Pages

Sunday, July 05, 2009

Kembali dengan Azam Baru


Persatuan mahasiswa kedah Universiti Malaya mengalu-alukan dan mengucapkan selamat kembali ke Uni perdana kepada semua mahasiswa-mahasiswa senior.Setelah hampir 3 bulan Uni Malaya sunyi sepi apabila kebanyakkan penghuni kampusnya pulang ke kampung untuk bercuti kini kembali ceria dan sibuk.Sesi pembelajaran telah bermula.Ayuh mulakan dengan semangat dan azam yang baru.

Kepada Adik beradik Permadah,Sesi kuliah dan tutorial serta makmal telah bermula,bagi 2 minggu pertama ini merupakan minggu “Add n Drop” subjek.Bagi yang belum pasti untuk memilih subjek apa yang hendak di pelajari untuk semester ini masih boleh melakukannya.


Minggu “add N drop” : 6-19 julai 2009

PENGESAHAN SUBJEK :22-26 JULAI 2009





Suadara Solahuddin yang merupakan Setiausaha Agong Permadah ketika di hubungi menasihati Ahli Permadah supaya menyelesaikan segera perkara yang berkaitan dengan pendaftaran subjek.Biasanya pelajar tidak dapat mendaftar subjek yang menjadi pilihan disebabkan sudah penuh dan masalah permohonan lebih jam kredit.

Harap kepada semua adik beradik permadah alert pada sebarang perubahan jadual yang berlaku agar tak berlaku kesulitan nanti( pendaftaran subjek)"



Timbalan Presiden Permadah saudara Syazwan bin Ahmad berkata ramai dikalangan adik beraddik permadah tidak dapat tempat untuk menginap di kolej kediaman.Beliau dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang lain sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Maklumat yang diperolehi mengatakan bahawa bilik penginapan di kolej-kolej kediaman Universiti Malaya mempunyai banyak kekosongan kerana bilangan pelajar yang baru(junior) mendaftar masuk kurang.Kepada Adik Beradik Permadah yang masih belum ada tempat penginapan boleh mencuba minta di mana-mana kolej kediamana yang berdekatan,Insyallah ada rezeki.

0 KOMEN: