Pages

Wednesday, August 26, 2009

ANTARA PERSEPSI DAN KENYATAAN ; HUKUMAN SEBATAN TERHADAP PEMINUM ARAK

Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan isu hukuman sebat ke atas seorang bekas model,Kartika Sari Dewi Shukarnor yang menjadi isu hangat dan mendapat perhatian media di dalam dan luar negara.Pada 20 Julai yang lalu,Kartika, 32 , dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada pukul 11.40 malam 11 Julai 2008.Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan bagi orang didapati bersalah minum arak.Jika hukuman ini dijalankan dia bakal menjadi wanita pertama di Malaysia yang disebat atas kesalahan meminum arak.

Tetapi apa yang mengejutkan wanita tersebut tidak mengemukakan rayuan walaupun disarankan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun razak sebaliknya terus membayar denda RM5000 dan meminta hukuman tersebut segera dilaksanakan serta dijalankan di depan orang ramai.Keluarganya juga tidak membantah bahkan menyokong penuh keputusannya.Dia juga insaf dan berharap hukuman ini menjadi pengajaran kepada umat Islam yang melanggar perintah Allah.
Isu ini menjadi bertambah panas apabila ada pihak yang mendakwa hukuman sebat ke atas wanita tersebut adalah keras dan menzalimi wanita.Terbaru ulasan Norhayati Kaprawi,aktivis Wanita Muslim yang terlibat dalam menguruskan program Sisters in Islam yang mempersoalkan hukuman tersebut.

Jika meneliti dengan lebih lanjut sebenarnya salah faham ini wujud disebabkan kita masih lagi mewarisi sistem penjajah walaupun sudah merdeka 50 tahun.Orientasi pemikiran masyarakat masih dibelenggu oleh fahaman penjajah.Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu berkenaan isu ini :-

  • Kesalahan meminum arak dalam perundangan Islam sebenarnya berada di bawah hukum hudud.
  • Kaedah hukuman sebatan dalam kesalahan meminum arak tidak sama dengan kaedah sebatan dalam hukuman sivil seperti merogol,merompak dan sebagainya.Ada kaedah yang tersendiri dengan mengambil kira pelbagai aspek.
  • Hukuman 6 sebatan hanyalah hukuman Mahkamah Syariah Malaysia dan mengikut hukum jenayah Islam adalah 40 atau 80 kali sebatan.
  • Hukuman jenayah dalam Islam bertujuan mencegah atau mendidik bukan menyakiti seperti yang masyarakat faham.
  • Hukuman ini merupakan hak Allah S.W.T dan wajib dilaksanakan.



Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 :

  • Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat daripada rotan atau ranting kecilyang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
  • Kalau pesalah itu hamil,hukuman hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anak.
  • Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan.
  • Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.
  • Sebatan tidak boleh kena muka,kepala,perut,dada atau bahagian sulit.
  • Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
  • Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat tidak mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
  • Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.



Maka jelaslah kepada kita bahawa hukuman sebat terhadap pesalah minum arak tidak sama dengan hukuman sivil.Tidak benarlah bahawa hukuman ini zalim kepada wanita dan sekiranya hukuman tidak dijalankan maka orang ramai akan berterusan melakukankan kesalahan dan seolah-olah tidak menghormati hukuman Allah.


Berikut adalah beberapa pandangan mahasiswa :-


“Saya berpendapat hukuman sebat ini wajar dengan syarat ia dijalankan mengikut lunas-lunas Islam.yang menjadi masalah ialah apabila wanita disebat dengan kaedah yang terdapat di mahkamah sivil.Ini memamg sangat menyakiti golongan wanita tetapi sekiranya sebat dijalankan seperti dalam dalam seksyen 125 dan seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah syariah 2002,saya menyokong hukuman ini kepada golongan wanita.Ini kerana kita sedia maklum bahawa dalam Islam tiada beza antara lelaki dan wanita untuk dijatuhkan hukuman.”


Fatin Nasibah Bin Ellias,Pengerusi Helwa Permadah


“Yang saya tahu tindakan hakim syarie dan sokongan ayah wanita tersebut supaya dikenakan sebat memang patut dipuji.Kalau orang kata sebat itu zalim sebab dia perempuan,sebenarnya hukuman tak kira jantina,salah tetap salah!sepatutnya ramai lagi yang perlu disebat sebab minum arak.Walaupun hukumini tidak sempurna tapi tarik benang dalam tepung sikit-sikit sampai orang semakin faham dan terima hukuman ini.Kaedah Fiqh menyatakan kalau tidak boleh laksanakan semua maka jangan tinggal semua.”


Zahiruddin Zainon,Pengerusi JPA Permadah

“Bagi saya isu ini takkan selesai dan masih ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mendakwa sebagai orang Islam tapi masih mengambil minuman tersebut.Seharusnya perkara ini diselesaikan dari akar umbinya.Kita perlu faham hikmah disebalik larangan ini.”


Nurul Husna Bin Mat Isa,Timb. Exco Kepimpinan & Pembangunan Insan





0 KOMEN: