Pages

Sunday, July 12, 2009

Majlis Musabaqah Al-Quran Meriah

Pertandingan Musabaqah Al-Quran kanak-kanak anjuran Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya (Permadah UM) dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan Surau al-Ikhlas Pangsapuri Damansara Bestari,Seksyen 19,Petaling Jaya, Selangor berjalan lancar semalam.Pertandingan tersebut di sertai seramai 32 orang peserta dalam 3 kategori. Kategori pertama peringkat umur 6-9 tahun,kategori kedua peringkat umur 10-12 tahun dan kategori kedua umur 13 hingga 17 tahun.

Salah Seorang Peserta pertandingan tersebut

Pertandingan tersebut bermula jam 9 malam hingga 12 malam telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Senator Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Wan Sujari. Majlis tersebut yang julung kalinya dianjurkan itu, dihadiri seramai 300 penduduk Pangsapuri Damansara Bestari termasuk ibu bapa para peserta untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka yang bertanding.

Presiden Permadah saudara Mohd Al-Hafiz b.Adnan bersama Naib Presiden 3 Saudara Zahiruddin zainon dan saudara Amar b. Osman telah diberi kepercayaan untuk menjadi hakim pertandingan tersebut.Manakala Bendahari Permadah pula, saudara Muhamad Faris b. Mohd Zaini telah dijemput menjadi Qari jemputan dalam majlis tersebut. Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang pimpinan dan ahli Permadah.



Bendahari Permadah menjadi Qari jemputan

YB Senator Dato' Ikhwan Salim ketika ucapannya berkata,

"
Saya mengalu-alukan usaha dan kerjasama yang telah diberikan dari PERMADAH UM untuk membantu dan seterusnya memberi sepenuh komitmen bersama-sama penduduk setempat, dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan majlis seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang..."

Presiden Permadah ketika di minta mengulas berkata

"ini (majlis) merupakam salah satu cara untuk kita berbakti pada masyarakat,terima kasih kepada persatuan penduduk di sini (pangsapuri Damansara Bestari) kerana berikan kerjasama yang baik.Harap hubungan baik ini dapat diteruskan lagi."

0 KOMEN: