Pages

Tuesday, May 26, 2009

Pertemuan bersama Mantan Presiden Permadah 1998/99

Hafiz bersama mantan presiden Permadah sesi 1998/1999

Pertemuan dua hala Presiden Permadah Mohd Al-Hafiz Adnan bersama Mantan Presiden Permadah sesi 1998/1999 En Lokman bin Ishak telah mengeratkan lagi hubungan Permadah dengan alumni Permadah sendiri di samping mengimbau kembali sejarah perjuangan Permadah 10 tahun yang lalu.Kesempatan berada di Langkawi sempena cuti semester digunakan sebaik mungkin bagi mengadakan pertemuan bersama mantan Presiden tersebut.

Lokman yang kini bertugas sebagai Penghulu di Daerah Langkawi pernah menerajui Permadah sepuluh tahun lalu merupakan graduan ijazah sarjana muda usuluddin Universiti Malaya.Menurut beliau,Permadah pada zaman beliau banyak menumpukan aktiviti dan program di negeri Kedah seperti Program Motivasi pelajar di sekolah-sekolah sekitar Kedah,operasi khidmat masyarakat dan lain-lain.

Pertemuan selama satu jam setengah di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi membincangkan mengenai pembawaan Permadah pada sesi pimpinan beliau. Disamping itu, beliau juga memberi idea dan juga pandangan serta buah fikiran kepada pimpinan Permadah sesi 09/10 bagi mencorakkan perjuangan bagi sesi hadapan.walaupun sudah lebih 10 tahun meninggalkan alam kampus,tetapi pandangan yang diberikan beliau masih segar dan realistic dengan mahasiswa sekarang.

Beliau juga mengalu-alukan mahasiswa khususnya dari Permadah untuk datang ke Langkawi menjalankan aktiviti di sana.Beliau juga berjanji akan memberikan kerjasama dan sokongan kepada mahasiswa teruta ma dalam menjalankan aktiviti bersama masyarakat.Diharap Pertemuaan kali ini menjadi titik permulaan bagi Permadah menjalankan kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan alumni Permadah.

0 KOMEN: