Pages

Wednesday, July 08, 2009

PERMADAH Ambil Berat Kebajikan Ahli



Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya (PERMADAH) sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan ahlinya.Bagi pembukaan semester baru ini,pihak PERMADAH cuba membantu ahli -ahlinya yang tidak dapat menginap di kolej kediaman atau yang ingin mencari rumah sewa di luar.

Menurut Timbalan Presiden Permadah, saudara Syazwan bin Ahmad, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Biro Penginapan Dan Luar Kampus,Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM), saudara Mohd Fadzil Bin Jamal baru-baru ini bagi membincangkan masalah ini dan bersetuju untuk bersama-sama membantu membela kebajikan mahasiswa di Universiti Malaya ini.

“Saya telah dimaklumkan oleh setiausaha Permadah bahawa ada ahli Permadah yang tidak dapat menginap di kolej walaupun aktif dengan aktiviti kolej ditambah lagi dengan masalah pengangkutan.Jadi saya telah pergi berjumpa dengan exco MPMUM” Katanya lagi.

Beliau juga dimaklumkam bahawa jumlah pengambilan pelajar untuk sesi ini agak kurang berbanding sesi lepas dan mempersoalkan bagaimana perkara ini boleh terjadi.Beliau berharap agar pihak pengurusan kolej dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini.Sesiapa yang mempunyai masalah penginapan bolah menghubungi beliau di talian 0195638104.Beliau tidak menafikan sekiranya masalah ini sangat kronik beliau akan bawa perkara ini kepada TNC HEP.

0 KOMEN: