Pages

Sunday, March 21, 2010

Misi Mendakap Piala FA 2010


Alhamdulillah…

Pasukan KEDAH telah berjaya melepasi halangan peringkat suku akhir apabila memenangi perlawanan kedua apabila bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam. Kemenangan 5-0 di Stadium Selayang itu telah melayakkan pasukan Kenari ke peringkat separuh akhir dengan aggreget 6-1 setelah hanya mampu seri 1-1 pada perlawanan pertama di Stadium Darul Aman. Halangan seterusnya adalah pasukan Terengganu yang telah menumpaskan pasukan T-Team. Perlawanan ini dijangka akan berlangsung pada 30 Mac 2010 ini.


Kejayaan yang dicatatkan semalam merupakan satu suntikan semangat buat pemain-pemain, jurulatih dan penyokong-penyokong yang memenuhi setiap ruang tempat duduk semalam. Kejayaan ini telah meningkatkan kembali moral pemain-pemain setelah mengalami kekalahan demi kekalahan sebelum ini. Permainan yang cantik dan strategi yang menarik telah dipamerkan oleh semua pemain. Diharapkan semangat ingin melawan ini dapat diteruskan dalam perlawanan-perlawanan yang akan datang.

Kelab Penyokong Hijau Kuning Permadah turut tidak ketinggalan dalam memberi sokongan buat pasukan Kenari. Konvoi bermotosikal ke Stadium Selayang selepas solat Maghrib semalam telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi buat pasukan Hijau Kuning. Seramai 10 orang ahli kelab terlibat dalam aktiviti ini. Turut tidak ketinggalan YDP Permadah, saudara Al-Hafiz yang begitu bersemangat dalam memberi sorakkan buat pemain-pemain di stadium. Saudara Al-Hafiz ketika diminta untuk mengulas mengenai perlawanan semalam berkata :

“ alhamdulillah, kita telah mencatat kemenangan yang besaq pada malam nie...Kemenangan ini sangat dinanti-nantikan oleh penyokong-penyokong Hijau Kuning...Namun agak kecewa apabila Khairil Muhaymeen tidak dapat lagi beraksi semalam..Insyaallah selepas ini dengan kemasukkan semula Khairil, jentera serangan Kenari akan lebih tajam..”


p/s : ramai penyokong ATM orang Kedah..ramai pakat lari mai sokong belah Kedah..egat jugak noh asal-usul depa…hik3..


0 KOMEN: