Pages

Thursday, October 15, 2009

SELAMAT TINGGAL SANG KENARI!! SYABAS KUALA MUDA

Pemain Kedah Musim 2009/10

Kuala Lumpur,14 Okt :- Kejayaan pasukan Kedah membelasah Pulau Pinang 4-0 belum cukup untuk mengangkat Juara treble 2 kali itu untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.Kebangkitan hanya pada sangat akhir itu menyebabkan pasukan Kedah terlepas peluang untuk mempertahankan Piala Malaysia setelah hanya mengisi tempat ke-3 Liga Super dan terkandas di peringkat awal Piala FA.


Penyerang Import Terbaik Liga Super musim lalu


Kehebatan Kedah dalam 2 tahun kebelakangan ini hanya tinggal kenangan.Siapa tidak tahu Kedah adalah pasukan pertama menjuarai tiga piala berturut-turut.Mana-mana pasukan pasti tidak tidur lena apabila dijadual bertemu dengan Kedah.Siapa tidak kenal Marlon Alex James,penjaring terbanyak liga super dan penyerang import yang amat digeruni oleh pertahanan serta penjaga gol lawan.Namanya sentiasa menjadi sebutan peminat-peminat sang kenari.Siapa tidak kenal Nelson Sam Martin,arkitek tengah yang sentiasa menjana gerakan dan hantaran yang menarik sehingga ada yang membandingkannya setaraf dengan pemain di liga Eropah.Mungkin peminat juga tidak lupa kehebatan Bernard Hugging yang kental mengawal benteng pertahanan sehingga ketiadaannya amat dirasai.Paling penting siapa tidak kenal Jurulatih yang penuh dengan teknik dan taktikal,Azraii Khor Abdullah.Kejayaannya membawa Kedah menjadi juara treble disamping kehebatannya mengcunkil bakat-bakat muda menyebabkannya dia dicalonkan sebagai Jurulatih Kebangsaan.Semua orang mengehtahui sebelum perlaksanaan peraturan larangan pemain import,Kedah bukan sahaja mempunyai trio import yang hebat malah mempunyai ramai pemain tempatan dan bakat muda yang menyerlah.Ketika penjaga gol Helmi Heliza terpilih menjadi penjaga gol kebangsaan,Kedah mempunyai rangkaian pemain seperti ketua pasukan,Victor Andrag,Shafizan Hashim dan V.Thirumurugan di barisan pertahanan.Rakan gandingan Nelson iaitu Fauzi Shaari atau Pak Long.Begitu juga Khyril Muhymen,Badrol Baktiar dan bakat baru Fadly Baharom.Semua mereka telah membentuk satu pasukan yang hebat dan memberi mimpi buruk kepada pasukan lain.



Azrai Khor bersama trio impori\t menjulang piala Malaysia 08/09


Namun,sejak larangan penggunaan pemain import oleh FAM dan rombakan pasukan,pasukan Kedah mula menunjuk kemerosotan.Bermula dengan kegagalan mendapatkan pemain bintang tempatan dan pelepasan beberapa pemain berpotensi,pasukan ini dilihat masih mencari rentak.Walaupun Kedah telah membawa masuk Farizal dan Azrul penyerang daripada Pulau Pinang dan Shahrulnizam Mustapha daripada Perak,namun mereka masih tidak mampu membawa Kedah bersaing dengan pasukan hebat seperti Perlis dan selangor.Sebelum ini wujud rungutan daripada Azrai Khor sendiri tentang kelemahan dan sikap pengurusan bola sepak Kedah(KFA).Semenjak Othman Aziz memegang jawatan pengurus lagi,peminat mempersoalkan perpindahan Bunyamin Omar dan Shakir Ali ke UPB My-Team dan Harimau Muda.Begitu juga penjualan Zairul Fitri semula ke Kelantan setelah hanya bermain hanya beberapa perlawanan.Ini yang menghairan dan merunsingkan Azraai,serta Penolong Jurulatih,Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri.Apabila berlaku perubahan kepimpinan negeri Kedah pada pilihanraya umum yang lalu,Othman Aziz telah meletak jawatan dan ada di kalangan pegawai KFA yang masih setia dengan pengurus lama didakwa tidak memberi kerjasama yang baik dan bersikap tidak profesional sehinggalah kegagalan Kedah meminjam pemain untuk Piala malaysia adalah salah satu puncanya.Hal ini menjadi bualan ahli kelab penyokong hijau kuning dalam ruangan sembang laman web mereka.Namun begitu itu kelemahan daripada pihak pemain juga tidak boleh dinafikan.Jika Kedah berhasrat untuk bergelar juara ia perlu membangunkan bakat-bakat baru.


penyerang utama pasukan Kedah musim ini


Bagi pihak Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya(PERMADAH),sebelum ini telah ditubuhkan kelab penyokong hijau kuning sebagai tanda sokongan mahasiswa Kedah kepada pasukan Kedah.Setiap perlawanan melibatkan Kedah di Lembah Klang pasti tidak ketinggalan.Namun kelab ini boleh memberi sokongan kepada Kuala Muda Naza atau menunggu musim akan datang.Selamat tinggal Sang Kenari!! Syabas Kuala Muda.


Kegagalan pasukan Kedah layak keperingkat suku akhir Piala Malaysia sepertisudah dapat dijangka.Kegagalan pihak pengurusan KFA meminjam pemain untuk digunakan dalam pasukan mengakibatkan barisan serangan Kedah tumpul terutamanya apabila penyerang utama Kedah,Khyrill Muhymin mengalami kecederaan yang serius..tindakan lambat KFA ini mengakibatkan jurulatih Kedah,Azrai khor terpaksa menurunkan pemain-pemain yang sedia adauntuk mengharungi Piala malaysia ini.Pihak pengurusan KFA perlu dirombak secara menyeluruhbagi menghadapi kancah liga super musim akan datang.


Abdul Rahim bin Ishak,Exco Sukan & Rekreasi Permadah merangkap pengerusi kelab Penyokong Hijau Kuning Permadah


0 KOMEN: