Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah (185) : " (Masa yang diwajibkan kepada kamu berpuasa ialah) pada bulan Ramadhan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. Ia menjadi pertunjuk bagi seluruh manusia, menjadi keterangan -keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah."
SUNNAH MENGKHATAM AL-QURAN PADA BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa berbanding bulan-bulan lain. Pada bulan ini diturunkan al-Quran, terdapat lailatulqadr, digandakan amalan, syaitan-syaitan dirantai dan pelbagai keistimewaan lagi.
Antara amalan paling itama yang patut dilakukan oleh setiap muslim di bulan yang diberkati ini ialah mengkhatamkan al-Quran. Tsabit perbuatan nabi s.a.w mengkhatamkan al-Quran sebanyak dua kali bersama Jibril a.s pada tahun baginda diwafatkan.
Abu Hurairah meriwayatkan :
"Sesungguhnya Jibril a.s sentiasa melawat al-Quran Nabi sekali dalam setahun. Pada tahun Nabi s.a.w diwafatkan, Jibril telah datang melawat al-Quran baginda sebanyak dua kali."
-Hadis riwayat Bukhari
Ibn al-Atsir r.a berkata :
"Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan 'melawat' di sini ialah Jibril akan mengajar seluruh isi kandungan al-Quran kepada baginda dan mengkhatannya"
Ini bermakna, sunnah membaca al-Quran dan mengkhatamkannya sambil menghayati makna ayat, bukan sekadar membaca sahaja. Ini kerana, tujuan membaca al-Quran akan hilang tanpa menghayati isinya.
Oleh : Abu Ruwais al-Syubrawi
2 KOMEN:
selamat menyambut ramadhan ya semua ahli permadah n pengunjung2 blog permadah
~fatin nasibah.. [nydp permadah]
salam ziarah... PERMANIS UM
http://permanisdhati.blogspot.com
Post a Comment