Pages

Saturday, October 03, 2009

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERMADAH DISAMBUT DENGAN PENUH KESYUKURAN


Fakulti Sastera, 3 Okt :- Rumah Terbuka Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya(PERMADAH) hari ini dihadiri ramai adik-beradik Permadah.Majlis yang diadakan di Dataran Fakulti Sastera & Sains Sosial Universi Malaya dihadiri hampir 100 ahli Permadah turut diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat iaitu Penasihat permadah,Prof Pazim Bin Othman bersama dengan isteri beliau.Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang Tutor yang juga bekas ahli Permadah,mantan Presiden Permadah sesi 08/09 saudara Amin Bin Che Ahmat,beberapa orang mantan pimpinan lepas,YDP Permata,YDP PMKUM,YDP Pewaris dan juga YDP Permadah.

Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Faris,Bendahari Permadah bermula pada pukul 10 pagi dengan ucapan Presiden Permadah 09/10,saudara Al-Hafiz Bin Adnan.Beliau mengingatkan ahli Permadah agar dalam kemeriahan dan kegembiraan menyambut aidilfitri tidak melupakan sauadara seagama kita di Indonesia yang di timpa bencana gempa bumi tatkala Syawal mengunjung tiba.

"kita disini patut bersyukur dikurniakan oleh Allah nikmat keamanan,kesihatan dan rezeki yang murah dengan makanan yang pelbagai jenis terhidang di hadapan,namun jangan kita lupakan saudara seakidah kita yang ditempa malang dan bala bencana"- ujar beliau


Prof Dr Pazim menyampaikan ucapan



Seterusnya ucapan Prof Pazim Bin Othman selaku penasihat Permadah.Dalam ucapannya itu Prof Pazim telah memaklum tentang kontraknya sebagai Pensyarah di Universiti Malaya yang akan tamat beberapa bulan sahaja lagi iaitu pada bulan januari 2010 kerana beliau akan bersara.Beliau turut mengingatkan agar pihak permadah bersedia untuk mencari pengganti beliau.Ucapan beliau sedikit sebanyak mendapat perhatian sidang hadirin kerana beliau merupakan penasihat Permadah yang paling lama berkhidmat dan telah banyak menyumbang bakti kepada persatuan yang berusia hampir 33 tahun ini..

Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan dan saya berpesan agar semua dapat meneruskan puasa 6 hari di bulan syawal.Di sini saya ingin memaklumkan berkenaan dengan kontrak saya yang akan tamat beberapa bulan sahaja lagi dan berharap agar pihak Permadah dapat mencari pengganti saya yang akan bersara.”ujar beliau

Prof Dr Pazim Othman yang merupakan pensyarah di Fakulti Ekonomi Universiti Malaya merupaan seorang penasihat yang sangat mesra pelajar dan mudah didekati.Beliau sangat mengambil berat hal perkembangan Permadah dan telah banyak menyumbangkan idea dalam memajukan Permadah itu sendiri.



Kunjungan daripada YDP PMKUM ( Berbaju biru) turut kelihatan Mantan Presiden 08/09 saudara Amin









Majlis diteruskan lagi dengan memberi sumbangan kebajikan kepada ahli Permadah yang di timpa kemalangan,kematian ibu bapa dan lain-lain.Sumbangan telah disempurnakan oleh Penasihat Permadah kepada 4 orang ahli Permadah yang kurang bernasib baik.Diharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggun.

"Permadah sesi kali ini kita lebih menekan kepada kebajikan ahli,kami akan sedaya upaya bersama-sama adik beradik permadah dalam menyelesaikan hal-hal berkaita kebajikan ahli"-ujar saudara Syazwan Zakaria yang merupakan exco kebajikan Permadah




Prof Dr Pazim menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ahli Permadah UM

Seterusnya,majlis diteruskan dengan jamuan makanan yang pelbagai disediakan bagi meraikan suasana sambutan Aidilfitri bersama keluarga besar Permadah UM.Majlis rumah terbuka Permadah tersebut yang bermula jam 10 pagi terus dihadiri oleh ahli dan adik beradik Permadah sehingga jam 2 petang.

0 KOMEN: