Ya, saya tahu ramai yang suka dengan tarian @ senaman poco-poco ni. Sape suka angkat kaki! hahaha...tengok macik ni, kusyuk benor dia menari kan:)? Sama la dengan kakak-kakak, abang-abang, macik pacik, datuk nenek yang sangat suka aktiviti poco-poco ni. Malah, sekarang ni pun, kalo kita pegi kenduri kawin, rata-ratanya mesti ada satu slot poco-poco kan? Betul tak?
Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.
Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.
Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.
Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdanya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).
.
.:: Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco ::.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.
Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya langsung tak pernah menari poco-poco, sebab saya langsung tak tahu macam mana pun poco-poco ni. Tup tup je dah famous kat Malaysia ni.
Dari dulu lagi saya terfikir benda ni, kenapa poco-poco menari macam tu? Kenapa ke kiri pastu ke kanan, ke depan pastu ke belakang...? Kalo nak kata berpeluh, macam takde la sangat pon. Dan biasanya, kita2 ni buat untuk suka-suka kan? (betul..betul..betul..ajuk ipin..hihi)
.
.
.
1 KOMEN:
assalamualaikum..
maaf ye..
nak tye dpt mana ye info ni..
hurm..
and nk minta izin copy maklumat ni ye..
Post a Comment