Pages

Friday, September 28, 2007

WARAK '07

EKSKLUSIF..!!

WACANA MUBARAK (WARAK'07)

Majlis Berbuka Puasa
Bersama Dato' Azimi Daim
(EXCO Kerajaan Negeri Kedah)

Tarikh: 7 OKTOBER 2007
Tempat : Auditorium KPS
Masa : 5.00 petang

Makanan dan Minuman disediakan.

Pengangkutan pergi dan balik disediakan

Maklumat Lanjut hubungi:
Saudara Osman Fikri b. Awang Mina 0125698451

Semua Ahli Keluarga PERMADAH dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis..

Thursday, September 27, 2007

IFTAR PERDANA PERMADAH

RALAT:Majlis Berbuka Puasa (IFTAR PERDANA PERMADAH)
terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Tarikh akan diumumkan semula.
Harap Maklum..

Friday, September 21, 2007

BALIK KAMPUNG....!!


GREAT NEWS.........!!!!!

BUAT PENGETAHUAN SEMUA AHLI KELUARGA PERMADAH, PERMADAH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN
BAS "LAMBAIAN JELAPANG" UNTUK BALIK RAYA.

TEMPAHAN TIKET DIBUKA SEKARANG!!!

MAKLUMAT MENGENAI PERKHIDMATAN BAS SEPERTI BERIKUT:
  • TARIKH : 10 OKTOBER 2007
  • WAKTU BERKUMPUL: 9.45 PM
  • TEMPAT: BERHADAPAN DTC
  • DESTINASI: ALOR SETAR & SUNGAI PETANI SAHAJA
  • HARGA : RM 31
  • CAGARAN: RM11


    TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 78 SEAT SAHAJA
    FIRST COME, FIRST SERVE.
UNTUK TEMPAHAN, HUBUNGI:

KE SUNGAI PETANI:
SAUDARI NOR ATIKAH OTHMAN: 0126237845
KE ALOR SETAR:
SAUDARA OSMAN FIKRI AWANG MINA: 012-5698451
SEGERA!!

sila sertakan nama,kad matriks, no.ic dan no.telefon anda kepada penerima tempahan

JOM BALIK KAMPUNG GHAMAI-GHAMAI!!! (^_^)

Thursday, September 20, 2007

.::PERUTUSAN PRESIDEN SEMPENA RAMADHAN::.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dan pujian kehadrat Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Dengan keizinan Yang Maha Esa kita diberi kesempatan dan peluang untuk bersama-sama menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan ini.

Sahabat-sahabat sekalian,

Ramadan adalah bulan mulia daripada sekalian bulan-bulan yang Allah anugerahkan khas kepada umat Islam kerana didalamnya terkandung pelbagai kelebihan dan kemuliaan Allah di dalam bulan itu yang mana ia tidak terdapat pada bulan lain dan kelebihan ini tidak dapat dihitung oleh manusia. Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Sahabat-sahabat sekalian,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang paling besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Sahabat-sahabat sekalian,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Insyaalah, diperingkat PERMADAH kita sedang menggerakkan beberapa program untuk meraikan bulan Ramadhan ini yang dirangkumkan di dalam Program Ihya’ Ramadhan . Oleh itu, kita berharap sambutan, sokongan, penyertaan dan bantuan yang aktif serta menggalakkan dari semua pihak terutamanya ahli keluarga PERMADAH untuk menjayakannya.

Sekian, terima kasih.
PRESIDEN,
Persatuan Mahsiswa Kedah (PERMADAH),
Universiti Malaya.

Saturday, September 15, 2007

GERAI CITARASA UTARA




TAHNIAH DAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN
GERAI CITARASA UTARA..

Wednesday, September 12, 2007


MARHABAN YA RAMADHAN..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA PERMADAH.


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila datangnya malam pertama Ramadan, diikat segala jin dan syaitan yang jahat serta ditutup pula pintu neraka, dan tiada dibuka walaupun satu pintu neraka. Akan dibuka pintu syurga. Pada setiap malam akan ada malaikat yang menyeru, “Wahai manusia yang inginkan kebaikan, bersegeralah kamu. Wahai manusia yang inginkan kejahatan, berhentilah kamu dan bagi Allah orang yang dibebaskan dari api neraka.”