Pages

Monday, August 31, 2009

Warak 09 dan Ikram 09

Sempena bulan Ramadan tahun 2009 ini.Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya mengadakan program Ihya Ramadan Wacana Ramadan al-Mubarak (Warak 09) dan program Ihya ramadan (Ikram 09) kerjasama dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM). Permadah menjemput dan mengalu-alukan semua adik beradik dan ahli Permadah untuk ke majlis dan aktiviti sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Tentatif Program

1 Sept 09

Program : solat tarawih berjamaah dan ceramah umum
Oleh : Syeikh Mahmoud As-Siyyam (mantan Iman Masjid al-Aqsa)
Tempat :DKU,APIUM
Masa : 9.30 pm

2 Sept 09

aktiviti : qiamullai Kemerdekaan
Tempat : Surau Apium

3 Sept 09

Program : Forum Akademik (Mahasiswa dan masa depan malaysia)
Bersama : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Tempat : Auditorium Fakulti Pendidikan
Masa : 9.30pm

5 Sept 09

Program : Wacana Ramadan Al-Mubarak ( Warak 09)
Aktiviti : Iftor Jamaah.Solat tarawih dan ceramah Umum
Tempat : BP KPS dan Surau KPS (kompleks Perdana Siswa)
Masa : 6.00-11 pm

8 Sept 09

Program : Majlis Penutupan dan Majlis berbuka puasa bersama anak yatim
Tempat :Auditorium Fakulti Pendidikan
Masa : 6.30-11.30 pm

Makanan Berbuka disediakan di setiap Program sepanjang berlangsungnya Ikram 09 dan Warak 09.Semua adik beradik Permadah dijemput hadir beramai-ramai meriahkannya."Jom-jom..makan free nie..tunggu lagi"

Wednesday, August 26, 2009

ANTARA PERSEPSI DAN KENYATAAN ; HUKUMAN SEBATAN TERHADAP PEMINUM ARAK

Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan isu hukuman sebat ke atas seorang bekas model,Kartika Sari Dewi Shukarnor yang menjadi isu hangat dan mendapat perhatian media di dalam dan luar negara.Pada 20 Julai yang lalu,Kartika, 32 , dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada pukul 11.40 malam 11 Julai 2008.Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan bagi orang didapati bersalah minum arak.Jika hukuman ini dijalankan dia bakal menjadi wanita pertama di Malaysia yang disebat atas kesalahan meminum arak.

Tetapi apa yang mengejutkan wanita tersebut tidak mengemukakan rayuan walaupun disarankan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun razak sebaliknya terus membayar denda RM5000 dan meminta hukuman tersebut segera dilaksanakan serta dijalankan di depan orang ramai.Keluarganya juga tidak membantah bahkan menyokong penuh keputusannya.Dia juga insaf dan berharap hukuman ini menjadi pengajaran kepada umat Islam yang melanggar perintah Allah.
Isu ini menjadi bertambah panas apabila ada pihak yang mendakwa hukuman sebat ke atas wanita tersebut adalah keras dan menzalimi wanita.Terbaru ulasan Norhayati Kaprawi,aktivis Wanita Muslim yang terlibat dalam menguruskan program Sisters in Islam yang mempersoalkan hukuman tersebut.

Jika meneliti dengan lebih lanjut sebenarnya salah faham ini wujud disebabkan kita masih lagi mewarisi sistem penjajah walaupun sudah merdeka 50 tahun.Orientasi pemikiran masyarakat masih dibelenggu oleh fahaman penjajah.Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu berkenaan isu ini :-

  • Kesalahan meminum arak dalam perundangan Islam sebenarnya berada di bawah hukum hudud.
  • Kaedah hukuman sebatan dalam kesalahan meminum arak tidak sama dengan kaedah sebatan dalam hukuman sivil seperti merogol,merompak dan sebagainya.Ada kaedah yang tersendiri dengan mengambil kira pelbagai aspek.
  • Hukuman 6 sebatan hanyalah hukuman Mahkamah Syariah Malaysia dan mengikut hukum jenayah Islam adalah 40 atau 80 kali sebatan.
  • Hukuman jenayah dalam Islam bertujuan mencegah atau mendidik bukan menyakiti seperti yang masyarakat faham.
  • Hukuman ini merupakan hak Allah S.W.T dan wajib dilaksanakan.



Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 :

  • Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat daripada rotan atau ranting kecilyang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
  • Kalau pesalah itu hamil,hukuman hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anak.
  • Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan.
  • Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.
  • Sebatan tidak boleh kena muka,kepala,perut,dada atau bahagian sulit.
  • Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
  • Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat tidak mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
  • Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.



Maka jelaslah kepada kita bahawa hukuman sebat terhadap pesalah minum arak tidak sama dengan hukuman sivil.Tidak benarlah bahawa hukuman ini zalim kepada wanita dan sekiranya hukuman tidak dijalankan maka orang ramai akan berterusan melakukankan kesalahan dan seolah-olah tidak menghormati hukuman Allah.


Berikut adalah beberapa pandangan mahasiswa :-


“Saya berpendapat hukuman sebat ini wajar dengan syarat ia dijalankan mengikut lunas-lunas Islam.yang menjadi masalah ialah apabila wanita disebat dengan kaedah yang terdapat di mahkamah sivil.Ini memamg sangat menyakiti golongan wanita tetapi sekiranya sebat dijalankan seperti dalam dalam seksyen 125 dan seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah syariah 2002,saya menyokong hukuman ini kepada golongan wanita.Ini kerana kita sedia maklum bahawa dalam Islam tiada beza antara lelaki dan wanita untuk dijatuhkan hukuman.”


Fatin Nasibah Bin Ellias,Pengerusi Helwa Permadah


“Yang saya tahu tindakan hakim syarie dan sokongan ayah wanita tersebut supaya dikenakan sebat memang patut dipuji.Kalau orang kata sebat itu zalim sebab dia perempuan,sebenarnya hukuman tak kira jantina,salah tetap salah!sepatutnya ramai lagi yang perlu disebat sebab minum arak.Walaupun hukumini tidak sempurna tapi tarik benang dalam tepung sikit-sikit sampai orang semakin faham dan terima hukuman ini.Kaedah Fiqh menyatakan kalau tidak boleh laksanakan semua maka jangan tinggal semua.”


Zahiruddin Zainon,Pengerusi JPA Permadah

“Bagi saya isu ini takkan selesai dan masih ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mendakwa sebagai orang Islam tapi masih mengambil minuman tersebut.Seharusnya perkara ini diselesaikan dari akar umbinya.Kita perlu faham hikmah disebalik larangan ini.”


Nurul Husna Bin Mat Isa,Timb. Exco Kepimpinan & Pembangunan Insan





Tuesday, August 25, 2009

Tiket Bas Balik Raya

Program Lambaian Jelapang Padi

Persatuan Mahasiswa Kedah ( Permadah) Universiti Malaya menyediakan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung(kedah) berhari raya

Destinasi : Kulim/Baling/Sungai Pertani/Alor Star
Tarikh : 18 Sept 2009 ( Jumaat)
Masa : 10pm
Tempat Naik : Stesyen Bas Pasum (hadapan DTC UM)

Terbuka kepada semua ahli permadah dan pelajar UM
Tempahan sila hubungi Shariza 0132006839
Cepat..siapa cepat dia dapat..

Jualan Tiket
Tarikh Jualan Tiket pada : 1 dan 2 Sept 09 (Selasa dan Rabu)
Tempat jualan : Dataran fakulti Sains UM
Masa : 10pg hinngga 4 ptg
Kepada ahli Permadah yang telah menempah tiket,jualan tiket akan di buat pada 1 dan 2 sept 09.Maklumat lanjut akan disebarkan melalui SMS.

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa!


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Buat Semua Adik-Beradik PERMADAH


Kelebihan Bulan Ramadhan

· Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)

· Bulan penuh keberatan.

· Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.

· Amal sunat sama dengan solat fardhu.

· Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.

· Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.

· Bulan menambah rezeki.

· Memberi buka banyak pahala.

· Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa; juga doa pada sepertiga malam.

· 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan

· Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

· Menempah pakaian untuk Ramadhan.

· Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.

· Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.

· Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)

· Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)

· Solat berjemaah setiap waktu.

