Pages

Monday, June 22, 2009

Permadah menerajui Persada

Persatuan mahasiswa Kedah Universiti Malaya telah diberi kepercayaai untuk menerajui Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA KEDAH) apabila timbalan Presiden Permadah Saudara Syazwan Bin Ahmad telah dilantik menjadi Presiden Persada yang baru. Perlantikan ini dibuat memandangkan Presidennya kini, iaitu Saudara Mohd Faisal Bin Mustaffa telah mengambil keputusan untuk berundur dan memberi laluan kepada muka baru untuk memimpin persatuan ini. Ini memandangkan beliau telah menamatkan pengajian pada semester lepas.

Perlantikkan ini dibuat oleh ahli lembaga pengarah, pemegang amanah PERSADA KEDAH ini. Menurut bekas Presiden PERSADA KEDAH, iaitu Saudara Mohd Faisal Bin Mustaffa yang kini menjadi pengerusi ahli lembaga pengarah, pemegang amanah PERSADA KEDAH, perlantikan ini dibuat adalah berdasarkan klausa di dalam perlembagaan dimana Ahli Lembaga Pengarah berhak melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Presiden kepada persatuan ini.

Sebagai sebuah badan NGO yang dibuat melalui ikatan amanah ini, PERSADA KEDAH tidak memerlukan Mesyuarat Agung untuk melantik kepimpinan baru memandangkan ianya bukannya syarat yang terdapat di dalam perlembagaan badan NGO mahasiswa ini.

Persada merupakan sebuah badan NGO yang menghimpunkan seluruh mahasiswa kedah dari dalam dan luar kedah.Pimpinan-pimpinan persada terdiri daripada Pemimpin mahasiswa dari pelbagai Universiti.Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web persada di http://persadakini.blogspot.com atau www.siswakedah.com

0 KOMEN: