Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua adik-beradik PERMADAH..alhamdulillah pada 15-17 Januari yang lalu, PERMADAH buat julung-julung kalinya telah menganjurkan satu program iaitu Ekspedisi Mendaki Gunung (XPDG) bertempat di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. program yang bertemakan "Ketahanan Fizikal dan Mental Memperkasa Jati Diri Mahasiswa" ini disertai oleh 64 peserta dan semua peserta berjaya menawan gunung yang ketingiaannya hampir mencecah 900 meter. semoga program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dalam memperkasakan jati diri seorang mahasiswa.
Berikut adalah gambar-gambar XPDG:

Sedikit ucapan oleh YDP

semua peserta bertungkus-lumus memasang khemah

acara BBQ..

senaman

peserta bersemangat meneruskan pendakian

berehat untuk menghilangkan kepenatan mendaki..

Di puncak kedua

pemandangan dari puncak

Bersemangat!!

Mujahid yang berjaya meneruskan pendakian ke atas batu yang paling tinggi..

Mujahidah juga tidak kurang hebatnya..

Wajah-wajah ceria peserta XPDG
Semoga segala kenangan manis kita bersama terpahat dalam ingatan adik- beradik semua insyaAllah..
0 KOMEN:
Post a Comment