Daim: Assalamualaikum. Kedah, awak bawak baju apa untuk perjalanan kita nanti?
Kedah: Waalaikumussalam. Kami pun taktau. Tapi kami rasa nak bawak baju yg smart sikit la.
Daim: Eh kenapa lak kita kena bawak baju cantek2?
Kedah: Apa la hang ni..kan kita nk naek kapal mewah sampai sebulan. Rugila kalau kita tak bergaya masa tu. Bukan senang nk dapat peluang ni Daim. Setahun sekali ja.
Daim: Hmm..Betol jugak kata awak tu. Maknanya kita kena upgrade sikitla penampilan kita masa tu kan. Lagipun saya dengar ada Malam Paling Istimewa dalam sebulan tu. Beruntung sangat2 sesiapa yg dapat Anugerah Khas malam tu kan.
Kedah: Yup..btol3..hehehe
Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk mencoret sesuatu sempena Bulan penuh barakah yg bakal dilalui esok. Dialog diatas hanyalah analogi yang boleh diaplikasi dalam bulan Ramadhan sebab bulan ini adalah bulan yg sangat2 istimewa dan adanya Lailatul Qadar (Malam yg lebih baik dari Seribu Bulan). Rugi sangat2 kalau kita tak meningkatkan amalan kita sepanjang bulan ini dan mengekalkan amalan2 tersebut dalam bulan2 seterusnya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat." (Bukhari & Muslim)
Banyak sangat amalan2 yang boleh kita amalkan sepanjang Ramadhan ni antaranya ialah :
- Qiyamullail
- Bersedekah
- Kurangkan bergosip
- Kurangkan perbuatan-perbuatan melalaikan
- Memberi makan untuk orang berbuka puasa
- Mengerjakan solat sunat tarawikh
- Memperbanyakkan membaca dan memahami kandungan Al-Quran
- Memperbanyakkan zikir dan banyak lagi
Namun, harus kita ingat semua amlan ini mesti dilakukan dengan penuh keikhlasan dan tidak hanya dilakukan sepanjang bulan Ramadhan semata-mata sebaliknya wajib dilaksankan dengan penuh khusyuk dan ikhlas kerana Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w "Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya tersebut melainkan rasa lapar dan dahaga." (HR. Ath Thabrani)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan Qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Semoga segala amalan kita diterima Allah s.w.t. Sekian. Wassalam..
Karya YDP PERMADAH 2011/2012.
Mohammad Khairul Aliff Bin Abdullah
Jabatan Geologi, Fakulti Sains
Rujuk SINI
0 KOMEN:
Post a Comment