Pages

Monday, August 06, 2007

SELAMAT DATANG KE KELUARGA PERMADAH

Assalamualaikum W.b.t dan salam ikatan mahasiswa.

PERMADAH dahului ucapan tahniah atas terlaksana dengan jayanya Minggu Promosi Badan Pelajar 2007 (PROMO ’07) yang dianjurkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang berlangsung selama 4 hari bermula dari 31 Julai hingga 3 Ogos 2007 yang lalu. Walaupunbagaimanapun, PERMADAH agak terkilan apabila masa yang diperuntukkan pada hari terakhir cuma separuh hari, iaitu dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari berbanding pukul 9 pagi hingga 5 petang pada hari-hari sebelumnya. Pada masa yang sama hari terakhir itu juga kebanyakan mahasiswa-mahasiswi mempunyai ruang masa yang amat luas untuk mendaftarkan diri. Walaupun begitu, ini tidak menjejaskan semangat mahasiswa/I untuk datang ke kaunter pendaftaran pada sesi pagi pada hari tersebut. Justeru PERMADAH mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang sudi meluangkan masa untuk mendaftar, semoga semangat yang di tunjukkan tidak akan pudar dan sentiasa memekar. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih tidak terhingga daripada PERMADAH kepada TNC HEPA (sekarang NC UNISEL ) kerana sudi memotong kek sempena ulang tahun PERMADAH yang ke 31 pada hari pelancaran gerai PROMO yang lalu.

PROMO merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak HEPA untuk memberi peluang kepada semua badan atau persatuan yang berdaftar di universiti untuk mendapatkan ahli untuk persatuan masing-masing dengan membawa visi dan misi yang tersendiri. Selain itu, objektif PROMO juga adalah untuk mengeratkan hubungan sesama mahasiswa-mashasiswi di dalam kampus Uni Malaya ini yang terdiri dari pelbagai kaum di samping melihat kreativiti mahasiswa/I dalam mempromosi dan menarik warga kampus untuk menyertai persatuan masing-masing.

Dewasa ini, mahasiswa telah dilabel sebagai tidak matang,tidak kreatif, beku, lesu dan pelbagai lagi label yang di berikan tetapi pada hari pembukaan PROMO ’07 sebanyak 30 lebih persatuan terlibat secara langsung dalam menjayakan PROMO ’07 tersebut. Hal ini membuktikan bahawa warga kampus semakin berminat dalam melibatkan diri dalam persatuan terutamanya di Universiti Malaya ( UM ) sendiri. PERMADAH doakan semoga lebih banyak persatuan di UM ini akan menyertai PROMO akan datang dan yang sedang aktif, teruskan perjuangan. Bersamalah kita mengembalikan kegemilangan mahasiswa.

Melihat kembali kepada sambutan yang diberikan kepada ‘booth’ Persatuan mahasiswa Kedah (PERMADAH). Bersyukur kita kerana sambutan yang diberikan amat memberangsangkan bermula pada hari pertama sehingga hari terakhir dari mahasiswa yang bukan sahaja dari Negeri Kedah malahan mahasiswa-mahasiswi dari negeri lain yang turut berminat untuk menyertai PERMADAH. Pada sesi ini juga, keahlian bukan melayu juga semakin bertambah. Moga-moga PERMADAH menjadi satu landasan untuk mengintegrasikan sesama kaum selari dengan penduduk Negara Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan agama. Ini memberi petanda bahawa PERMADAH sememangnya diterima oleh semua mahasiswa/I UM. Semoga semangat semasa mengisi borang dapat diteruskan dalam setiap program yang di anjurkan oleh PERMADAH serta dapat menaikkan imej PERMADAH itu sendiri di mata warga kampus UM khasnya dan seluruh IPT umumnya dan menjadikan PERMADAH bukan sekadar persatuan bahkan sebagai Gerakan Mahasiswa dalam mendepani isu-isu semasa .

Selain itu di ‘booth’ PERMADAH juga turut mengadakan pameran antaranya carta organisasi permadah, gambar program-program yang telah dilaksanakan oleh PERMADAH pada sesi yang lepas, dan tidak ketinggalan jualan barang-barang PERMADAH seperti tali, Pen, dan lain-lain barang yang di keluarkan oleh PERMADAH. Pada hari yang terakhir juga diadakan cabutan bertuah dimana PERMADAH telah menyediakan sebanyak 15 hamper dan PERMADAH mengucapkan tahniah kepada yang bertuah dan kepada yang tidak bertuah jangan terus kecewa . Semoga hubungan antara kita terus terjalin.

‘Booth’ PERMADAH tidak akan berjaya tanpa usaha dari semua AJK yang terlibat yang telah bertungkus-lumus sebelum dan sehingga berlangsungnya PROMO ’07 dengan mengorban masa, tenaga untuk memastikan PERMADAH dapat menarik seramai mungkin mahasiswa/I bagi menyertai PERMADAH. Hasilnya, ahli PERMADAH yang mendaftar pada sesi ini semakin bertambah. Tahniah diucapkan.

Akhir kata jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan PROMO ’07 ini. Jasa anda akan di ingati buat selamanya dan tidak lupa juga terima kasih sekali lagi kepada TNC HEPA atas kesudian memotong kek sempena ulang tahun PERMADAH yang ke 31. Kepada ahli-ahli PERMADAH sama ada lama mahupun baru, sama-samalah kita berganding bahu mengembling tenaga bagi memacu kejayaan yang lebih gemilang serta menaikkkan imej PERMADAH di mata warga kampus khasnya dan Masyarakat Malaysia umumnya. Tidak lupa juga marilah bersama-sama memeriahkan Hari Interaksi Permadah (INDAH 07) pada 25 Ogos nanti...Moga-moga ikatan ukhuwwah sesama kita dapat terjalin dengan lebih erat lagi dan diberkati ALLAH...

“Teguh bersatu memimpin perjuangan”.

OSMAN FIKRI B. AWANG MINA
PENGARAH,
MINGGU PROMOSI BADAN PELAJAR ( PROMO ’07 )
PERSATUAN MAHASISWA KEDAH (PERMADAH )
UNIVERSITI MALAYA

2 KOMEN:

Anonymous said...

Semoga minggu PROMO yang lalu menjadi satu titik permulaan bagi kita semua untuk terus memperjuangkan visi dan misi PERMADAH'07/08 hingga ke akhirnya..

mua'llim said...

harapnya begitulah...semoga sokongan dari semua ahli PERMADAH yg baru dapat mengukuhkan lagi keyakinan dalam merealisasikan visi dan misi PERMADAH..tahniah PERMADAH!!!!!