Pages

Saturday, August 08, 2009

PERMADAH ANJUR PENGURUSAN JENAZAH KEPADA PELAJAR SEKOLAH .

31 Julai, Sungai Korok,Kedah :- Pada 31 Julai yang lalu,Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya (PERMADAH) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah kepada pelajar Sekolah Menengah Nur Al-Islam,Ayer Hitam, Kedah.Saudara Zahirudin Zainon yang merupakan Naib Presiden 3 Permadah telah diamanahkan sebagai tenaga pengajar sepanjang program tersebut..

Kursus Pengurusan Jenazah ini meupakan salah satu program untuk pelajar asrama daripada tingkatan satu hingga tingkatan enam.Program yang bermanfaat ini disertai seramai 140 peserta dan program ini mendedahkan pelajar tentang pengurusan jenazah secara teori dan praktikal bermula dengan tanggungjawab ketika sakaratul maut, mandi jenazah, kafan, solat, dan pengebumian jenazah.Program ini turut dihadiri oleh mantan Bendahari Permadah sesi 08/09,saudara Hayazie Bin Saad yang juga merupakan tenaga pengajar sementara sekolah tersebut.

para pelajar mendengar dengan tekun.


0 KOMEN: