Pages

Sunday, September 06, 2009

Wacana Ramadhan Al-Mubarak (WARAK ’09)

Pada 5 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan, Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) telah menganjurkan Wacana Ramadhan Al-Mubarak (WARAK ’09) yang bertempat di Dewan Perdana1, Kompleks Perdana Siswa (KPS) UM. Program ini merupakan program tahunan PERMADAH yang diadakan bersempena bulan Ramadhan karim yang menghimpunkan seluruh adik beradik PERMADAH di Universiti Malaya. Program ini dianjurkan adalah untuk meraikan bulan ramadhan serta meningkatkan lagi ukhuwah antara adik-beradik PERMADAH dan ia merupakan program yang ketiga yang dianjurkan selepas Hari Interaksi dan Gerai Jelapang Padi.

ucapan Pengarah WARAK, Saudara Naufal


Program ini bermula lebih kurang jam 6.15 petang dirasmikan oleh mantan Presiden PERMADAH sesi 08/09, saudara Amin Che Amat. Dalam ucapan tersebut, beliau memberi penekanan terhadap dakwah dan menceritakan serba sedikit pengalaman beliau turun berdakwah di perkampungan orang asli. Beliau turut menyentuh mengenai malam lailatul qadar yang mana malam tersebut merupakan malam yang terbaik daripada 1000 bulan seperti yang terdapat dalam firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: (Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!) . Beliau menyeru kepada semua adik-beradik PERMADAH untuk menghayati dan mencari malam tersebut kerana kelebihannya sangat besar di sisi Allah S.W.T.

Ucapan YDP PERMADAH, Saudara Alhafiz

Antara adik-beradik PERMADAH yang hadir, khusyuk mendengar ucapan.

Mantan PRESIDEN PERMADAH sesi 08/09, saudara Amin


Majlis ini diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa secara berjemaah oleh semua hadirin yang hadir dan solat maghrib berjemaah di surau KPS.

menikmati juadah berbuka puasa


Setelah menunaikan solat terawikh, program WARAK kali ini diserikan lagi dengan kedatangan seorang penceramah dari Jabatan Al-Quran Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, ustaz Khairul Nizam bin Zainan Nazri. Beliau menyampaikan perkongsian ilmu mengenai Peranan Ramadhan Dalam Mendidik Manusia’.

penceramah begitu bersemangat menyampaikan kuliah beliau


Beliau memulakan kuliah ilmu ini dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W mengenai fadhilat beramal di bulan Ramdhan:

"من قام رمضان إيمانًا واحتسابًا غُفِر له ما تقدَّم من ذنبه"

Maksudnya: Rasulullah bersabda; sesiapa yang mendirikan/menghidupkan/berqiyam Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab (muhasabah), diampunkan keatasnya dosa-dosanya yang telah lepas.


Beliau seterusnya menjelaskan beberapa amalan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W dalam bulan Ramdhan, iaitu:

1. Iktikaf.

Aisyah r.a. berkata:

أن النبي صلى الله عليه و سلم كان يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله ثم اعتكف أزواجه من بعده

Maksudnya: Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh terakhir daripada Ramadhan, sehingga baginda diwafatkan oleh Allah. Kemudian para isteri baginda beriktikaf selepasnya.

2. Membaca Al-Quran.

3. Bersedekah
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Maksudnya: Sesiapa menjamu seseorang berbuka puasa, maka dia mendapat seperti pahalanya, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang berpuasa itu.

4.Mengerjakan Umrah.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

فإن عمرة في رمضان تقضي حجة معي

Maksudnya: Maka sesungguhnya umrah pada Ramadhan bersamaan pahalanya dengan haji bersamaku.


Penceramah juga menjelaskan beberapa kelebihan bulan Ramadhan iaitu doanya dimakbulkan serta dijanjikan ganjaran untuk memasuki pintu syurga ar-Rayyan seperti yang disabdakan oleh Nabi S.A.W yang bermaksud: Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari qiyamat kelak. Tidak masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Diumumkan: “Di manakah orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk melaluinya (pintu Ar-Rayyan). Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, ditutup (pintu itu) maka tiada lagi orang lain yang akan memasukinya”


Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH), saudara Al-Hafiz Adnan ketika dihubungi, mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pelaksana WARAK 09 Jutaan terima kasih saya tujukan kepada Adik Naufal dan Ruqayyah selaku pengarah dan timb pengarah serta seluruh ajk pelaksana program yang telah bertungkus lumus melakukan gerak kerja bagi menjayakan majlis tersebut. Projek Warak 09 bermula daripada pengarah projek sehinggalah ajk-ajk pelaksana semuanya terdiri daripada adik-adik tahun satu (first year) Permadah UM, tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada adik-adik tahun satu untuk belajar dan mengutip pengalaman mengendalikan sesuatu program.Sedia maklum bahawa sistem HEP UM terlalu banyak birokrasi dan karenah untuk membenarkan Mahasiswa menjalankan aktiviti!!”


Syabas kepada adik-adik ahli jawatankuasa pelaksana atas kejayaan anda melaksanakannya. Semoga program Wacana Ramadhan Al-Mubarak yang dianjurkan ini memberi manfaat kepada semua yang hadir, insyaAllah.


0 KOMEN: