Pages

Monday, March 24, 2008

BARISAN KABINET MALAYSIA

BARISAN KABINET MALAYSIA
(klik pada gambar untuk view)

Thursday, March 20, 2008

Salam Maulidurrasul 1429h


Pada setiap 12 Rabiul Awal tahun hijrah, umat Islam akan memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Kelahiran baginda merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini kerana ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia. Kita sebagai umat Islam dituntut untuk memuliakan baginda s.a.w. sebagaimana syar'iat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, iaitu:


1. Memuliakan Nabi Muhammad SAW adalah dengan mengikuti sunnahnya:




"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihimu..."


(QS. Ali 'Imran: 31)



"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..."


(QS. Al-Ahzab :21)




2. Memuliakan Rasul dengan cara berpegang teguh dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW:


"Telah kutinggalkan kepada kalian dua pusaka yang bila kalian berpegang teguh kepada keduanya kalian tidak akan tersesat sesudahku selamanya iaitu kitabullah dan Sunnahku."


(HR. Malik dan Al-Hakim)



3. Memuliakan Rasul dengan cara membaca shalawat di setiap waktu, bukan hanya di hari Maulid(12 Rabiulawal) sahaja,


firman Allah SWT:

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikat-malaikatnya memohonkan ampunan untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam Penghormatan kepadanya"


Nash-nash syara' menjelaskan pada kita bahawa melakukan shalawat pada nabi dilakukan setiap kali mendengar nama Nabi SAW, sabdanya:


"Orang yang kikir adalah orang yang ketika disebut namaku disisinya lalu tidak membaca shalawat atas diriku."

(HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasai dll)


"Bacalah shalawat atas diriku dimana saja kalian berada, sebab bacaan shalawat ini akan sampai padaku."

(HR. Thabrani, Abu Ya'la dan Ibnu Abi Ashim)


"Perbanyaklah bacaan shalawat atasku pada malam dan hari Jumaat"

(HR. Al-Bahaiqi)


Banyak nas-nas yang telah menjelaskan bentuk melakukan bacaan shalawat antara lain:


"Apabila kalian mendengar muadzin mengumandangkan adzan, maka katakanlah sebagaimana yang dikatakannya, kemudian bacalah shalawat. Barangsiapa yang melakukannya akan dihitung 10 kali, lalu mintalah kepada Allah darjat dan wasilah, sebab wasilah itu adalah suatu tempat di jannah yang tidak dianugerahkan untuk hamba-hamba yang lain kecuali seorang hamba diantara hamba-hamba Allah dan aku berharap akulah orang itu. Barangsiapa yang meminta wasilah kepadaku, maka berhak atasnya mendapatkan syafa'at (dari Rasul)."


Dalam suatu atsar yang shahih dari Ibnu Abbas:


"Ya Allah kabulkanlah syafa'at yang besar dari nabi, tinggikanlah darjatnya setinggi-tingginya dan berikanlah apa yang dikehendakinya baik di dunia maupun di akhirat, sebagaimana yang Engkau berikan kepada Ibrahim dan Musa as."


Setiap bentuk kalimat yang di dalamnya terdapat pujian atas diri Rasul sesuai dengan lafaz sebagaimana yang terdapat pada hadis/atsar yang shahih, maka pujian itu dibolehkan dengan syarat sesuai dengan bentuk yang terdapat dalam nas/teks.


Oleh yang demikian, marilah kita memuliakan Nabi kita dengan cara memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w..



Sallu 'ala Muhammad!!

Sunday, March 16, 2008

Tahniah kepada kerajaan baru Kedah

PERMADAH mengucapkan tahniah kepada YAB Ustaz Azizan bin Abdul Razak di atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-9.

Tahniah juga diucapkan kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang baru memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac yang lalu.

PERMADAH akan sentiasa memberi sokongan padu kepada kerajaan negeri dalam memajukan negeri Kedah.

Semoga Negeri Kedah akan bertambah maju dan mendapat keberkatan dan keredhaanNya.. ameen..

Wednesday, March 05, 2008

Projek-projek Permadah yang telah berjalan sepanjang sesi 2007/08

1) Interaksi Permadah (INDAH ’07)

tarikh: 25 Ogos 2007
tempat: Fakulti Kejuruteraan dan padang berhadapan Fakulti

2) Citarasa Utara

tarikh: 3-9 September 2007
tempat: tapak Gerai Konvokesyen

3) Wacana al-Mubarak (WARAK'07)

tarikh: 7 Oktober 2007
tempat: Auditorium KPS

4) Akademi Kepimpinan 3

tarikh:10-13 Disember 2007
tempat: Bendang Man, Sik

5) Akademi Kepimpinan 4

tarikh: 25-27 Januari 2008
tempat: Kem Sri Raudhah, Gombak


Projek-projek Sampingan

1) Lambaian Jelapang'07

tarikh:10 Oktober 2007

2) Ceramah sempena Isra' dan Mikraj

tarikh:23 ogos 2007
tempat:surau KPS

3)Majlis berbuka Puasa di Kolej-kolej Kediaman

tarikh: sepanjang Bulan Puasa
tempat: kolej kediaman ke 5, 10,

4) Jamuan Hari Raya

tarikh:27 Oktober 2007
tempat: padang berhadapan Fakulti Kejuruteraan

5) HARAPAN'08

tarikh:12Januari 2008
tempat: Port Dickson

6) Bengkel Pengurusan

tarikh:13 Januari 2008
tempat: Sekriteriat PERMADAH