Pages

Thursday, March 20, 2008

Salam Maulidurrasul 1429h


Pada setiap 12 Rabiul Awal tahun hijrah, umat Islam akan memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Kelahiran baginda merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini kerana ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia. Kita sebagai umat Islam dituntut untuk memuliakan baginda s.a.w. sebagaimana syar'iat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, iaitu:


1. Memuliakan Nabi Muhammad SAW adalah dengan mengikuti sunnahnya:




"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihimu..."


(QS. Ali 'Imran: 31)



"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..."


(QS. Al-Ahzab :21)




2. Memuliakan Rasul dengan cara berpegang teguh dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW:


"Telah kutinggalkan kepada kalian dua pusaka yang bila kalian berpegang teguh kepada keduanya kalian tidak akan tersesat sesudahku selamanya iaitu kitabullah dan Sunnahku."


(HR. Malik dan Al-Hakim)



3. Memuliakan Rasul dengan cara membaca shalawat di setiap waktu, bukan hanya di hari Maulid(12 Rabiulawal) sahaja,


firman Allah SWT:

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikat-malaikatnya memohonkan ampunan untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam Penghormatan kepadanya"


Nash-nash syara' menjelaskan pada kita bahawa melakukan shalawat pada nabi dilakukan setiap kali mendengar nama Nabi SAW, sabdanya:


"Orang yang kikir adalah orang yang ketika disebut namaku disisinya lalu tidak membaca shalawat atas diriku."

(HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasai dll)


"Bacalah shalawat atas diriku dimana saja kalian berada, sebab bacaan shalawat ini akan sampai padaku."

(HR. Thabrani, Abu Ya'la dan Ibnu Abi Ashim)


"Perbanyaklah bacaan shalawat atasku pada malam dan hari Jumaat"

(HR. Al-Bahaiqi)


Banyak nas-nas yang telah menjelaskan bentuk melakukan bacaan shalawat antara lain:


"Apabila kalian mendengar muadzin mengumandangkan adzan, maka katakanlah sebagaimana yang dikatakannya, kemudian bacalah shalawat. Barangsiapa yang melakukannya akan dihitung 10 kali, lalu mintalah kepada Allah darjat dan wasilah, sebab wasilah itu adalah suatu tempat di jannah yang tidak dianugerahkan untuk hamba-hamba yang lain kecuali seorang hamba diantara hamba-hamba Allah dan aku berharap akulah orang itu. Barangsiapa yang meminta wasilah kepadaku, maka berhak atasnya mendapatkan syafa'at (dari Rasul)."


Dalam suatu atsar yang shahih dari Ibnu Abbas:


"Ya Allah kabulkanlah syafa'at yang besar dari nabi, tinggikanlah darjatnya setinggi-tingginya dan berikanlah apa yang dikehendakinya baik di dunia maupun di akhirat, sebagaimana yang Engkau berikan kepada Ibrahim dan Musa as."


Setiap bentuk kalimat yang di dalamnya terdapat pujian atas diri Rasul sesuai dengan lafaz sebagaimana yang terdapat pada hadis/atsar yang shahih, maka pujian itu dibolehkan dengan syarat sesuai dengan bentuk yang terdapat dalam nas/teks.


Oleh yang demikian, marilah kita memuliakan Nabi kita dengan cara memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w..



Sallu 'ala Muhammad!!

1 KOMEN:

Anonymous said...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalammualaikum wrt.wbt.

Terpanggil kami setelah membuat lawatan ke Rumah Amal Siraman Kasih (RASK) untuk membela nasib anak-anak yang kurang bernasib baik di sini. Rombongan pengurusan & kaki tangan Pusat Pengajian Ummu Ain telah melakukan lawatan ke pada hari Ahad bersamaan 10 Februari 2008.

Sehubungan dengan itu, Pusat Pengajian Ummu Ain sedang berusaha untuk mencari penaja dan penyumbang-penyumbang bagi membiayai keperluan RASK ini.

BUAT MASA TERDEKAT INI KEPERLUAN YANG UTAMA IALAH :
A. Barang-barang keperluan dapor - anak-anak di sini ditaja makan minum mereka oleh Kafeteria Ikhwan, yang terletak berhampiran dengan . Walaubagaimanapun ianya hanyalah untuk makan tengahari dan makan malam. Antara keperluan dapor ini ialah : beras, gula, tepong, telor, buah-buahan dan yang seumpamanya

B. Melunaskan sewa bulanan bangunan dan utiliti (api dan air)

C. Keperluan Rumah : Peralatan memasak, Alat pandang-dengar, Kipas angin, mesin basuh dan seumpamanya.

D. Membuat papan tanda atau banner, agar masyarakat sekitar sedar akan kewujudan , dengan itu mereka sendiri boleh melihat bersama keperluan anak-anak ini.

E. Permainan Taman, Alat Bantuan Mengajar (ABM), Permaianan Kanak-kanak samada baru atau terpakai.


Anda boleh menghubungi mereka terus di talian:
Kamariah bt. Yaakob : 016-3313546
(Atau lebih dikenali dengan pangillan Mak Kamariah)

Sumbangan cek untuk Rumah Amal boleh di buat atas nama:
RUMAH SIRAMAN KASIH / MAYBANK ACC. : 5620-8810-7061


Sumbangan melebihi RM500 pelepasan cukai disediakan :
RUJ : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132


Anda yang telah menyumbang, sila maklumkan kepada saya untuk tujuan semakan & pengasingan. “YANG MEMBANTU DIBANTU”

http://www.ummuain.com/rumahamal.htm
Wakil PP Ummu Ain : 017-2038460