· Solat jemaah di masjid/surau.

· Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.

· Sahur diwaktu akhir.

· Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.

· Mandi Janabat sebelum Imsak.

· Kurangkan tidur.

· Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)

· Tunaikan Solat Dhuha.

· Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)

· Tunaikan solat Rawatib.

· Jaga pacaindera.

· Elakkan gosok gigi pada waktu petang.

· Hadiri majlis ilmu.

· Buat baik pada ibubapa.

· Isteri hendaklah taat pada suami.

· Banyakkan bersedekah.

· Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.

· Berbuka bersama orang tua.

· Jemput tetamu berbuka.

· Kurangkan berat badan.

· Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)

· Baiki hubungan suami isteri.

· Baiki hubungan jiran.

· Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.

· Elakkan berbelanja berlebihan.

· Kuatkan kesabaran.

· Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.

· Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)

· Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.

· Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.

· Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.

· Berdoa dengan nada lembut dan merayu.

· Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.

· Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.

· Melazimkan solat waktu.

· Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.

· Elakkan banyak berhutang.

· Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.

· Tunaikan zakat fitrah.


Tuesday, August 18, 2009

Gerai konvo Pemadah "Citarasa Jelapang Padi" Meriah

Meriah!.suasana di gerai Permadah

16 Ogos 09 :/ Universiti Malaya. Festival konvokesyen Universiti Malaya (Feskum 09) telah melabuhkan tirainya semalam. Feskum yang bermula pada 6 Ogos yang berlangsung selama 10 hari sehingga 15 ogos 09.Festival yang berlangsung setahun sekali ini merupakan majlis bagi meraikan kejayaan mahasiswa menamatkan pembelajaran mereka di menara gading.Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah di adakan sepanjang Feskum kali ini antaranya pameran autoshow,gerai-gerai jualan,pertandingan futsal,forum,ceramah agama,paintball dan lain-lain.Bertemakan “keilmuan disanjung,kecermelangan dijinjung” feskum 09 berbeza dengan feskum pada tahun sebelum ini dimana aktiviti-aktiviti sepanjangnya lebih bersifat ilmiah sejajar dengan mahasiswa itu sendiri.


Gerai Konvo Permadah atau nama kormesilnya citarasa Jelapang Padi telah berjalan dengan jayanya. Tahniah dan syabas di ucapkan kepada pengarah gerai konvo Engku Afizi dan Syakilaisma serta ajk-ajk gerai konvo yang bertungkus lumus dalam menjayakan projek tersebut,juga tidak dilupakan kepada seluruh ahli adik beradik Permadah dan alumni Permadah yang sentiasa menjadi penyokong dan pendokong kuat Permadah

mai mai mai,tak banyak dah nie..Kerang bakar panas..

Chef char ko teaw saudara Malik dan Yazid

Pelbagai sajian menarik di jual di gerai citarasa Jelapang Padi antaranya Nasi Ayam,laksa Kedah,Bihun Sup,mee sup,roti jala kak syakila,nasi lemak,kerang bakar,char ko teaw dan banyak lagi.Terima kasih di ucapkan kepada chef-chef Permadah Abg Bob (Ridwan),kak syifa,abg zahirudin,kak salwa dan lain-lain.

"Chef ayeq" saudara husni dan Azmi..pakar pelbagai air dan minuman

para chef masakan Permadah

Mantan Pimpinan turut hadir memberi sokongan ( turut kelihatan Presiden Permadah saudara Hafiz berbaju biru)

Saturday, August 15, 2009

Persatuan Anak Negeri di IPT Wadah Penting Untuk Mahasiswa

Oleh : Syazwan Bin Ahmad


Kewujudan Persatuan Anak Negeri Di Institusi Pengajian Tinggi(IPT) haruslah dipandang dalam sudut yang positif.Amat sedikit sekali IPT yang mempunyai persatuan anak negeri masing-masing.Antaranya ialah Universiti Malaya(UM),Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Universiti Putra Malaysia(UPM) dan Universiti Sains Malaysia(USM).Ramai yang melihat persatuan anak negeri sebagai persatuan yang bersifat kenegerian yang memecahbelahkan kelompok mahasiswa.Namun begitu tidak ramai yang memikirkan apakah sumbangan yang boleh diberikan persatuan ini kepada mahasiswa,masyarakat,negeri dan agama.


Kita perlu melihat bahawa persatuan anak negeri sebagai wadah penting dalam kepimpinan pada masa akan datang khususnya pada negeri kelahiran mereka.Kumpulan ini boleh dilihat sebagai orang penting dalam memperjuangkan isu masyarakat setempat.Mungkin kita masih ingat peristiwa Demonstrasi Baling yang mana menjadi isu yang sangat besar pada era 1970an.Isu kemiskinan dan penderitaan masyarakat di Baling ini diperjuangkan oleh kelompok mahasiswa.Walaupun ia merupakan isu nasional yang diperjuangkan oleh mahasiswa pelbagai negeri tetapi ia juga menjadi penyuntik semangat kepada mahasiswa dari Kedah untuk memperjuangkan masyarakat di Baling.Begitu juga mahasiswa dari Sabah dan Sarawak mewujudkan persatuan bagi menjaga kebajikan sesama mereka yang berada jauh di perantauan.


Persatuan anak negeri bukan sekadar menghimpunkan anak negeri di atas satu wadah tetapi mampu melahirkan modal insan yang berkualiti untuk disumbangkan kepada tanah kelahiran mereka sekiranya direncanakan dengan matlamat yang jelas dan sistem pembinaan yang tersusun.Persatuan ini perlu berorientasikan matlamat dan paradigma yang betul sekiranya mahu menjadi persatuan yang betul-betul berguna kepada masyarakat.Sifat-sifat Asabiyah atau kenegerian yang melampau sehingga mewujudkan sentimen kebencian sepertimana berlaku ketika perlawanan bola sepak antara sesebuah negeri perlu dihindarkan.Saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa persatuan anak negeri di IPT boleh memecahbelahkan mahasiswa kerana para penggerak persatuan itu yang menentukan halatuju kumpulan tersebut.Kalau begitu pemikirannya baik kita bubarkan sahaja semua persatuan yang berorientasikan anak negeri seperti kelab penyokong bola sepak,persatuan belia dan sebagainya.Atas anggapan ini,maka banyak IPT yang tidak dapat diwujudkan persatuan anak negeri apatahlagi IPT yang ditubuhkan selepas era AUKU diperkenalkan seperti Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dan Universiti Islam Antarabangsa(UIA).


Mutakhir ini telah wujud beberapa persatuan anak negeri di peringkat nasional seperti Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA Kedah),Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU Perak),Markas Siswazah Kelantan(MSK),Persatuan Mahasiswa Selangor(PERMAS),Persatuan Mahasiswa Terengganu, Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan(PERMANIS) dan Persatuan daripada mahasiswa Sabah dan Sarawak.Hal ini telah memberikan harapan baru kepada IPT yang tidak mempunyai persatuan anak negeri.Kewujudan gerakan ini telah membuktikan komitmen mereka dalam memberikan sumbangan bakti kepada negeri kelahiran mereka.


Saya rasa kagum dengan anak-anak muda Palestin yang sanggup mempertahankan tanah air mereka atas rasa cinta dan tanggungjawab kepada negara tercinta tidak seperti Israel yang sanggup membunuh rakyat Palestin agar ‘Negara Haram” mereka dapat ditegakkan.Semangat anak muda Palestin wajar kita contohi dan sikap Yahudi patut kita jauhi bak kata pepatah “Buat baik berpada-pada ,Buat jahat jangan sekali”.Seperti kata Sukarno,bekas Presiden Indonesia “Berikan aku 10 orang pemuda yang membara semangat cintanya pada tanah air nescaya cukup untuk menggoncang dunia”.


Penulis merupakan Timbalan Presiden Permadah merangkap Presiden Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA),sebuah NGO yang menghubungkan mahasiswa Kedah seluruh IPT di dalam dan luar negara.

