Pages

Monday, April 21, 2008

PERUTUSAN PRESIDEN PERMADAH SESI 2008/09

Bismillahhirrahmanirrahim…

Assalamualaikum W.B.T.

Terlebih dahulu, seluas lautan dipanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T yang memberikan kelapangan masa dan nikmat yang tidak terhitung oleh kita sebagai makhluk yang lemah dan kerdil Selawat dalam salam buat junjingan Besar Saiyidina Muhammad S.A.W. para ahli keluarga, sahabat-sahabat Baginda, Tabien, dan seterusnya pengikut Agama Allah yang sentiasa mendokong panji-panji-Nya.

Dalam perutusan yang pertama ini, saya tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga PERMADAH yang hadir bagi menjayakan majlis Mesyuarat Agung Tahunan Permadah kali ke-31 pada 6 April 2008 yang lepas. Ucapan terima kasih kepada Sahabat-sahabat dan Mantan Pimpinan PEMADAH 2007/2008 yang telah memberikan kepercayaan kepada saya dan barisan Majlis Tertinggi untuk memimpin Permadah pada Sesi 2008/2009.

Adik beradik Permadah yang dikasihi sekalian,

Sedar ataupun tidak, PEMADAH kini telah mencapai usia 32 tahun, satu usia yang matang dalam memimpin Mahsiswa/I Kedah Universiti Malaya. PERMADAH adalah sebuah persatuan yang unik dan universal dalam pembawaanya selama 31 tahun yang lalu. Ahli-ahli persatuan PERMADAH bukan hanya dari Negeri kedah sahaja, malah turut disertai oleh Mahasiswa/i dari lain-lain negeri. Segala pahit manis dalam perjuangan PERMADAH dirasai dan dipikul bersama oleh Pimpinan-pimpinan serta ahli-ahli PERMADAH.. Sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi dari adik beradik PERMADAH telah membolehkan Permadah terus melonjak dan maju kehadapan. Ini adalah hasil budaya kasih sayang dan kekeluargaan yang diterapkan oleh PERMADAH.

PERMADAH yang memainkan peranan dalam memberi sumbangan kemasyarakatan tidak boleh dinafikan oleh kita semua. Perjuangan PERMADAH dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat merupakan salah satu teras kekuatan PERMADAH yang dipimpin oleh Kelah Fasilitator yang bertindak selaku sayap kanan PERMADAH. Disinilah Mahsisiswa/i mengasah serta mengutip sebanyak mungkin pengalaman dalam membina Modal Insan serta merasai kepayahan dan kesenangan kehidupan sebelum keluar ke medan yang sebenar selepas menamatkan pengajian.

Adik beradik Permadah yang dihormati,

PERMADAH menyediakan ruang dan lapangan yang luas kepada kita semua untuk menimba pengalaman dan kemahiran pengurusan serta kepimpinan dibawah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Exco-Exco PERMADAH. Medan yang luas ini perlu direbut dan diambil oleh semua untuk mengaplikasikan ilmu yang diperolehi di dalam kuliah ke medan berorganisasi seperti PERMADAH. Bahkan di sinilah kemahiran untuk membentuk kerjasama dalam berkumpulan “teamwork” dijana. Kita boleh membina keyakinan diri, kita boleh menangis dan bergembira bersama-sama jika berlaku kesilapan dalam berorganisasi sewaktu belajar. Akan tetapi tiada yang akan menangis bersama kita apabila keluar dilapangan perjuang yang sebenar jika berlaku kesilapan. Masyarakat mengharapkan kita memimpin mereka bukan mereka memimpin kita sebagai bekas graduan Universiti.

Justeru, PERMADAH menyeru dan mengajak Mahasiswa/i Universiti Malaya dari semua peringkat pengajian, Akademi, Fakulti, Pusat Pengajian, dan Bangsa untuk berpimpin tangan, berjalan seiringan dan berganding bahu bersama-sama menimba pengalaman di Varsiti yang tercinta ini dibawah organisasi PERMADAH.

Adik beradik PERMADAH sekalian,

Akhir kalam, masih belum terlewat untuk saya berpesan kepada diri saya yang lemah ini, Majlis Tertinggi, Exco-Exco serta seluruh ahli keluarga Permadah agar tidak mengabaikan akademik. Keseimbangan dan kebijaksaan mengurus masa amat penting kepada kita sebagai Mahasiswa/I Universiti Malaya. Sekali lagi, saya mewakili barisan Kepimpinan PERMADAH segenap peringkat mengucapkan selamat menelaah pelajaran dan menempuh peperiksaan akhir semester sesi 2007/2008. Segulung Ijazah dan kejayaan tidak mudah untuk dicapai tanpa Usaha yang bersungguh-sungguh, Doa dan Tawakal kepada Allah. Semoga kita semua mendapat keputusan yang cemerlang.


Sekian,Wassalam..

AMIN BIN HAJI CHE AHMAT
013-2965308
PRESIDEN
PERSATUAN MAHASISWA KEDAH ( PERMADAH )
UNIVERSITI MALAYA .
SESI 2008/2009.

0 KOMEN: