Pages

Monday, August 10, 2009

Explorace FESKUM 09 Meriah

Pada 9 Ogos 2009, Persatuan Mahasiswa Kedah (PERMADAH) telah menghantar wakil dalam Explorace Varsiti bersempena dengan Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) 2009. Objektif utama explorace ini diadakan adalah untuk membina hubungan baik di antara warga UM terutama antara mahasiswa dan kakitangan UM dan turut bermatlamat untuk menyemai semangat perpaduan dan hubungan antara pelbagai kaum melalui aktiviti riadah. Acara yang berlansung di Padang Varsiti Universiti Malaya ini telah mengumpulkan 17 buah pasukan daripada pelbagai persatuan dan kolej-kolej kediaman. PERMADAH turut tidak ketinggalan dalam acara sukan dwi-tahunan ini apabila menghantar 2 buah pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli PERMADAH itu sendiri. Explorace Varsiti ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi dengan aktiviti senaman aerobik. Antara aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan semasa explorace ini adalah seperti berjalan mengunakan tempurung kelapa, berkayak, membuat wau, musang berjanggut, mengayam ketupat, mengenalpasti komponen-komponen motosikal dan banyak lagi. Menurut salah seorang wakil daripada PERMADAH, saudari Zawiah Mohd mengenai aktiviti yang mencabar baginya:

“tentu la time nak asingkan kacan
g-kacang masa kat library Utama tu. Bukan main susah nak asing. Kalau kacang-kacang tu besaq tak pa la jugak. Patut la P.Ramlee buat macam tu dalam cerita Musang Berjanggut. Nak tengok kita rajin ka tak. Bijak-bijak” katanya yang juga merupakan Mahasiswi Jabatan Geografi Universiti Malaya. Menurut Exco Sukan Dan Rekreasi pula, saudara Abdul Rahim Ishak pula yang turut menyertai explorace ini :

“ini merupakan permulaan bagi kita untuk memantapkan ahli-ahli PERMADAH untuk aktif bersukan. Selepas ini, pelbagai lagi aktiviti akan diadakan kepada semua ahli-ahli PERMADAH. Antaranya seperti perlawanan-perlawanan persahabatan bola sepak, futsal, dan bola jaring dengan persatuan-persatuan lain dan pelbagai aktiviti sukan yang lain. Dan tidak ketinggalan juga aktiviti mendaki gunung yang pastinya ditunggu-tunggu oleh ahli-ahli PERMADAH”. Katanya yang kelihatan penuh bersemangat sepanjang mengharungi setiap aktiviti dalam explorace ini.

Majlis penutupan explorace ini telah dirasmikan oleh YDP MPMUM, saudara Mohd Ridzuan Bin Mohammad. Johan bagi explorace ini telah dimenangi oleh pasukan dari Kolej Kediaman Kesebelas, manakala kedua-dua pasukan PERMADAH pula telah berjaya memenangi hadiah sanguhhati. Tahniah diucapkan.



Kenari Team

Baru nak belajar mengayam ketupat ke dik?

Salah satu acara yang menguji tahap kesabaran setiap kumpulan

Wakil PERMADAH,Razak begitu bersemangat ketika acara lari menggunakan tempurung kelapa

Cepatt..main-main pulak..

Hasilnya..Ketupat Hijau Kuning.

Wau Bulan hasil dari kerja berpasukan Pasukan Kenari..

Adik-beradik PERMADAH kelihatan ceria bersama hadiah masing-masing. Tahniah!

0 KOMEN: