universiti malaya 28 jun 2009 3:30 pm/ Persatuan Mahasiswa Kedah mengucapkan tahniah dan selamat datang ke Universiti Malaya(UM) kepada mahasiswa baru sesi 09/10 yang mula mendaftarkan diri di kolej kediaman masing-masing bermula jam 8.30 pagi tadi.Seramai 3712 orang pelajar lepasan STPM,Diploma,Matrikulasi dan Program Asasi telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di Universiti tertua di malaysia ini.
Kedatangan mahasiswa baru disambut meriah oleh ahli Permadah seawal jam 8.30 pagi.MPMUM dan PMIUM juga turut serta menyambut mahasiswa baru dengan mengedarkan peta UM dan sedikit cenderahati.Di samping itu,Kain rentang Permadah turut di pasang di pintu masuk UM bagi mengalu-alukan kedatangan mereka.
Presiden Permadah saudara Mohd Al-hafiz Adnan ketika di hubungi media berkata
" saya mengalu-alukan kedatangan mahasiswa baru ke UM terutamanya mereka (mahasiswa) dari kedah dan tahniah serta syabas kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke sini (UM)".
Naib Presiden 1 merangkap Pengerusi hal ehwal wanita permadah(helwa) saudari Fatin Nasibah Bt Ilyas ketika dihubungi turut mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya melan jutkan pelajaran ke UM.
"memandangkan pada sesi kali nie pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki,saya berharap agar keselamatan mahasiswi di kampus perlu di titik beratkan memandang sekarang banyak berlaku jenayah terutama terhadap wanita seperti kes ragut dan sebagainya".- ujar beliau
0 KOMEN:
Post a Comment