Pages

Sunday, April 11, 2010

SALAM IMTIHAN & SALAM KEJAYAAN




Pimpinan PERMADAH mengucapkan Salam Imtihan & Kejayaan kepada semua sahabat ...

Usaha yang disertai Doa dan Tawakal, InsyaAllah akan menyusul kejayaan... (^_^)


~BITTAUFIQ WANNAJAH~





Friday, April 09, 2010

Perlawanan Akhir Piala FA 2010


Jom sama2 kita meriahkan Piala FA

Tarikh : 10 April 2010(Sabtu )
Tempat : Stadium Bukit Jalil, Selangor
Masa : 8.45 pm

Sapa2 yang berminat..tp xtahu jalan nak p..jom konvoi ramai2..
Kita kumpul kat Foyer KPS jam 2.30 ptg..kita p sama2..

Tiket boleh ditempah pd
Exco Sukan dan Rekreasi : Izzuddin 013-4031757 sblm sabtu, 10am

Sebarang masalah boleh berhubung terus dgn Izzuddin..

"PULUN KEDAH PULUN"

Saturday, April 03, 2010

LAMBAI 10



Jemput kepada sahabat-sahabat yang mempunyai adik-adik @ saudara-mara @sahabat handai yang bakal ke IPTA atau IPTS sama ada didalam atau luar negara untuk mengajak mereka menyertai program ini.
PERCUMA(makanan n bahan disediakan).

Antara Pengisian menarik :-
perkongsian bersama :

1)Bekas penuntut luar negara & timur tengah
2)Bekas Penuntut Ijazah & Diploma
3)Bekas Penuntut Matrikulasi
4)LDK dan sebagainya...

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Izwan : 0134618058.

Yang Benar,
Syazwan Ahmad
Presiden Persada Kedah.

Perutusan YDP 2010/2011

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan kepada kita dengan pelbagai nikmat. Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Tidak dilupakan kepada para pendokong agama Islam yang suci ini sejak dahulu hingga kini. Mudah-mudahan kita semua berada di bawah payungan ramat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sahabat seperjuangan sekalian,

Taklifan merupakan suatu amanah dan menunaikan amanah merupakan suatu kewajipan. Tanggal 28 Mac 2010 menjadi saksi bahawa tampuk kepimpinan PERMADAH telah bertukar tangan daripada pimpinan lama kepada pimpinan baru. Pastinya tarikh keramat ini bakal tercatat dalam lipatan sejarah PERMADAH khususnya. Inilah perkara yang lazim berlaku pada mana-mana persatuan atau pertubuhan di mana-mana peringkat kerana “yang patah kan tumbuh dan yang hilang kan berganti”. Jika kita imbau kepada lipatan sejarah Islam, proses peralihan tampuk kepimpinan ini juga telah berlaku pada zaman tersebut. Bukti yang jelas berlaku pada zaman sahabat iaitu ketika pertukaran tampuk kepimpinan khulafa’ al-rasyidin dan berlaku juga proses ini pada zaman-zaman selepasnya sehinggalah kepada zaman kita pada hari ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perbezaan dalam sistem pentadbiran pada setiap zaman tersebut. Begitu juga halnya dalam PERMADAH ini. Namun, variasi yang berlaku adalah menjurus kepada kebaikan dan kemaslahatan umum, bukan atas dasar kepentingan peribadi dan sebagainya. Kerana kita mahukan yang terbaik daripada yang terbaik.

Sahabat sekalian,

Sudah 33 tahun PERMADAH bertapak di UM ini. Pastinya dalam tempoh tersebut, pelbagai suka dan duka, rintangan dan cabaran telah diharungi oleh PERMADAH dalam menjayakan misi dan visi persatuan. Segala suka dan duka yang dilalui bersama antara pimpinan dan ahli PERMADAH ini sebenarnya telah menyebabkan terjalinnya ukhuwah yang mantap antara kita dan inilah asas kekuatan PERMADAH selama ini sehingga berjaya mengekalkan kemegahan dan keunggulannya sehingga ke hari ini. Apa yang saya harapkan adalah semoga kita bersama-sama mendokong dan memacu PERMADAH menuju ke puncak kegemilangan tanpa mengira pangkat, bangsa, agama, fakulti, jurusan pengajian dan sebagainya kerana “PERMADAH MILIK BERSAMA”.

Akhir kalam, doakanlah kami barisan kepimpinan baru PERMADAH bagi sesi 2010/2011 ini agar kami dapat menunaikan amanah kepimpinan ini dengan baik dan lancar. Sokongan padu dan doa daripada seluruh ahli PERMADAH amat bermakna bagi kami kerana tanpa kalian, PERMADAH tidak akan mencapai keunggulan yang gemilang seperti yang sama-sama kita harapkan.

Sekian, assalamualaikum….

MOHD NOOR FAZRIN BIN MUSTAFFA
YANG DIPERTUA PERMADAH SESI 2010/2011

Thursday, April 01, 2010

10 Sebab Hati Mati

Sebagai persediaan bagi menghadapi exam yg bakal menjelang, ayuh kita hidupkan kembali hati2 yg gersang..

Menurut Ibrahim bin Adham, antara perkara yang menyebabkan hati mati adalah:

1. Kita mengaku mengenal Allah tetapi kita jarang bertindak menunaikan hak Allah

2. Kita mengaku cintakan Rasulullah s.a.w. tetapi mengapa sunnah baginda kita tinggalkan

3. Kita sering membaca al-Qur'an tetapi mengapa xberamal dgn hukum2nya?

4. Kita sering menikmati nikmat kurnian-Nya tetapi mengapa sedikit je yg bersyukur?

5. Kita xmengaku mengikut syaitan tetapi mengapa hasutannya sering menjadi cth teladan?

6. Kita tahu adanya syurga tetapi mengapa xbersungguh2 mengejarnya?
- kan best klu kejar syurga mcm kita kejar 4.00

7. Kita akui adanya siksa api neraka tetapi mengapa xberusaha menjauhinya

8. Kita tahu kematian pasti tiba tetapi kita xpnh bersedia..
- xdpt bayangkan klu sok tarikh ajal kita menjelang..bersediakah kita?

9. Kita sibuk membuka keaiban saudara tetapi keaiban kita sering dilupa
- jom sm2 baiki diri ya.

10. Kita sering menghantar jenazah tetapi jarang mengambil iktibar..

Ayuh shbt2, jom kita sm2 bermuhasabah..betol x apa yg kita dh buat selama ni..adakah kita perlu cemerlang dlm exam dunia je...

Masih xterlambat klu kita nk cmrlang dlm exam akhirat..best kan klu dpt masuk syurga :)