Pages

Friday, November 06, 2009

KONSERT VS DANA MAAHAD TAHFIZ


Mengulas kenyataan akhbar arus perdana bertarikh 6 November 2009, secara peribadi saya terkejut dengan berita yang mengatakan bahawa beberapa artis negara kita akan mengadakan konsert di ibu kota dengan tujuan membantu sebuah maahad tahfiz mengutip dana bagi kegunaan maahad tersebut. Klik di sini. Ya,memang sebelum ini pernah timbul isu sebegini. Menganjurkan konsert sambil mengumpul dana kebajikan. Kononnnya ingin beramal. Alhamdulillah ada niat baik yang terbit dari hati nurani para artis negara kita ini untuk membantu golongan yang memerlukan. Namun persoalan yang timbul adalah, adakah Islam menghalalkan cara ini? atau dalam erti kata lain adakah matlamat menghalalkan cara?

“Dan sebab lain saya terima tawaran ini adalah kerana ia berbentuk kebajikan dan niat untuk membantu sekolah tahfiz mendapatkan dana membuatkan saya rela hati untuk terbabit dalam projek ini,”kata seorang artis terkenal tanah air dengan nada teruja.

Kita menyanjung tinggi niat murni mereka untuk beramal. Ingin menambah saham peribadi sebelum menuju destinasi akhirat. Perkara ini sangat baik dan Islam amat mengalu-alukan.Namun timbul dalam benak hati dan pemikiran saya tentang soal keberkatan. Adakah berkat dana yang diperoleh daripada konsert untuk disalurkan kepada maahad tahfiz berkenaan?

Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berhibur. Apatah lagi hendak beramal. Namun Islam punya nilai adab dan peraturannya yang tersendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Supaya kerja buat kita diredhai dan yang paling penting diberkati. Saya bukan mahu menyalahkan para artis kita. Juga bukan sengaja mempertikai kerja buat mereka. Cuma ragu-ragu tentang cara kita pada hari ini. Adakah ianya diterima sebagai amal ibadah atau hanya sekadar menambah dosa dan maksiat kepada sang pencipta yang maha agung. Lantas kesudahnnya kita dicampakan ke dalam neraka. Nauzubillah..

Sekadar renungan kita bersama dalam meniti perjalanan dunia yang sementara. Mudah-mudah kita semua diberkatiNya..Nabi Muhammad S.A.W bersabda “ harta yang ada di tangan manusia ibarat sebuah peti besi. Dan setiap peti besi itu ada kuncinya. Nyata bahagia bagi setiap manusia yang diberikan kunci untuk melakukan kebajikan dan ditutupi pintu kejahatan. Nyata celaka bagi manusia yang diberikan kunci untuk melakukan kejahatan dan ditutupi pintu kebajikan.


MOHD NOOR FAZRIN MUSTAFFA

EXCO KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

PERMADAH

0 KOMEN: