Beri masa yang lebih kepada soalan-soalan yang beraras sukar. Bagaimanapun, jangan terlalu tumpukan banyak masa kepada soalan-soalan sukar.
Anda boleh kembali semula kepada soalan ini kemudian. Jika benar-benar buntu, guna logik akal dan buat tekaan bijak. Lebih baik mencuba daripada membiarkan kosong tanpa jawapan.
Pastikan juga anda mempunyai masa yang mencukupi untuk memeriksa kembali jawapan-jawapan anda.

*Pesanan penting SELEPAS PEPERIKSAAN

Jangan:
Membincangkan semula jawapan dengan rakan-rakan anda. Ia akan menyebabkan anda lebih bimbang untuk menghadapi kertas-kertas lain selepas itu. Yang berlalu, biarlah berlalu. Ingat, anda tidak boleh lagi mengubah jawapan yang telah anda berikan setelah peperiksaan tamat. Memikirkan lagi sama ada anda telah menjawab dengan baik atau tidak selepas selesai sesuatu kertas. Lupakan. Beri tumpuan kepadakertas-kertas yang akan datang.


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN..MOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG DIIMPIKAN..

Friday, October 26, 2007

GOOD LUCK...



Good Luck Graphics

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

PIMPINAN PERMADAH MENGUCAPKAN SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA PERMADAH.

ALL THE BEST AND GOOD LUCK!!

JAMUAN HARI RAYA DAN MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN

PERMADAH mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua ahli keluarga PERMADAH.
Sukacita dimaklumkan PERMADAH akan mengadakan
Majlis Jamuan Hari Raya dan Solat Hajat sempena Peperiksaan
pada:
HARI: SABTU
TARIKH: 27 SEPTEMBER 2007
TEMPAT: SEKRETARIAT PERMADAH
MASA: 12 PM-4PM
Semua ahli keluarga PERMADAH dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
Makanan disediakan. Anda digalakkan membawa kuih raya..
Pakai baju raya..('',)..

Sunday, October 07, 2007

Wacana Ramadhan al-Mubarak


terima kasih buat semua yang hadir..
ribuan kemaafan di atas segala kekurangan..

Thursday, October 04, 2007

Peringatan Penting

Pelajar program Ijazah Pertama adalah diwajibkan untuk membuat Penilaian Kursus dan Pengajaran bagi semua kursus yang didaftarkan.
Sekiranya pelajar gagal untuk berbuat demikian pelajar tidak di benarkan terus untuk membuat pendaftaran awal kursus bagi semester berikutnya.
Untuk semester ini penilaian kurus pelajar akan di ambil kira dari tarikh 1 Oktober 2007 hingga 5 November 2007.
Harap maklum.

penilaian boleh di lakukan di
http://umctes.um.edu.my/


Wednesday, October 03, 2007

Mencari Lailatul qadar

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t: Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar.

Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu?
Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000 bulan.

Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai lailatul qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama lailatul syaraf bermaksud malam kemuliaan dan lailatul tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya lailatul qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah dari Ibnu Umar yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin mencari lailatul qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh”.

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud: Carilah dengan segala upaya kamu malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam akhir bulan Ramadan.

Jelas dari kedua hadis tersebut bahawa lailatul qadar itu hanya berlaku pada satu malam saja dari bulan Ramadan. Ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan al mubarak ini.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh lailatul qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:

* Allah menyembunyikan lailatul qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadan.

* Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada hari Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari tersebut.

* Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.

* Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-nama-Nya agar kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)

* Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa jua bentuk maksiat.

* Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.

* Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.

* Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.

Walau bagaimana pun berkaitan dengan lailatul qadar, para ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda apabila berlakunya malam tersebut, di antaranya ialah:

* Orang yang berkesempatan melihat malam al Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.

* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walau pun berada dalam kegelapan.

* Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan dapat mendengar salam para malaikat dan tutur kata mereka.

* Orang yang berkesempatan menemui malam al Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa di antara tanda malam al Qadar telah berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahaya.

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t biarpun tanda-tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang bulan Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari 1,000 bulan itu