Pages

Tuesday, February 23, 2010

Operasi Khidmat Masyarakat Permadah 2010 Meriah










OPKIM 10 dalam akhbar



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, PERMADAH dengan jayanya telah mengadakan Operasi Khidmat Masyarakat '10 (OPKIM) di Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Program ini telah dijalankan selama 5 hari bermula pada 13 febuari hingga 17 feb 2010. Peserta yang terlibat sebanyak 103 orang bukan sahaja terdiri daripada ahli PERMADAH bahkan negeri lain juga turut sama mengambil bahagian bagi memeriahkan OPKIM antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Singapura, N9 dan sebagainya.

kesan tingalan tsunami..


Antara objektif utama program ini dijalankan adalah bagi mengeratkan ukhwah di kalangan peserta dan masyarakat umumnya serta warga Taman Permatang Katong khususnya. Selain itu, mahasiswa turut berpeluang berbakti kepada masyarakat dan bukan semata- mata hanya menumpukan perhatian dalam bilik kuliah sahaja. Pada masa inilah sumbangan tenaga dan bakti dapat dicurahkan kepada masyarakat setelah berhempas pulas dalam menyelesaikan amanah yang terpikul setelah bergelar mahasiswa.Kerja amal di sekolah..habis dinding sekolah di conteng!

Hal ini sangat perlu dititik beratkan dalam memberikan persediaan kepada mahasiswa dalam menempuh alam pekerjaan setelah menamatkan pengajian pada peringkat ijazah.

kunjungan dan gotong royong di rumah orang tua

Selama 5 hari berada di sana pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya majlis kenduri rakyat,pemeriksaan kesihatan percuma oleh perubatan altenatif Darussyifa,gotong royong perdana,Sepetang dilaut,Forum Perdana,Tsunami Review,bakti kepada masyarakat miskin dan orang tua-tua,kem motivasi di sekolah,sukanneka rakyat dan banyak lagi

kem motivasi bersama adik2 SK Hj Sulaiman



peserta bertungkus-lumus bersama penduduk utk menjayakan kenduri rakyat


Kenduri Rakyat..Dua ekoq lembu di korbankan

Sukaneka bersama penduduk kampung..

Gotong royong sambil berposing...

OPKIM PERMADAH juga turut dinobatkan sebagai Operasi Khidmat Masyarakat terbaik yang pernah dianjurkan berbanding 8 program lain yang dianjurkan sebelum ini di tempat yang sama. Tahniah dan syabas diucapkan buat semua yang turut serta dalam menjayakan OPKIM. Kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak yang sanggup berpenat lelah sama ada dari kalangan ajk pelaksana mahupun peserta yang bertungkus lumus memberikan sepenuh kerjasama demi memastikan program berjalan dengan lancar.

Sepetang Di laut..konvoi p tangkap ikan

Permadah Um mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah program saudara Shazzuwan Zakaria dan seluruh ajk opkim yang terlibat menjayakan program tersebut.Seterusnya jutaan terima kasih juga kepada penduduk Taman Permatang Katong yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang baik.Akhirnya sekalung perhargaan dan terima kasih juga di ucapkan kepada penaja rasmi program Tuanku Puteri Intan Syafinaz dan Yayasan Sultanah Bahiyah,Dato' Abdullah Akhir,Pergerakan puteri Umno,akhbar Sinar harian dan Harian Metro serta seluruh warga yang terlibat menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.




wajah ceria AJK pendaftaran

ucapan daripada YDP PERMADAH.

ucapan En.Yusof..Pengerusi Taman Permatang Katong yang banyak membantu menjayakan OPKIM 10

Dato' Abdullah Mat Akhir...Pegawai Daerah Kuala Muda

ibu-ibu yang datang memberi sokongan menggantikan ayah-ayah yang turun mencari rezeki di laut...


wajah ceria Pengarah OPKIM & Setiausaha PERMADAH

pameran kesihatan


aktiviti di Pantai Merdeka

bersama keluarga angkat








tugu kuala Muda....

OPKIM 2010 dalam kenangan........



0 KOMEN: