Pages

Wednesday, April 22, 2009

TAHNIAH KEPADA PIMPINAN BARU PERMADAH 09/10

Dari kiri: Syazwan,Hafiz,Amin,Faris dan Solah



PRESIDEN : MOHD AL-HAFIZ BIN ADNAN

TIMB. PRESIDEN : SYAZWAN BIN AHMAD

SETIAUSAHA : SOLAHUDDIN BIN SHAHRUDDIN

BENDAHARI : MUHAMMAD FARIS BIN MOHD ZAINI

Monday, April 13, 2009

Selamat Mengahadapi Peperiksaan buat semua family PERMADAH



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, April 12, 2009

NUKILAN BUAT PIMPINAN BARU PERMADAH

Adik-adikku,
Setiap yang bermula
Akan ada akhirnya
Roda kehidupan yang berputar
Menetapkan...
Kita tidak selamanya
Di atas...
Sampai waktunya
Yang di atas akan kembali
Berada di bawah
Perjuangan ini bukan
Untuk menempa nama
Tidak juga
Mengharap penghargaan
Namun...
Apa yang lebih bererti
Bagaimana amanah ini diisi
Tanggungjawab yang perlu
Di lunasi...
Adik-adikku,
Jangka waktu yang ada
Tidak lama...
Isikan sebaiknya ke arah
Islah diri...
Memberi manfaat
Kepada ummah...
Adik-adikku,
Sematkan di hatimu...
Memburu mardhatillah
Insyaallah..
Segalanya menjadi mudah
Ingin ku ingatkan..
Lapangan ini
Tidak menjanjikan ganjaran
Kesenangan dan kemewahan
Dengan itu
Ikhlas itu satu keperluan
Redha dan tabah
Pastikan jadi
Senjata diri
Moga perjalanan pimpinan kalian
Diberkati dan diredhai...
Lakukan yang terbaik..
You are the best!

Yang mendoakan kejayaan kalian,
Mantan Timb Press..08/09(”,)

Sunday, April 05, 2009

Keputusan pilihan raya Bukit Selambau diketahui lewat malam



SUNGAI PETANI: Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada Selasa ini dijangka diketahui lewat malam berikutan proses pengiraan undi mengambil masa yang lama kerana ramai calon bertanding.

Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Kedah, Zainal Abidin Zakaria, berkata SPR terpaksa mengira jumlah undi setiap 15 calon yang bertanding selepas penutupan pusat pengundian.

"Jika sebelum ini keputusan boleh diketahui sekitar jam 9 malam tapi kali ini kita jangka ia mungkin diketahui selepas jam 10 malam kerana tempoh masa pengiraan lebih panjang," katanya ketika ditemui di pejabat SPR di sini, hari ini.

Beliau juga menasihati pengundi supaya berhati-hati ketika memilih calon pada hari pengundian kerana saiz kertas yang besar selain ramai calon bertanding.

Katanya, sebanyak 65 kertas undi pos kepada 65 pemilih berdaftar sudah diedarkan mulai hari ini dan mereka boleh memulangkan undi pos itu sebelum jam 5 petang Selasa ini.

Zainal Abidin berkata, sebanyak 50 daripada kertas undi itu diberikan kepada petugas SPR manakala sebanyak 10 kertas undi untuk anggota polis dan lima pengundi yang bekerja di luar negara.

"Kita sudah agihkan kertas undi pos bermula hari ini dan mereka boleh mengundi pada bila-bila masa sehingga jam 5 petang Selasa ini dan undi selepas tempoh itu tidak akan dikira," katanya.

Beliau sekali lagi mengingatkan parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu supaya tidak menaikkan bendera parti mereka kerana ia melanggar peraturan SPR.

Katanya, SPR mendapati ada parti politik yang tidak membayar wang deposit kerana tidak bertanding tetapi menaikkan bendera mereka dalam masa kempen enam hari ini.

"Kita minta pihak terbabit menghentikan perkara sedemikian dan jika kita dapati mereka masih menaikkan bendera, pihak berkuasa boleh bertindak menurunkannya," katanya. - Bernama (Berita Harian)

Friday, April 03, 2009

"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani".