Pages

Saturday, July 18, 2009

Sek integrasi Faizin terbakar : Permadah Gesa Mahasiswa Hulurkan Bantuan


Kuala Lumpur 18 julai 2009 / Persatuan mahasiswa Kedah Universiti Malaya merakamkan takziah dan simpati kepada guru-guru,PIBG serta pelajar Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Cempedak,Kedah yang terbakar jam 10.00 pagi semalam.Kebakaran melibatkan bangunan yang menempatkan Pejabat Pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir, bilik guru, perpustakaan, dan dua buah bilik darjah.Keseluruhan bangunan musnah. Turut musnah ialah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit dan mesin potostate yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dan kaunter serta beberapa buah almari dan 65 unit meja dan kerusi murid.


bangunan pejabat yang terbakar

Api yang marak dengan cepat di katakan berpunca daripada litar pintas telah memusnahkan kompleks pentadbiran sekolah tersebut dan kerugian di anggarkan hampir RM500,000.00.Walaubagaimanapun.tiada kecederaan dan nyawa menjadi korban di laporkan.Sekolah Integrasi Faizin(SAIF) merupakan salah sebuah sekolah di Negeri Kedah yang berteraskan Pendidikan Islam mula beroperasi pada tahun 2006.Sekolah ini ditubuhkan hasil pengembelengan tenaga muda,masyarakat setempat,para intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama,sains,tahfiz ,teknik pembelajaran dan pengajaran yang terarah.Ia terletak di Pekan Guar Cempedak berhampiran dengan balai polis.


Presiden Permadah Saudara Mohd Al-hafiz b. Adnan ketika di hubungi mengesa mahasiswa menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk bagi meringankan beban yang di tanggung oleh SAIF.

" SAIF merupakan Sekolah Rendah Agama Rakyat,kita (mahasiswa) dan rakyat perlu berikan bantuan kewangan ataupun apa jua bantuan yang diperlukan untuk bangunkan balik sekolah tersebut". Ujar beliau yang juga merupakan Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada)

Bendahari Permadah,Saudara Muhamad Faris b. Mohd Zaini ketika di minta mengulas mengenai kejadian tersebut berkata:

''Kita di peringkat Permadah dengan kerjasama NGO Persada telah melancarkan tabung derma bagi membantu mangsa kebakaran( pelajar-pelajar) dan sekolah (SAIF) meringankan beban yang di hadapi.". ujar beliau.

bantuan boleh dihulurkan melalui

Sumbangan boleh dihulurkan terus kepada Tabung Pembangunan SAIF melalui akaun Bank Islam : 02084010028830 atau kepada Tabung Kasih Ummah PERSADA melalui akaun bank Islam ; 12-047-01-004609-2

0 KOMEN: