Pages

Thursday, February 25, 2010

SEPETANG BERMAIN FUTSAL

















Gambar-gambar sekitar perlawanan


Alhamdulillah..


Kelab Sukan Permadah (K-SUPER) telah berjaya mengadakan aktiviti bermain futsal bersama-sama dengan adik-beradik PERMADAH pada petang tadi. Perlawanan futsal ini telah diadakan di Gelanggang 2, berhadapan dengan Fakulti Undang-undang tepat pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 7.10 petang.

Penyertaan adik-beradik PERMADAH adalah menggalakan. Seramai 25 orang pemain telah bersama-sama memeriahkan aktiviti pada petang tadi. Antara yang turut hadir adalah YDP PERMADAH saudara Al-Hafiz, Timbalan YDP saudara Syazwan serta barisan-barisan exco PERMADAH. Turut tidak ketinggalan, saudara Rohisyam iaitu merangkap YDP PERWARIS (Persatuan Mahasiswa Perlis).

Aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin.

Sekian.

p/s : Terra jugak YDP PERMADAH main noh..





0 KOMEN: