Apakah sikap kita setiap kali tiba 1 Januari?
Mungkin kebanyakan daripada kita semua menanam azam baru dengan semangat yang berkobar-kobar serta harapan yang menjulang tinggi agar azam tersebut dapat dicapai. Tidak kurang pula yang menyambut tahun baru dengan perasaan tidak menentu, kecawa sedih dan terkilan, malah ada pula yang tidak terkesan dengan kehadiran tahun baru ini. .
Bukanlah menjadi satu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari dari sudut pergerakan dan peredaran masa. Tuntutan supaya mengambil berat tentang masa jelas di dalam al-Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr bererti masa. Firman Allah SWT
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
Terdapat jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri kepada umat Islam. Tahun Masihi dikira menurut peredaran matahari sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan. Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh tersebut dalam tarikh Masihi untuk menentukan musim kerja atau aktiviti manusia. Dari tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas,sejuk, menyemai, atau menuai. Sementara tarikh al-Qamari pula menentukan ibadah.
Menyambut tahun baru ini dengan ibadah, itulah yang dapat dikatakan sebagai jawapan kepada soalan awal tadi. Ibadah yang dimaksudkan adalah muhasabah. Muhasabah harus dimulakan daripada diri sendiri dengan menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang telah dilakukan pada tahun yang lalu sama ada berjaya atau sebaliknya.
Sambutan tahun baru ini diharuskan kerana dapat menyedarkan kita tentang masa yang sudah berlalu dan akan dihadapi, dan secara tidak langsung, kita akan bermuhasabah tentang perkara yang telah atau gagal dicapai pada tahun lalu, selain menanam azam bagi membetulkan kesilapan dan meningkatkan kupayaan agar sumbangan yang lebih besar dapat diberikan kepada agama, keluarga, bangsa serta negara yang menjanjikan sejuta harapan ini.

0 KOMEN:
Post a Comment