Pages

Thursday, January 28, 2010

BOLA SEPAK LIGA SUPER



Kerancakan perlawanan Bola Sepak Liga Super telah kembali. Ketika ini pasukan Kedah Darul Aman telah pun mengharungi 6 perlawanan. Pasukan yang mendapat jolokan Sang Kenari itu kini berada pada kedudukan ketiga di belakang pasukan Selangor dan Terengganu. Berbekalkan kepada keputusan 3 kali kemenangan, 1 kali seri dan 2 kali kekalahan, pasukan ini dilihat masih berada dalam keadaan terumbang- ambing terutamanya di bahagian serangan dan tengah. Kecederaan beberapa tonggak utama seperti Khairil Muhaymeen dan Victor Andrac dilihat sebagai punca kepada keadaan ini.

Berdasarkan kepada statistik perlawanan yang telah diharungi, terdapat beberapa fakta menarik untuk dikongsi. Antaranya, selepas mengharungi 3 perlawanan di Stadium Darul Aman, pasukan Kenari ini masih belum memenangi sebarang perlawanan di stadium yang dianggap keramat itu. Adakah Stadium Darul Aman yang dahulunya digeruni oleh pihak lawan telah hilang keramatnya?.. Dimanakah penyokong-penyokong Hijau Kuning yang dahulunya penuh di setiap penjuru stadium ketika pasukan ini memerlukan pemain ke 12 untuk menaikan semangat para pemain?

Sokongan yang padu perlu diberikan kepada pasukan bagi meniupkan semangat mereka ketika bermain. Ibarat kata azimat Hijau Kuning “ Sokongan Kami Bukan Sekadar Ketika Menang, Sokongan Kami Sepanjang Zaman”.. Semoga pasukan Kenari ini akan menjulang trofi Liga Super pada tahun ini..

Buat kepada penyokong- penyokong Kedah terutamanya kepada adik-beradik PERMADAH, jangan lupa saksikan siaran langsung perlawanan Liga Super antara KEDAH VS T-Team pada hari Sabtu ini (30 Januari 2010) pada pukul 8.45 malam di TV1. Ramai-ramai kita bersorak untuk pasukan kesayangan ini..

PULUN KEDAH PULUN, T-TEAM KITA BALUN..

0 KOMEN: