Pages

Sunday, August 29, 2010

Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Kedah

Mohon alert pertukaran tarikh:
Dari 13 Sept. ke 12 SEPTEMBER 2010 (AHAD)

Tempat : Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi MB Kedah
Masa : 9 pagi- 2.30 petang
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA)
dgn kerjasama Pejabat Exco Belia & Sukan, Kedah

Jom pakat2 join..mai jangan xmai
P/s: sebarang masalah, sila hubungi Naufal 014- 8397461

"PERMADAH 1 KELUARGA"

Thursday, August 26, 2010

Majlis Berbuka Puasa PERMADAH (Nur Ramadhan '10)


Saturday, August 21, 2010

Majlis Berbuka Puasa Bersama MB Kedah


Bagi adik beradik PERMADAH yg berminat, boleh gtau nama & kolej kediaman kepada:
Fazrin : 013- 3159825
Jue : 013- 3002493

Friday, August 20, 2010

~ PERTANDINGAN MEDIA~


Monday, August 16, 2010

Bengkel Pengurusan Organisasi (b-POS '10)


JOM!!! Pakat-pakat luangkan sedikit masa, sertai (b- POS '10)

Tarikh : 21.8.2010 (Sabtu)
Tempat : BS24 (APIUM)
Masa : 9.00am-4.30pm
Yuran : RM 3.00 shj

Antara pengisian menarik utk dikongsi bersama:
1- Pengurusan Organisasi
2- Sepintas lalu mengenai protokol majlis
3- Format surat- menyurat berkaitan permohonan melaksanakan program
4- Sistem ISIS HEP
5- Format Laporan Aktiviti dan Laporan Kewangan (sesudah program)

Utk pendaftaran, hubungi
Ruqayah: 014-8408226

P/s: pengangkutan disediakan..apa lagi, jom ajak kwn2 join b-POS '10..Kita jumpa di sana!!!!! =)

~PERMADAH 1 KELUARGA~


Monday, August 09, 2010

RAMADHAN BULAN AL - QURAN

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah (185) : " (Masa yang diwajibkan kepada kamu berpuasa ialah) pada bulan Ramadhan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. Ia menjadi pertunjuk bagi seluruh manusia, menjadi keterangan -keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah."
SUNNAH MENGKHATAM AL-QURAN PADA BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa berbanding bulan-bulan lain. Pada bulan ini diturunkan al-Quran, terdapat lailatulqadr, digandakan amalan, syaitan-syaitan dirantai dan pelbagai keistimewaan lagi.
Antara amalan paling itama yang patut dilakukan oleh setiap muslim di bulan yang diberkati ini ialah mengkhatamkan al-Quran. Tsabit perbuatan nabi s.a.w mengkhatamkan al-Quran sebanyak dua kali bersama Jibril a.s pada tahun baginda diwafatkan.
Abu Hurairah meriwayatkan :
"Sesungguhnya Jibril a.s sentiasa melawat al-Quran Nabi sekali dalam setahun. Pada tahun Nabi s.a.w diwafatkan, Jibril telah datang melawat al-Quran baginda sebanyak dua kali."
-Hadis riwayat Bukhari
Ibn al-Atsir r.a berkata :
"Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan 'melawat' di sini ialah Jibril akan mengajar seluruh isi kandungan al-Quran kepada baginda dan mengkhatannya"
Ini bermakna, sunnah membaca al-Quran dan mengkhatamkannya sambil menghayati makna ayat, bukan sekadar membaca sahaja. Ini kerana, tujuan membaca al-Quran akan hilang tanpa menghayati isinya.
Oleh : Abu Ruwais al-Syubrawi