Thursday, August 13, 2009

Tahniah Kepada Semua Graduasi



12 ogos 09 , Universiti Malaya : Permadah Universiti Malaya (UM) mengucapkan tahniah dah syabas kepada semua graduan konvokesyen UM 2009. Festival konvokesyen yang berlangsung selama 10 hari bermula dari 6 ogos lalu dan akan melabuhkan tirai 15 ogos nanti sebelum UM akan sunyi buat sementara waktu memberi peluang kepada semua warganya cuti midsem selama seminggu. Konvokesyen kali ini mencipta sejarah buat Permadah UM apabila 4 orang bekas Presidennya graduate serentak.Mereka ialah saudara Amin che Ahmat jurusan Usuludin (Presiden sesi 08/09), saudara Zulkipli Yaakup jurusan pendidikan Islam ( Presiden sesi 07/08), saudara Azizuddin mengambil jurusan kejuruteraan (Presiden sesi 06/07) dan saudara Mohd Noor (presiden sesi 05/06) pula mengambil jurusan Pendidikan. Faktor perbezaan kos dan jurusan serta tahun pengajian membolehkan mereka bergelar graduan serentak.

Dari kiri: Nizam (exco akademik) azizudin ( mantan Pres 06/07) dan Hafiz (Presiden)

Saudara Zulkipli (mantan Pres 07/08 ) bersama Isteri beliau



Bersama dengan mak ayah adik-bradik Permadah

Majlis meraikan kejayaan bekas pimpinan dan ahli Permadah bergelar graduan,masing-masing saling bertukar salam dan tahniah serta di sambut meriah di gerai Citarasa Jelapang Padi milik Permadah. Presiden Permadah saudara Mohd Al-Hafiz Adnan ketika di minta mengulas berkata: "saya mengucapkan tahniah pada semua bekas ahli dan pimpinan Permadah,aktivis mahasiswa dan semua yang berjaya grad pada tahun nie..Kita di peringkat Permadah amat menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam memajukan Permadah itu sendiri"- ujar beliau.

Suasana di Gerai Permadah

Sambutan mahasiswa dan orang ramai terhadap Gerai Citarasa Jelapang Padi amat menggalakan sehinggakan habis semua makanan yang disediakan untuk pelangan seperti nasi ayam, laksa kedah, char ko teaw, kerang bakar dan lain-lain habis dijual walaupun faktor cuaca yang kadang kala hujan :membanjirkan" sedikit gerai milik Permadah itu. Kepada semua ahli Permadah,jom mai ghamai-ghamai ke gerai Permadah..jgn lepaihkan peluang pekena masakan utara nie..,makan skali mesti nak lagi..jom!

Wednesday, August 12, 2009

Persatuan Anak Negeri di IPTA

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Kementerian Pengajian Tinggi disaran agar Persatuan Anak-Anak Negeri (PAN) diwujudkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sebagai wadah menghubungkan mahasiswa dengan masyarakat khususnya di tempat kelahiran mereka. Pengerusi Biro Pengajian Tinggi Pergerakan Pemuda UMNO, Syahrin Md. Jamaludin berkata, penubuhan PAN penting kerana ia merupakan mekanisme yang berkesan untuk tujuan berkenaan. Jelasnya, peranan positif PAN telah terbukti di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) apabila persatuan itu berjaya menghubungkan mahasiswa dengan masyarakat di negeri kelahiran masing-masing. Menurutnya, hubungan itu terjalin melalui pelbagai program yang dilaksanakan oleh persatuan seperti projek bakti siswa, lawatan sambil belajar, bantuan kebajikan dan sesi dialog dengan pemimpin negeri.

"Kami yakin PAN mampu menjadi wadah yang berkesan untuk mahasiswa memberikan sumbangan kepada masyarakat di tempat kelahiran masing-masing. "Walaupun sebelum ini terdapat pihak mengatakan bahawa kewujudan PAN akan menimbulkan masalah seperti pergaduhan dan persaingan tidak sihat di kalangan mahasiswa yang berlainan negeri, tetapi kami berpendapat sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Syahrin, buat masa ini terdapat 20 IPTA di seluruh negara namun hanya UM, UKM dan USM yang membenarkan penubuhan PAN. Beliau berkata, jumlah tersebut diharap dapat ditambah pada masa depan sebagai satu usaha untuk menjayakan gagasan 1Malaysia.

Utusan Malaysia 12 Ogos 2009